Selepas kehangatan kerusi Pengarah Pelajaran Kelantan diperkatakan diruangan ini, hari ini isu tersebut mungkin tidak tepat lagi memandangkan ada tanda- tanda Pengarah Pelajaran Negeri mungkin akan menghabiskan khidmatnya di JPN Kelantan. Dalam waktu itu kita membaca banyak komen dan pendapat yang di luahkan, memperlihatkan begitu perihatin dan banyak ruang kritikan yang dapat dilihat dikalangan warga pendidik, mereka meluahkan kepada sesiapa sahaja sama ada kakitangan JPN atau pihak sekolah sendiri.. Kepada pihak yang terkena sindiran dan kritikan yang tajam diharap dapat menerima dengan positif dan membaiki kelemahan demi kebaikan bersama. Diruangan terhad ini juga kita percaya dan mengalu- alukan pendapat yang membina daripada sesiapa saja kerana tulisan anda sedang diambil kira dan dinilai oleh pelbagai pihak...
(Artikel pada 3/7/2011 yang lalu) Sambutan 'Hari Guru' Peringkat Negeri Kelantan 2011 diadakan di SMK Bandar Machang, sambutan tahun ini lebih meriah dan tersusun daripada yang di adakan di sebuah sekolah di Tumpat pada tahun lepas. Guru yang sejak dari dahulu lagi diakui sebagai khalayak yang berdisiplin punya budaya keraian tersendiri, Pelbagai anugerah dan pengiktirafan diberikan kepada guru- guru seluruh negeri.
(Artikel pada 3/7/2011 yang lalu) Sambutan 'Hari Guru' Peringkat Negeri Kelantan 2011 diadakan di SMK Bandar Machang, sambutan tahun ini lebih meriah dan tersusun daripada yang di adakan di sebuah sekolah di Tumpat pada tahun lepas. Guru yang sejak dari dahulu lagi diakui sebagai khalayak yang berdisiplin punya budaya keraian tersendiri, Pelbagai anugerah dan pengiktirafan diberikan kepada guru- guru seluruh negeri.
Sambutan hari guru kali ini disempurnakan oleh YB Senator Dato Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Jika dikira kesesuaian portfolio memanglah Dato Dr Awang Adek tidak berada di Kementerian Pelajaran tetapi atas dasar keutamaan untuk menaikkan imej politik UMNO Kelantan tokoh tersebut diterima tanpa soal selari dengan warna tema iaitu merah untuk semua guru dan kakitangan yang hadir pada hari tersebut iaitu warna 'gelombang merah' BN Kelantan.
Apa yang berlegar di pemikiran warga pendidik seluruh negeri Kelantan hari ini adalah kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Pengarah JPN Kelantan iaitu Hussin Awang yang akan meninggalkan pejabat di Kota Bharu untuk kenaikan pangkat JUSA di Putrajaya. Pada tahun ini Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan telah memangku pelbagai tugas sementara menunggu pengesahan Pengarah JPN Kelantan yang baru.
Berbeza dengan kenaikan pangkat dalam tentera atau polis yang kebiasaannya pertukaran pangkat pegawai boleh dibaca dan tiada perebutan atau melobi kerana sesiapa sahaja yang berada pada pangkat Timbalan akan dinaikkan pangkat kepada ketua pula tetapi dalam Jabatan Pelajaran perkara seperti itu tidak semestinya berlaku.
En Zahari Daud menjawat jawatan Timbalan Pengarah tanpa menafikan peluang orang di atasnya, jawatan itu diisi setelah Hj Ishak dikenakan tindakan tatatertib perkara yang sama tidak mungkin akan berulang lebih- lebih lagi Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (KS) dikhabarkan turut berminat dengan jawatan Pengarah JPN Negeri, beliau yang dulunya sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Bachok hanya ada dua tahun sahaja lagi untuk bersara. Seperti diketahui jawatan Pengarah adalah dipengaruhi sepenuhnya oleh orang politik seperti YB Mustapha Mohamad dan YB Senator Awang Adek Hussin. KS adalah seorang AJK UMNO Bahagian yang dilantik oleh YB Senator Awang Adek, Ketua cawangan dan banyak membantu YB Awang Adek di Bachok, sekiranya KS Aziz Abdullah benar- benar mengidam jawatan Pengarah sudah tentu peluangnya lebih terbuka daripada Timbalan Pengarah JPN sekarang.
Timbalan Pengarah pula seharusnya tidak dipinggirkan oleh Kementerian, walaupun beliau tidak ada hubungan istimewa dengan orang politik tetapi beliau seorang yang ikhlas, humble pada jawatannya, beliau juga dikatakan sering membaca Al -Quran dipejabatnya jika ada kelapangan. Sebagai Timbalan Pengarah yang tidak glamer Zahari Daud juga penyokong kerajaan pusat yang tidak lalai, beliau juga seorang ketua cawangan dan ketua peti undi UMNO di Bahagian Pasir Mas jadi beliau termasuk seorang yang mengikuti perkembangan politik juga.
Perlu juga diketahui bahawa En Zahari hanya ada 8 bulan sahaja untuk bersara, apalah salahnya dan alangkah bagusnya jika Kementerian dan orang politik beri penghormatan untuk En Zahari bersara dengan jawatan Pengarah Pelajaran Negeri, jika itu berlaku sudah tentulah akan menjadi episod persaraan di kemuncak kerjaya dan sangat dibanggakan. Warga Jabatan Pelajaran juga tidak rugi dan masih boleh merasai sentuhan En Aziz Abdullah yang mengikut rekodnya sebagai pegawai pelajaran yang cemerlang walaupun sewaktu menjadi pengajar di sekolah En Aziz bukanlah seorang guru yang mendapat pujian atau idola daripada pelajar di sekolahnya. En Aziz sepatutnya tidak tergopoh, beliau boleh merencanakan kedudukannya sebagai Pengarah Pelajaran Negeri yang baru pada tahun hadapan iaitu selepas persaraan En Zahari Daud.
Walau sesiapa pun yang direncanakan akan menjadi pengarah negeri walau bukan En Aziz Abdullah sekalipun, pihak kementerian dan tokoh politik seharusnya memikir dan mengambil kira penghormatan, maruah juga masa terhad yang seharusnya diberikan kepada En Zahari Daud.
Pirah.... Ni.. mesti kroni Zahari yang tulis ni.. Sebelum Zahari menjadi timbalan dah mula desas-desus nak tukarkan guru yang tak sokong beliau. Dah mula start ugut.
ReplyDeleteSila lawati http://jpnkelantanlagi.blogspot.com/
ReplyDeleteEn Zahari memang x layak.. dia dah tubuhkan kroni2 utuk dapat kan sokongan.. jatuh maruah JPN kelantan kalau dia yg pgg jawatan pengarah.. say NOO to Zahari !!!
ReplyDeleteaku benci pengetua SMK Panglima Raja
zahari adalah calon terbaik utk jadi pengarah kelantan. dia adalah seorg yang penuh dengan sopan santun bila bercakap.. semua guru2 di kelantan ni suka dgn cara beliau yg cukup berhemah..macam singa!!
ReplyDeleteMacammana nak jadi pemimpin menikah sorang lagi pun sembunyi sembunyi.. Boleh jadi Presiden Persatuan Lebih dari 1
ReplyDeleteSalam....
