Kolonel Muammar Al Gaddafi mendakwa dia adalah raja segala singa di Afrika, sentiasa berkeyakinan untuk menyatukan seluruh benua itu sebagaimana terbentuknya Amerika Syarikat tetapi mutakhir ini segala harapan besar itu hampir lebur, pemimpin negara yang kental ini dijangka tidak akan bertahan lama di tampuk pemerintahan. Apa yang tidak kena dengan presiden Libya ini, selama ini dunia digambarkan pemimpin yang berkuasa 41 tahun di Afrika utara ini amat kebal dan disayangi rakyat sebagaimana hebatnya Ayatullah khomeini di Iran. Libya adalah sebuah negara mempunyai rezab minyak terbesar di Afrika dan no 9 di dunia. Dengan mempunyai keupayaannya sendiri Libya dapat berdikari dan menyediakan peluang kerja kepada lebih 130,000 buruh kasar dari Bangladesh, Filipina, Thailand dan India biarpun negaranya dikenakan sekatan antarabangsa selepas penglibatan rakyatnya dalam peristiwa letupan pesawat Pan Am di ruang udara Lockerbie pada 1988 yang mengorbankan 259 di udara dan 11 orang di bumi.

Tetapi kali ini Muammaf Gaddafi bagaikan orang yang berbeza dia terpaksa diheret oleh rakyat atas semangat kejayaan jiran mereka Tunisia dan Mesir menurunkan pemimpin yang liat menyerahkan kuasa secara baik. Mungkin Muammar Gaddafi sendiri tidak menyangka betapa cepatnya kesetiaan rakyatnya berubah daripada seorang rakyat yang dipasung dan mengangguk setiap apa yang disuapkan oleh pidatonya boleh bertukar menjadi begitu berani membuat bantahan dan mencabar kekuasaanya.

Mungkin jawapan yang mudah kepada tindakan rakyat Libya ini adalah penyatuan pemikiran rakyat atau setmind kepada isu yang sama iaitu muak, jemu dan rimas dengan ketua yang sama sejak lebih empat dekad, rakyat ingin merasa corak pentadbiran yang berbeza, disebabkan keinginan bersama itu ia telah mengatasi kewibawaan peribadi Muammar Gaddafi sendiri. Muammar Gaddafi tidak cukup untuk membendung kehendak rakyat di masa yang tepat, dia berada dalam keadaan yang tidak menyebelahinya sekiranya dia dapat mengatasi asakan yang teruk ini beliau akan mampu menjadi presiden sepanjang hidup.
No comments:
Post a Comment