ReplyDeleteKemelut perjawatan di JPNK sejak dulu di polemik dan politikan...melihat kpd senario yg memomokkan serta memualkan ini...tersentuh juga sya sebagai DG.satu pihak telah menjaja dgn melobi melalui saluran HAPRAK yg kononnya merekalah kuat POLITIK dan layak menduduki Kerusi Pengarah manakala satu pihak lgi hanya dok tunggu....JPNK dulu, kini dan selamanya akan berada di situasi yg sama...apabila si GOBLOK @ Si Wak Long yg Kononnya sudah Menjadi Raja bermaharalela...mengampu dan menggaru BOSS...Si Kroni2 HAPRAK ni perlu cerminkan diri siapa kita sebenarnya....yang lebih penting PENDIDIKAN ANAK2 BANGSA khususnya Anak Melayu....
Yang Berebut Jawatan tu sebenarnya " COOL dan DOK DIAM Jah"...SI Barua sekelilng yg MENGGILA melobi utk kepentingan diri sendiri....Inilah MELAYU.Taulah engkorang bila mati nanti >>>>berasap KUBOR<<<<<
ReplyDeleteSemua Warga JPNK Amat Mengenali Kedua2 Tokoh JPN (Timb dan KS Sekolah) yang dok Bising ni....Kroni dan JUAK/PENCACAI masing2...Yang Layak Adalah HAK...yang dok bising ni apahal.....Warga JPNK dah muak dgn permainan Pencacai2 ni....ingatlah !!jgn rebut rezeki org lain...Carilah rezeki dan pikirlah secara pro....
ReplyDeleteKedua dua belah pihak (Wak Long)mula main peranan utk melobi bukan setakat melalui tokoh2 politik tempatan, malah smpai ke Putrajaya dan Menteri, Timb Menteri....nasib2 dah sampai PM, YDP Agong atau ke PBB.Juak Nak Mampusssssssssss
ReplyDeleteKepada Waklong2 : sedar diri sikit....Hampehhhhhhh
Dicadangkan kedua-dua watak yg berebut dinaikkan pangkat ke PAPUA nEW GUINea....Juak2 kedua2 belah pihak dihantar/dinaikkan pangkat di MONGOLIA...ngajar beruk di sana.
ReplyDeleteikut lah sapo2 pun, janji org yg mmpu melaksanakan dasar kerajaan dgn baik, seterusnya membawa pendidikan ke martabat yg lebih tnggi..jgn trlepas kpd org hok anti aspirasi krajaan sudoh, sbb puok2 ni mmpu merosakkan dan merencatkan segala dasar dan perancangan yg telah digariskan oleh kerajaan...ati2, sbb puok2 ni mmmg puok yg pandai ambil kesempatan...
ReplyDeletedaripada artikel diatas, dapat saya katakan yg paling layak adalah hj aziz. beliau dapat mengatasi hj zahari dari setiap aspek, cuma bab baca quran tu, hj aziz tak pernah makmlumkan kpd guru-guru bahawa dia ni baca quran dlm pejabat semasa waktu pejabat!
ReplyDeleteSalam, kpd webmaster, harap buat kajian teliti sebelum posting supaya tidak ada kenyataan yg boleh mengelirukan :
ReplyDelete1. Hj Zahari jadi Timbalan Pengarah setelah Hj Hussin jadi Pengarah. Isu Hj Zahari tidak dilantik sebagai Pengarah kerana dipotong oleh Hj Hussin tak betul.
2. Hj Zahari menjalankan tugas Pengarah bukan sepanjang tahun ini, spt yang anda nyatakan dlm posting, tapi untuk tempoh 1 bulan ketika Hj Hussin gi kursus Jusa
3. Hj hussin sudah pun pegang grad Jusa krn pengarah JPN Kelantan grednya Jusa C
4. Apa dok bising-bising nak calon orang tu dan orang ni jadi Pengarah Pelajaran Kelantan kerana pada hari ahad 24 Julai 2011 ambo ada jumpa Hj Hussin bersama KSU KPM di A Port KB. Bila ambo tanya, dia kata masih bertugas di KB.
Nasihat ambo : tarik balik la posting saudara, buat MALU Hj Zahari je, batang tubuh pengarah JPN Kelantan masih ada dan masih bertugas, saudara dah sibuk melobi utk Hj Zahari. Kalu Hj Zahari tau, dia pon MALU, melainkan Hj Zahari yang upah saudara. Salam persaudaraan.
Kenaikan pangkat guru di Kelantan semakin bercelaru berbanding semasa Mantan Dato' Hj Ismail dan Dato' hj Ghazali yang lebih berdasarkan kecekapan dan kelayakan pegawai sebab itu visi JPN kelantan tercapai 2010. Tapi sekarang yang tidak tulis buku rekod menagajar dan selalu tiada di sekolah boleh jadi pegawai di PPD, Guru Besar, PK, GPK, Pengetua . Tak tahu kelantan akan terus cemerlang
ReplyDeleteitu lah terlampau ikut telunjuk orang politik...........................
ReplyDeleteTerima kasih atas teguran, pembetulan dan komen saudara- saudara yang saya percaya adalah juga warga pendidik yang dididik untuk membuat komen yang baik dan berilmu.Lihat dan nilailah apa yang positif pada posting ini.
ReplyDeletekalu ikut percaturan politik & menang pilihanraya xpalah...kalu setakat cakap berdegar2 kerana utk memperkuatgan politik....ngaku kononnya arahan org politik...sepatutnya..PAS di Kelantan lenyap di bumi kelantan nih....yg silapnya, JPN Kelantan dah diresap oleh BARUA2 politik yg berkepentingan..hari2 dok sembang sapa org kita yg patut dinaikkan...xkitalah dok di PPD, JPN, Jadi Pengetua, GB.....Yg xlayak dilayakkan, yang bodoh/pemalas dijadikan bijak/dirajinkan serta dijadikan BODOH SOMBONG....Ingat Sikit..Rakyat memerhatikan apa yg berlaku di JPN.Yang layak angkatlah....Yg Belum layak..tunggu turn....!! HARTA DUNIA BELAKO TUH..Sana Sini Warga Pendidik bercakap....!!
ReplyDeleteMangkuk2 JPN yang lebih besar dari Pengarah telah bermaharajalela. Dia orang menggunakan nama orang2 politik untuk meneruskan agenda mereka dan mempengaruhi Pengarah yang dibuai mimpi indah.. Sedangkan segala tindakan mereka tidak deketahui atau direstui oleh mana2 orang politik. Yang sekor tu selalu guna nama Dato' Fuad Zakashi.
ReplyDeleteJPN Kelantan takkan berubah selagi ada 2 orang yang menjadi Boss kepada Pengarah. Pengarah Kelantan akan mengikut telunjuk 2 ekor ni.. Baru ni seorang daripadanya telah di BOOO semasa beri ucapan. Haaa... Ambil Kau!!
Diaorang ni bukan nak memajukan jabatan tetapi nak memajukan poket masing2.
Kalau Aziz jadi Pengarah lagi kembong poket diaorang ni... Aziz pula boleh tambah kereta..
berat2 klu gini pendidik rosak anak bangsa..msng2 berebut jawatan n pangkat bkn untuk memajukan anak bangsa..sedih ambo sbg anak kelantan..
DeleteSepatutnya orang berada d Jabatan/PPD menjadi role model dengan kompetensi dan skill yang tinggi spt education management, pedagogi skill , buat research skill bukan sekadar jadi urusetia kursus dan kumpul data. Yang ini orang N dan M boleh buat, Baru orang respect profesional DG. Renung-renunglah
ReplyDeleteHUMM.. nampaknya ada permainan di JPN..
ReplyDeleteKalau lagu ni lah keadaannya Kelantan, baik dok luar negeri lah...masing-masing warga DG pakat dok membentuk masyarakat Malaysia yang hebat pada masa depan........
ReplyDeleteNampak sangat jpn kelantan duk bawah telunjuk orang politik dan sekarang JPN Kelantan kembali ke zaman Rahman Ali dan Datok Shafie. Jangan ingat kami warga guru duk diam bemakna suka tapi ingat kami akan luah dalam PRU nanti
ReplyDeleteIkut demo lah nok kato gapo......asal tok kurang gaji kawe sudoh.....hujung bule dapat gaji....huhuuhuhu....hari ni buleh bonus.....buleh wak raya..hehe hehe hehe
ReplyDeleteWahai kekawan warga guru, marilah kita pakat cari keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Mana2 yang mengajar tahun 6, UPSR dah dekat. Begitu juga PMR, kemudian akan diikuti denga n SPM. Yang lain-lain, pastikan semua murid kita boleh menguasai 3M, menguasai perkara asas fardhu ain. Itu lebih banyak dari dok mengata gitu dan gini.
ReplyDeleteDifahamkan untuk jadi Pengetua/GB/PK perlu dapat surat sokongan/ restu orang politik spt Ketua Bahagian. Betul ke ni ? kalau betul mana maruah guru sebagai penjawat awam
ReplyDeleteaku naik heran la...jpn kelantan ni....tak lesai2 dgn hanky pangky sepak teranjang...puak2 DG dah meluat dgn karenah2 puak2 bodek n cium bontot pengarah ni.Aku dgr ceto,,,memo tukat guru/naik pangkat dibuat di kedai kopi.kroni2 yg entah dari mana yg xcukup haul pun leh naik pangkat/dok di PPD/JPN---jadi Pengetua/GB/PK dll.Org yg sepatutnya/LAYAK di ketepikan atas nasihat2 mangkuk2 ayun.PUNAH RANAH ABIS LICIN...Ore politik jge dok campur sgt gak....Ore PUTRAJAYA jengok2 getek gak apa yg telah trjadi di JPN Kelantan ni.Bila puak DG xsokong BN..dipersalahkan.Xtaulah apa nak jadi..
ReplyDeleteApa nak heran, sekolah2 YIK lagi teruk mainan politik. Mengapa tidak ada ore komplen? Gred jawatang pengetua dg48, tp demi politik dilantik ore bukan dg48, asalkan penyokong pas. Begitu juga dgn guru2 disekolah tersebut.
ReplyDeleteIni la malang guru2 kita, prosedur perlantikan dan kenaikan GB dan Pengetua pun masih ramai yg tak faham. Nasib baik ada yg bertanya, ini lebih drp main tuduh je. Senarai kenaikan pangkat GB dan Pengetua dtg dari Bhg Sumber Manusia (BSM), KPM berdasarkan senioriti dan prestasi tahunan, tanpa mengira fahaman politik. Tapisan memang ada tetapi dilakukan oleh GB dan Pengetua sekolah berkenaan. Sbb itulah ada segelintir GB yng menyokong parti pembangkang, tapisan yg dibuat tidak betul2 ketat.
ReplyDeleteSenarai tu betul lah drp BSM , KPM tapi siapa calon sehingga berlaku kecelaruan ini .....mungkin senarai nama turun dari langit kot
ReplyDeleteKalu u ni guru amat malang sekali krn msh tk mau memahami prosedur yg telah amalan sejak dahulu lagi. Guru2 yg masuk zon akan mengisi borang yg dikeluarkan oleh BSM, KPM. Dari borang pencalonan itu, BSM akan tentukan sapa yg layak dan yg tidak, berdasarkan senioriti dan prestasi. Yg layak, namanya akan dihantar ke JPN negeri. Kalu ada guru yg tidak tahu proses ini, harap bertanyalah kerani di sekolah masing2.
ReplyDeleteKepada semua pembaca blog ini sila lawati blog baru ni.. baru jumpa lagi dasyat cerita seram ni.. http://jpnkelantan2011.blogspot.com/
ReplyDeletebercakap senioriti dan prestasi belawak belaka ... ada PK SR lantik PK 1 tahun 1999, tidak dilantik pun GB tengok yang lantik PK 1 pd 2007 dan umur belum 50 th lg sdh jadi GB. Kerja bukan hebat serupa ramai2 tapi sebab kroni/kenal/kabel jad GB di hulu tak sampai 1 tahun n sekarang sudah jadi GB dekat rumah. Jangan cakaplah senioriti dan prestasi nanti kawe bongkar satu-satu memalukan sektor sekolah, jpn kelantan
ReplyDeleteThis is Kelantan,Bos.Kalau takdok kabel besar,payoh nk buleh pangkat hatta sebagai PK sekolah rendah sekalipun.Umur 30-an,masih mentah lagi dh jd PK.Masuk umur 40,jadi Guru Besar.Kerja tak sehebat mana tp kabel kuat sakan la Bos.Asal meeting,asyik ugut cikgu2.Time nk PRU sebuk lah Pengarah turun padang(ambo respect dgn Tuan Pengarah Kelantan).Tp disebabkan terlalu benci dgn juak2 yg dpt pangkat guna kabel,guru tk pangkah BN.Prestasi?Tu hanya syarat jah.Prestasi hebat tp kabel takder,jangan mimpi la dpt pangkat.This is Kelantan.
DeleteDemo bongkar la!! sebab gapo?? biar semua ore tahu kecelaruan yang berlaku di negeri kelantan ni. biar pemimpin dapat tahu perkara sebenar.
ReplyDeletedemo buat baik dapat pahala,demo buat jahat dapat dosa,€luu €fikirlah sendiri...
ReplyDeleteJangan buka aib orang satu hari Allah buka aib kita.....renung2 lah
ReplyDeleteKepada anon August 21,6.02AM dan kepada sesiapa guru yg tidak tahu prosese kenaikan pangkat.1. Iklan dibuka dan dimohon oleh guru yang layak.2. Borang permohonan disah dan disokong oleh GB. 3. Borang permohonan dihantar ke JPN Kelantan untuk saringan mengikut markah prestasi. 4. Senarai saringan dikeluarkan dan dibawa ke Panel Lembaga Kenaikan Pangkat JPN. 5. Proses mengenali pemohon terdiri daripada 'orang saya' dan 'orang kita' dibuat.Di sini Prestasi sudah diketepikan asalkan 'kroni' diberi peluang dinaikkan pangkat. 6. Nama yang terdiri daripada 'orang kita' dan 'orang saya' yang dipilih dihantar ke BSM untuk disahkan berdasarkan kekosongan dan kembalikan ke JPN untuk dibuat memo lantikan.(BSM tidak tahu menahu, nama yang disahkan adakah betul-betul layak ataupun tidak kerana nama dan markah prestasi telah dimanipulasikan semasa saringan diperingkat JPN lagi).Dunia luar tidak mengetahui kejadian ini.Akibatnya yang TIDAK LAYAK telah ditukar status MENJADI LAYAK kerana amalan kronisma sehinggakan ramai YANG LAYAK dipencenkan dengan DGA32.(Jawablah diakhirat besok). - Aku pun nak tuntut hak aku diakhirat besok dari Pengarah,Timbalan Pengarah,Ketua Sektor dan juga Pegaawai dari Bahagian Sumber Manusia.
ReplyDeleteBetul tu Anon Sept.7.2011,7.29 PM, aku pernah telepon BSM.ada seorang pegawai BSM setelah menyemak nama dan k.p. aku,dia kata nama aku tidak ada dalam senarai yang diangkat oleh JPN Kelantan. Yang aku heran ada yang tidak memegang apa-apa jawatan hakiki boleh diluluskan menjagi GB pulak. Umur baru 47 tahun. Aku tak tahu peraturan mana yang digunapakai oleh JPN Kelantan. Betullah seperti kata kengkawang di atas,memang JPN Kelantan dari dulu lagi dah punah ranah diresapi oleh orang-orang politik. Surat pekeliling oleh Pengarah menyuruh mengamalkan INTEGRITI dalam budaya kerja TETAPI kalau di Jabatan sendiri amalan integriti dah lama musnah,janganlah cuba menasihati guru-guru untuk mengamalkan integriti. Janganlah seperti 'ibu ketam menyuruh anaknya berjalan betul,sedangkan dia sendiri tidak betul'. APA NAK JADI DENGAN JPN KELANTAN. ADALAH LEBIH BAIK ORANG LUAR KELANTAN JADI PENGARAH DARIPADA ORANG KELANTAN SENDIRI.
ReplyDeleteHari ni mu cantas oghe... esok oghe lain pulok cantas mu...hehehe...cayo la.
ReplyDeleteKembali la ke zaman Dato'Mail,Dato'Li.zaman W.Zaid,Dato'Shukur(Alahyarham)dll.Hanya jngan ikut supe zaman Dato'Shafie n Rahman Ali n nik khatijah.Pecacai hok selsema babi,betul lo ni ada beberapa orang di JPN n di luar JPN.Ahmad Razukee,Mat Yani,Raja Anoro n Mat Jin(Pengetua smk tnjg.Chat).Ho,puak-puak ni haprak ni.Kijo tok lah mano!mainan dia cukup bahaya.Dia orang brsandar kpd politik ni.Mapus Pengarah n KSPK.Anak ayam Hj.Zahari 2 bahayo jgak.tapi jenis buat kijo.Hok pecacai Pengarah lo ni 2,mapus la JPN.Kaki Projek 2.Pah ko UMNO pun dia jual 2.
ReplyDeleteguana blog jpn kelantan lagi dan jpn kelanatan 2011 ditutup????????????? Harap blog ni jangan tutup sebab byk input kemungkaran jpn boleh diperolehi
ReplyDeleteAla....bakpo la dok buka pekong puak2 kita gak?Cari la jale selesai ngan baik kerana kita semo guru.Guru..lamo-lamo jadi Tok Guru.Tak ko malu ko anak murid.Hai,tutup la semo blog hok dok wak tubik benda-benda mengaibkan orang kito jgak.Cikgu ni sbenarnya ore baik-baik belako ken.Hem tutup la blog ni.Bakpo dok baloh sama kita.Kerja baik-baik la.Kemungkaran 2 akan terhapus ngan sendiri.Tuhan adakan.Jangan bimbang...sapo buat kemungkaran dia akan terima balasannya.Hidup ni tak lamo weh.wasalam.
ReplyDeletepenulis yg suka hentam org ini kena gi psikitris. mungkin ada putus wayar mano2 sbb semua org tok kena. lebih baik sembahyang sunat banyak atau makan ubat tu ikut jadual ha ha ha. kalu setara dato najib pun dia komen pahtu gak takdok org lain laa hok betul... tgk kurap atas belake kito getek!!!
ReplyDeleteMMANG BTUL BLOG INI BUKN RUANGN HENTAM ORG. PENULIS BIAR PROFESIONAL SIKIT. INI BUKN TEMPT LPAS GERM.
ReplyDeleteWahai tuan punya blog isu JPN Kelantan ini,sila tarik isu ini...memalukan kuarga guru aje.Buka pekung dikhalayak umum.Kita guru orang baik-baik.Usah la berterusan.Malu kat orang.Kita ni cikgu weh.Budak2 baca pun rasa nyilu rasa perangai puak2 kita dok buka aib orang kita jugak.Kalu nak gak jumpe diluar sorang samo sorang...lawan.Tarik la !
ReplyDeleteAnonymous's lah yang tarik komen mereka yang tak sedap tu.. tiada apa yang tak kena dengan blog ini.
ReplyDelete1 Kepemimpinan Tertinggi PAS tiba-tiba sahaja menghadapi tugas amat berat dalam sejarah bagi menghadapi BN dalam PRU Ke-13 setelah presiden parti berorientasikan sticker itu, Ustaz Abdul Hadi Awang menggula-gulakan para pengundi dengan menawarkan sebuah negara berkebajikan untuk seluruh rakyat di negara ini.
ReplyDelete2 Yang niat asalnya hanyalah umpan untuk meraih undi orang ramai kini menjadi beban buat kepimpinan tertinggi parti itu untuk merangka, memperinci dan memperjelas akan konsep sebuah negara berkebajikan memandangkan belum ada contoh sebuah negeri pun yang di bawah tadbiran mereka mengamalkan konsep tersebut.
3 Malahan dokumen bertulis yang terperinci mengenai negara berkebajikan yang tentunya akan melariskan sticker dan sepanduk itu belum mampu mereka hasilkan, inikan pula menjana sebuah negara berkebajikan.
4 Ketika mereka bercakap tentangnya mereka masih belum dapat menunjukkannya seperti halnya dengan Myplan yang menerangkan secara terperinci tentang RMK ke-10 yang telah dilancarkan oleh kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Najib baru-baru ini
5 Malaysia sebagai sebuah negara di dunia yang begitu banyak menghulurkan pelbagai jenis bantuan, sokongan dan pertolongan kepada rakyatnya pun tidak terfikir untuk mengisyhtiharkan negara ini sebuah negara berkebajikan, namun berbeza dengan PAS yang berani menawarkannya meskipun mereka pun masih belum jelas mengenainya.
6 Keadaan tentunya menjadi lebih sulit memandangkan tidak ada dalam sejarah tamadun dunia mahu pun Islam yang berani mengidentifikasikan diri mereka sebagai sebuah negara berkebajikan. Tidak ada sebarang bukti dalam mana-mana dokumen sirah dan sejarah yang menyebutkan tentang kewujudan sebuah negara seperti itu.
7 Khalifah Abbasiah yang tersohor iaitu Umar bin Abdul Aziz yang sangat dikenali dengan sikap beliau yang suka menolong rakyat pun tidak pernah terkeluar daripada mulut baginda bahawa negara yang ditadbirnya itu sebuah negara berkebajikan.
8 Bagi saya cukuplah jika kebajikan rakyat dijaga, tanpa perlu kepada sebuah negara berkebajikan.Dan inilah yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sejak dahul
Pengalaman saya mngajar di Kelantan sudah hampir
ReplyDelete30 tahun. Sememangnya sesiapa yang dinaikkan pangkat bukan berdasarkan kepada "what he or she knows" tetapi berdasarkan kepada "whom he or she knows".Golongan yang kedua ini ialah dalam kalangan orang-orang politik. Mereka ini biasanya adalah aktivis UMNO yang mendabik dada kononnya berjuang atas dasar semangat kemelayuan tetapi sebenarnya merekalah pemusnah kepada generasi melayu akan datang. Apa tidaknya,mereka melobi ketua-ketua bahagian UMNO untuk dinaikkan pangkat sebagai pengetua/guru besar,penolong kanan atau pegawai di PPD.Mereka sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan tersebut.Jadi, jawatan diisi oleh mereka yang tidak kompeten dan akibatnya merugikan anak-anak melayu. Perkembangan terbaru sekarang ini,ramai pegawai-pegawai di PPD yang dahulunya berebut-rebut utk memegang jawatan di PPD(dgn.menggunakan kabel politik)ingin ke sekolah-sekolah semula utk memegang jawatan PK krn pengumuman yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib pada hari guru yang lepas di mana PK akan dilantik ke Gred DG48 secara otomatik berkuatkuasa 1 Jan 2012.Dgn.rakus golongan ini cuba merampas hak-hak guru yang bertungkus lumus berusaha utk kepentingan pelajar di sekolah-sekolah. Selagi kenaikan pangkat tidak dikawal oleh Sumber Manusia di kementerian, selagi itulah mereka yang benar-benar layak dinafikan hak mereka.Majoriti guru-guru di kelantan sedang memerhatikan keadaan ini dan akhirnya mereka akan memanifestasikan protes mereka di atas kertas-kertas undi nanti.Selagi hal ini tidak dibendung oleh pusat,selagi desperado politik tidak dinyahkan dari memegang jawatan di jabatan pelajaran ,bagi pandangan saya,BN tidak akan menang di Kelantan.Senario inilah menjadikan Kelantan tercorok dibidang pendidikan.
Lihat surat pembaca dalam berita harian bertarikh 13 Sept 2011 muka surat 27. JPN Kelantan perlu telus laksanakan dasar. Guru kecewa sudah berani meluahkan ketidakpuasan , bagaimana pun harap warga guru jangan lah luah dalam PRU 13 sebab sepanjang PAS memerintah tidak ada pun menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan seperti Kerajaan Terengganu
ReplyDeleteJPN Kelantan perlu telus laksana dasar
ReplyDelete2011/09/13
JABATAN Pelajaran Kelantan sudah lama melaksana dasar menempatkan dan menukar guru yang ingin masuk berkhidmat, memulakan perkhidmatan dan guru yang sudah lama berkhidmat di dalam negeri untuk berbakti di kawasan pedalaman negeri ini iaitu di daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Mengikut prinsip ditetapkan, guru yang lama berkhidmat dalam negeri yang berumur bawah 45 tahun dan belum pernah mengajar di kawasan pedalaman akan secara bergilir-gilir ditukarkan ke tiga daerah berkenaan untuk tempoh dua tahun.
Guru yang baru berkhidmat dan bertukar ke Kelantan pula ditetapkan syarat lima tahun berkhidmat sebelum boleh memohon balik ke daerah lain.
Namun begitu, dasar tinggal dasar apabila tekanan politik mula masuk ke JPN negeri. Ada yang hanya beberapa bulan saja bertugas di pedalaman sudah pun berjaya balik ke daerah asal.
Ini belum lagi diambil kira mereka yang terpaksa dibatalkan memo pertukaran atas tekanan politik, ada juga yang dikeluarkan memo pertukaran, tetapi tuan punya badan langsung tidak melaporkan diri.
Semua guru perlu bergilir-gilir berkhidmat tanpa mengira opsyen dan jantina. Guru J-QAF juga sepatutnya turut sama dibabitkan agar dapat merasakan susah senang berkhidmat di kawasan luar bandar.
Saya juga menyeru semua sekolah di ketiga-tiga daerah pedalaman itu diberi insentif 10 peratus daripada gaji guru, namun kini hanya sebahagian saja sekolah diberi keistimewaan berkenaan. Ini penting untuk menarik guru di bandar untuk terus berbakti di pedalaman.
CIKGU PEDALAMAN,
Kuala Krai, Kelantan.
Ohhh Mat Sabu...
ReplyDeleteUtusan Online ARKIB : 28/08/2011
Bisik-Bisik Mingguan
AWANG sebenarnya tidak berminat untuk menulis tentang politik apatah lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Namun perihal Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengherokan pengganas komunis dan menghina anggota pasukan keselamatan, tidak boleh dibiarkan.
Semalam, Utusan Malaysia menerusi laporan muka depan mendedahkan kenyataan Mat Sabu yang menganggap pengganas kompeni Ke-4 dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong, sebagai hero sebenar.
Dengan kata lain, 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban ketika mempertahankan balai tersebut, tidak perlu diiktiraf pengorbanan mereka dalam sejarah tanah air.
Antara lain beliau mendakwa:
* Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis, adalah hero sebenar.
* Mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai (lantikan) British.
* Berikrar untuk menulis semula sejarah jika pembangkang memerintah negara.
Belum pun lenyap isu khalwatnya suatu masa dahulu dan isu beliau didakwa bercakap bohong kononnya dilanggar oleh kereta polis semasa perhimpunan haram 9 Julai, sekali lagi Mat Sabu jadi perhatian. Awang melihat ia suatu penghinaan kepada negara lebih-lebih lagi menjelang Hari Kemerdekaan, Rabu ini.
Kenyataan terbaru beliau itu mencetuskan kemarahan dan bantahan banyak pihak. Ia mengguris hati warga pasukan keselamatan dan waris-waris mereka. Awang sendiri mendidih darah. Ramai ahli Pas termasuk dari kalangan bekas anggota pasukan keselamatan serta keluarga mereka tersentak dengan kenyataan beliau.
Tetapi Awang tidak terkejut. Mat Sabu sebenarnya membawa aspirasi pihak lain yang memang sentiasa menyala agenda mereka untuk menulis semula perlembagaan dan sejarah Malaysia.
Strategi pemimpin tertentu DAP untuk menjalin hubungan rapat dengan Mat Sabu ternyata membuahkan hasil. Difahamkan, beliau semakin kerap mewakili pemimpin kanan DAP ke majlis-majlis yang berkaitan dengan hal ehwal Melayu. Tidak mengapalah jika beliau mendapat kepercayaan DAP tetapi janganlah mudah sangat diperalatkan. Perbuatan menghasut orang ramai agar menafikan sejarah adalah lebih bahaya daripada ancaman pengganas militan. Setiap warga negara mesti patriotik dan kental asas kenegaraan, yang sepatutnya dijunjung oleh Mat Sabu. Awang tidak terkejut sekiranya pembangkang memerintah, beliau akan menobatkan pemimpin PKM, Chin Peng sebagai tokoh kebangsaan dan mencadangkan Malaysia dijadikan negara republik. Orang seperti Mat Sabu boleh mencari apa sahaja kewajaran walaupun terpaksa mengelirukan fakta sejarah.
Inilah harga yang perlu dibayar oleh Pas kerana mengangkat orang yang tidak berwibawa seperti Mat Sabu sehingga ke jawatan Timbalan Presiden. Awang simpati dengan Pas kerana mempunyai pemimpin seperti itu.
Sebelum ini, reputasi beliau selalu dipersoalkan. Beliau lebih dianggap sebagai Pak Badut dalam parti. Lagi banyak beliau buka mulut maka lagi buruk imej Pas.
Mat Sabu juga mencerminkan kebodohan Melayu berpolitik. Ghairah untuk untung jangka pendek tetapi merugikan bangsa untuk selama-lamanya.
Sokong Cikgu Pedalaman.. walaupun saya bukan cikgu tapi saya tinggal lama di Pedalaman Sabah, saya rasa rugi jika cikgu tidak mengambil kesempatan mengutip pengalaman, kelebihan, keseronokan tinggal di pedalaman bersama masyarakatnya
ReplyDeleteDengar cerita Mantan Pengarah dulu Dato' Mail n Dato' Li biras ke?? Ni dah kira cam nak mewariskan takhta di JPN Kelantan dah ni... dlu ada sepupu sy nk tukar dri Johor ke Kelantan punyalh susah.. Jumpa dengan pengarah buat tak tahu je... ada member duk cerita, lau nk tukar boleh, tapi jumpalah dgn bini pengarah... Dia ada kuasa...Teruk betullah,,,,,
ReplyDeleteTolong lah jangan sebar fitnah , berdosa tahu. Mantan Pengarah Dato' Ismail dan Dato' Ghazali telah berjaya mengembalikan kecemerlangan pendidikan Kelantan dan visi Cakna Pendidikan Kelantan tersohor 2010 telah tercapai.Perancangan strategik , buku 3PK telah menampakkan hasil dan tindakan urus tadbir mereka lebih profesional. Jadi janganlah memburukkan kedua-dua tokoh ini.
ReplyDeleteSAYA BERSETUJU DENGAN COMMENT PADA 16 SEPT. SEBABNYA RAMAI GURU-GURU DAN ORANG -ORANG AWAM BERCAKAP MENGENAI KUASA PENGARAH TELAH DIPENGARUHI OLEH ISTERI DAN SAYA JUGA INGIN NYATAKAN BAHAWA HAJI ZAHARI TIDAK LAYAK UNTUK MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI SEORANG PENGARAH.
ReplyDeleteSAYA RASA ADMIN INI DITULIS OLEH ORANG-ORANG HAJI ZAHARI.
DARI : GURU P.MAS
komen 22 sept . pengarah hak mana tu ?
ReplyDeleteInsentif kenaikan pangkat punca pegawai JPN, PPD ‘rujuk’ jadi guru
ReplyDeleteSAMBUTAN Hari Guru 2011 sangat memberi makna kepada pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid dan penolong kanan kokurikulum yang sedang bertugas di sekolah menengah.
Berita gembira diumumkan Timbalan Perdana Menteri bagi pihak Perdana Menteri, iaitu semua pemegang jawatan di atas akan menerima insentif yang menjadi impian mereka. Menerusi pengumuman itu, semua pengetua sekolah menengah dinaikkan pangkat DG52, manakala penolong kanan pentadbiran (PK1), penolong kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan penolong kanan kokurikulum (PK Koko) dinaikkan kepada DG48 mulai 1 Januari 2012. Namun, sebahagian daripada pemegang jawatan itu memang berada dalam gred DG48 dan DG52. Banyak pihak berasakan pemberian insentif ini wajar kerana bebanan tugas berat terpaksa dipikul mereka. Apa yang menjadi bahan ketawa guru berikutan pengumuman insentif itu ada pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sanggup kembali bertugas di sekolah semata-mata kerana berhajatkan kategori DG52 atau DG48 yang bakal dinikmati mulai Januari 2012.
Jika selama ini pegawai di JPN dan PPD yang asalnya adalah guru enggan kembali bertugas di sekolah kerana bertugas di JPN dan PPD dianggap lebih dihormati berbanding bertugas di sekolah.
Sebenarnya guru tidak ambil kisah sekiranya pegawai JPN dan PPD kembali ke sekolah untuk memegang jawatan pentadbiran yang disenaraikan di atas sekiranya tempoh perkhidmatan mereka lama.
Sepatutnya pegawai ini terus saja berkhidmat di PPD atau JPN, mungkin kerajaan perlu menstruktur semula perjawatan di JPN dan PPD supaya mereka dapat menikmati apa diimpikan dan lebih penting tiada guru terguris perasaannya.
GURU HITAM PUTIH KEHIDUPAN,
Tapah, Perak.
Jawapan utk September 22, 2011 7:23 PM..
ReplyDeleteSiapa lg kalau x si biras tu. Sepatutnya Timbalan Pengarah Ketika itu, Hj Ishak berapa Tempat no 1 JPN, tetapi, Dato' Mail menjatuhkan beliau dengan pelbagai 1001 mcm alasan serta mengungkit kembali kisah silam Hj Ishak..Untuk diberikan jawatan tersebut kepada birasnya Dato' Li..
Tgk sekarang apa dh jadi??? Terkena ats batang hidung sendiri.. buat baik berpada2 buat jahat..
Allah SWT akan byr CASH ats dunia lg..
terima kasih kepada Kerajaan BN kerana telah menaikkan gaji kakitangan awam termasuk guru. untung guru-guru junior , 7 tahun berkhidmat dapat DG44 dan 16 tahun berkhidmat dapat DG48 secara time-based.Semoga guru akan lebih komited dengan tugas dan tak banyak songe.....
ReplyDeleteTertarik juga komen2 guru2 di atas tu........
ReplyDeleteMemang betullah, JPN Kelantan lah yang paling teruk di Malaysia ni....Haru-Biru, Mana taknya...org2 politik masuk campur dalam organisasi...Example:- Jaga boleh tukar guru besar atau pengetua, atas dasar Jaga, ketua cawangan umno....Janganlah gah dengan kuasa parti yang suka menganiayai org. Ingatlah doa2 org yang teraniaya, amatlah dimakbulkan olehNya...
Saya tertarik dengan pelbagai komen yang diajukan ......
ReplyDeleteMemang JPN Kelantan sudah hilang nilai intergriti yang selama ini dijaga ... buat penat je PM kita laungkan slogan tranformasi dan memperkenalkan imbuhan yang tak ternilai kpd warga pendidik.
Konsep yang di perkenalkan oleh PM adalah yang terbaik untuk dilaksanakan tapi semua itu tidak akan tercapai sekiranya pegawai yg di peringkat perlaksanaan gagal berfungsi dan menjalankan tugas yang diamanahkan.... sedar atau tidak apabila sesuatu jabatan itu dicampuri oleh kuasa politik maka akan ada 2 pihak, satu penyokong kerajaan dan satu lagi penentang kerajaan ..... disini kalau kita perhatikan golongan penyokong kerajaan terdiri daripada kalangan mereka yg berada diperingkat atasan dan bawahan manakala golongan penentang kerajaan adalah mereka yang berada disuatu tempat yg cukup istimewa iaitu peringkat pertengahan (Pelaksa kerja) .... maka dengan ini mereka yg berada diatas akan menunjukkan kekuatan masing2 (org tu baik ngan menteri, ada yg baik T.menteri) disini masing2 akan mengeluarkan pelbagai arahan kepada golongan pertengahan untuk dizahirkan diperingkat bawahan atau akar umbi.... maka dengan ini golongan yg akan untung adalah golongan penentang kerajaan kerana orang yg menjalankan kerja yg diarahkan oleh pihak atasan adalah org pertengahan yg memang diakuai kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada golongan penentang kerajaan yang berselindung disebalik bos2 mereka yg diakuai sebagai golongan penyokong kuat kerajaan .... bagaimana tranformasi yg di perkenalkan oleh PM akan berjaya, sebab jabatan itu telah dikuasai oleh golongan penentang kerajaan tp kalau kita lihat dari segi luaran jabatan itu adalah salah satu jabatan yg mendokong kuat segala arahan kerajaan .... jadi jgn lihat kulitnya aje cuba lihat dari dalam baru tahu ianya elok atau dah berulat .... baru2 ini saya tertarik dengan isu pertukarann guru antara daerah yg mana result mereka dalam sistem egTukar telah berjaya selang 1 minggu kemudian result baru keluar dan kebanyakan mereka gagal tapi ada segelintir mereka yg berjaya walaupun tidak menepati syarat2 pertukaran ..... apa dah jadi??? sepatutnya JPN Kelantan kena peka dengan syarat serta status permohon dan jangan memilih bulu, sekiranya result pertukaran belum keluar ok tp sekarang masalahnya result pertukaran dah keluar tapi di tarik balik ........... Cuba JPN fikirkan berapa ramai yg terlibat .....
cth :
100 org warga pendidik + 100 org isteri warga pendidik + 2000 org keluarga warga pendidik dah jadi = 2200 undi yg sepatutnya milik kerajaan akan beralih kepada pembangkang siapa yg harus bertanggungjawab sedangkan yg baru dibawa masuk adakah mereka benar2 penyokong kerajaan sekiranya ya adakah mereka berdaftar mengundi di N.Kelantan ..........
Fikirlah Dulu JPN Kelantan sebelum membuat sebarang keputusan ?????
jangan disebabkan segelintir pegawai anda yg tidak menyokong kerajaan maka gelombang merah gagal dizahirkan dinegeri kelantan.
p.mas, kel
betul... betul...
ReplyDeleteMemang betul apa yg berlaku di JPN Kelantan, ketua2 sektor asyik bermain politik dan pegawai bawahan yg melaksanakan tugas.... pegawai2 berkenaan kebanyakan adalah penentang dasar kerajaan yg menjadi mangsa adalah di kalangan guru2 yg menyokong kerajaan ........... ini tak terkecuali berlaku di PPD n sekolah malah ada setengahnya lebih teruk daripada apa yg berlaku di JPN ...... masalah kroni yg menjadi punca sebenar kepada ketidak puasan hati guru2 dan mereka semuanya menzahirkan ketidakpuasan hati mereka dengan memberi undi kepada pembangkang ..... itulah apa yg berlaku dlm PRU sebelum ini dan tidak mustahil ianya akan berulang ....... wahai mereka yg berkuasa berlajarlah daripada kesilapan yg lepas !!!!
Bachok
Kecelaruan yang berlaku sekarang di JPN Kelantan dan PPD ialah disebabkan lantikan pegawai sekarang bukan secara profesional iaitu berdasarkan kompetensi dan kelayakan serta integriti pegawai. Contoh di JPN sekarang pegawai baru dilantik dikalangan kroni dari Bachok dan di PPD pula daripada mereka yang ada jawatan dalam parti dibahagian sedang pekeliling sudah jelas Guru DG41-DG48 yang boleh libat dengan politik ialah mereka yang tidak terlibat dengan jawatan pentadbiran iaitu guru sekolah. Dengan sebab itu lah sekarang penyalahgunaan kuasa bagitu rakus sekali . sebab ada guru sangat junior sudah dilantik sebagai GB/PK . Duduk ingat orang sains jadi pemimpin akan ikut skima tapi semakin hancur
ReplyDeleteRata-rata guru di kelantan dah tau semua tu...yang naik kerana politik atau kerana hasil kerja buat dan pengalaman sebagai guru yang berkualiti.Jadi tak hairanlah kalau keadaan d semua peringkat dah jadi haru-biru.....
DeleteGuru TAHNIAH TUKAR tp tak tukar
ReplyDeletePerasaan yang amat gembira terpahat di hati saya dan lebih 10 rakan yang lain bila mengetahui keputusan permohonan pertukaran kami dari daerah pedalaman telah diluluskan pada 10 November 2011 lalu melalui sistem online egtukar. Kami dengan tidak berlengah lagi telah membuat pengurusan membatalkan sewaan rumah, menyewa lori dan menguruskan pertukaran anak-anak ke daerah dimana kami akan ditempatkan. Ada antara kami yang mencecah lebih lima hingga sepuluh tahun mengajar di pedalaman, sekian lama menunggu saat ini dengan hati yang begitu teruja untuk balik tinggal bersama dengan anak isteri dan ahli keluarga masing-masing.
Lebih kurang pukul 3 petang, 16 November 2011 kami telah membuat semakan keputusan sekali lagi dan terkejut bila mendapati keputusan kelulusan pertukaran kami melalui sistem online bertukar gagal. Terperanjat, marah dan kesal dengan keputusan kedua itu seolah-olah kami warga guru telah dipermainkan dengan proses pertukaran ini. Hampir 5, 7 dan lebih 10 tahun kami berjuang nasib untuk pulang ke daerah kami dengan membuat permohonan pertukaran setiap kali sesi tersebut dibuka dan difahamkan salah satu syarat permohonan adalah melebihi 3 tahun mengajar di pedalaman.
Malah dijanjikan guru yang di reployment hanya 3 tahun sahaja di pedalaman. Tapi hingga kini kami masih di sini dan apabila permohonan pertukaran kami diluluskan, ia dibatalkan pula. Itukah keadilan dan perikemanusiaan? Mungkin perkara yang sama sedang berlaku kepada rakan-rakan sejawatan kami yang lain.
Kami dah juak dengan Jabatan Pelajaran Kelantan yang menjadi ' Pendusta Kelas Pertama' dalam menjaga kebajikan warga pendidiknya. terutamanya Pentadbir Pertama atasan jabatan ini, ketua sektor yang menguruskan hal ehwal sekolah, malah pegawai yang terlibat dalam proses kelulusan pertukaran ini.
Bila kami membuat panggilan ke Jabatan Pelajaran Kelantan untuk menanyakan status pembatalan pertukaran ini, mereka meminta kami merujuk kepada Penolong Pengarah Pengurusan Guru iaitu YM Raja Anoro bin Raja Kob di talian 09-7418099. Kami menghubungi beliau dan memohon penjelasan. Beliau dengan angkuh menjawab itu adalah kesilapan teknikal dan keputusan dalam egtukar online tidak boleh digunapakai. Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan rasmi adalah apabila kami menerima surat penempatan yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan yang ditandatangani Pengarah sahaja. Begitu mudah jawapan yang diberi.
Kami rasa amat tidak berpuas hati dan cuba mencari jawapan lagi mengikut saluran yang betul. Menelefon pegawai berkaitan, bertanya kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan sebagainya. Namun amat terkejut, bukan kerana kegagalan pertukaran kami, tetapi dengan maklumat peribadi pegawai yang terlibat dalam kes ini adalah seorang yang mempunyai rekod peribadi yang sangat buruk sewaktu beliau bertugas di Institut Perguruan Kota Bharu dan telah dipoolkan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat tentang dirinya telah tersebar luas di internet dan pelusuk negeri Kelantan. Sungguh hebat pegawai yang menguruskan pembatalan pertukaran kami ini. Sama hebatnya dengan Pengarah Pelajaran Kelantan yang telah membawa masuk dan menempatkan beliau di Jabatan Pelajaran Kelantan.
SAMBUNGAN - TAHNIAH GURU TUKAR
ReplyDeleteLagi mengejutkan kami adalah ada di antara guru-guru yang lulus bertukar tanpa membuat permohonan seperti kami dan ada di kalangan mereka yang baru 2 tahun, baru 6 bulan mengajar di pedalaman. Mereka sudah dapat pulang ke daerah masing-masing dengan bantuan kabel politik. Cukup jelas apabila agenda ini direstui oleh Ketua Sektor di Jabatan Pelajaran Kelantan! Mungkin bagi kami guru-guru yang mengikut saluran yang betul, yang tiada kabel akan menunggu disini sehingga mati dalam menunggu permohonan demi permohonan yang silih berganti. Kami telah diperbodohkan oleh warga pendidikan sendiri yang selalu sibuk mewarwarkan kepentingan perkhidmatan sebagai guru, integriti dan ketelusan. Jika perkara seperti ini berterusan, ia bukan sekadar merosakkan Jabatan Pelajaran Kelantan sebagai bumbung tempat kami berteduh, malah merosakkan seluruh sistem pendidikan Kelantan dan yang amat sedih apabila murid generasi depan akan menjadi mangsa kerakusan kepentingan diri para pegawai ini. Untuk makluman seramai lebih kurang 178 guru di seluruh Kelantan yang telah diluluskan permohonan telah dibatalkan tanpa sebab!
Jadi, janganlah memperbodohkan kami yang bodoh ini dengan alasan disebabkan masalah teknikal. Kerana selama kami menggunakan perkhidmatan online egtukar ini, masalah teknikal tidak timbul dengan pengurusan kelulusan permohonan tidak bermasalah. Secara bodohnya, kami dapat mengagak bahawa masalah yang timbul adalah berpunca daripada pegawai yang diberikan kepercayaan menguruskan pertukaran ini di Kamu akan lihat keputusan dalam pilihanraya umum ke 13 Kelantan nanti tidak dapat dicapai seperti yang diimpikan oleh YAB Perdana Menteri. Itu suatu yang kami amat pasti!
Salah satu faktor penting mengapa guru-guru di Kelantan ramai sokong pembangkang ialah sikap pemimpin UMNO yang campurtangan dalam kenaikan pangkat guru-guru.... guru-guru yang senior terpinggir dan tersisih...dek campur tangan politik, yang junior setahun jagung pintas yang senior..apalah sangat jasa si junior hingga yang Senior diketepikan ... seolah-olah jabatan kerajaan ni bapak dia punya !!!... Selagi perkara ini berleluasa, pemimpin-pemimpin UMNO janganlah dok berangan nak rampas Kelantan dari PAS....
ReplyDeleteSetuju sangat2.....
DeleteJPN paling teruk a.k.a JAHAT di malaysia ialah JPN KELANTAN
ReplyDeleteTahniah kepada semua PK sek men yang telah menerima memo upgrade gred dari DG44 kepada gred DG48. Kepada yang dilantik memang haknya teruskan kecemerlangan. tetapi yang naik kerana kabel ubahlah sikap lama dan sama-samalah mencemerlang pendidikan negeri Kelantan
ReplyDeleteHj zahari takkan dapat jadi pengarah. Orang politik tak suka beliau. JPN kelantan teruk, org politik boleh atur siapa yg dia boleh pergunakan. Melayu.....bangkitlah guru, hukum la puak umno ni sekali..terlalu berlagak , dah tak macam zaman dulu yang betul-betul berjuang agama dan bangsa.
ReplyDeleteSekarang guru bermasalah dipuja dan diangkat menjadi PK atau Guru Besar....sedihnya campur tangan orang politik walaupun 1% tapi impaknya besar dan memalukan dalam memertabat profesion guru
ReplyDeleteKabel politik punya pasal guru yang tak masuk mengajar dlm kelas sampai tahap mak bapak buat aduan pun dh dpt jd Pengetua...macamana orang nak hormat.
Deletesekarang sedang gege pxegawai JPN Kelantan bukan fokus pd kerjabuat sebaliknya sibuk cari tino,pusing keliling cari jando dan anak daro hok comel....identiti tercemar
ReplyDeleteItulah juga yang saya dengar.turun kesekolah bukan utk meninjau prestasi sekolah atau guru sebaliknya mencari-mencari minah janda atau dara utk spare tyre,hilang fokus dan matlamat utk memajukan pendidikan,,,,,,,,
ReplyDeleteItulah kualiti Pegawai JPN Kelantan,lupa fokus utama utk majukan pendidikan tetapi sibuk mengasah nafsu serakah,harap pengarah tinjau sikit,wpun masalah peribadi,jejas imej jabatan
ReplyDeletesebelum naik ke situ memang jenis tak berkualiti pun....
Deletehancur anak bangsa warga pendidik mcm ni..
ReplyDeletemanusia mudah lupa diri apabila naik pangkat.....aktiviti tidak bermoral yg tak patut dicontohi
ReplyDeleteNikah jangan zina
ReplyDeletekakitangan jpnk seramai 430 orang tapi yg nikah lebih dari1 hanya 17 org je.takyah kita fitnah angkat borong nak hodohkan satu jpn
ReplyDeleteini bukan soal hodohkan tp satu persepsi negatif,dgn tpt boleh kata 17,underground berapa
ReplyDelete,zina tu berdosa besar,nikah itu halal.tp jgn sbb duk JPn take advantage.....
demo pegawai ,public figure.ore suluh sokmo,jadi jagalah imej ,jgn ikut redah,buat apa-apa fikir integriti dan moraliti sbb kita pegawai Kementerian Pelajaran,contoh tauladan yg baik buat ore lain dan anak2 murid,makan gula halal,tp kalau dok make lebih memudaratkan....fikir2kan wei........
ReplyDeletelainlah mu kerja pejabat veterinar,monyet dan ungka ja suluh.......jadilah contoh pd anak bangsa
ReplyDeleteJgn duk pertikaikan hukum Allah, kalu nikah lebih pada 1, adakah salah ? adakah tiada integriti ? adakah tidak bermoral?Klu gitu nampak tak cerdik , rujuk kamus dewan apakah maksud integriti dan tidak bermoral ? untuk makluman tiada integriti ni bermaksud jika laku perkara yang bertentangan dengan peraturan samada ada undang2 manusia atau Allah. Tidak kira duk JPN ke , duk sekolah ke , duk PPD ke.....
ReplyDeleteAnalogi Harimau dan Nyamuk
ReplyDeleteBayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)
Nyamuk-nyamuk Ikhtilat
ReplyDeleteSms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat?
Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebut muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,
Dah makan ke?
Tengah buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?
Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
ReplyDeleteCinta Fitnah
Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)
“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.
Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
ReplyDeleteIngat pesan Nabi,
فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.
Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.
Remaja Yang Dikagumi Allah
Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,
عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)
satu artikel yg sangat menarik,semoga jadi renungan,jangan menghampiri mukadimah zina.....
ReplyDeleteJanganlah sesuatu ikatan perkahwinan kita mulai dengan murka Allah dan penganiyaan thdp manusia
ReplyDeleteTak payahlah dok ngata ke orang..fitnah lebih teruk dari membunuh..cermin diri dulu..kang terkena batang hidung sendiri kang..mereka yang berdosa tu biar ALLAH yang menghukum mereka..kita jaga umahtangga kita baik baik dahla..
ReplyDeleteSetuju sangattttt....Allah lagi maha pengampun...lebih baik jaga anak bini suami di rumah dari dok ngata ke org..jgn meludah ke langit..tak kena tak pe..terkena diri sendirikan padah...mcm kes guru lelaki main ngan pelajar sek men...jpn juga ke yg salah...?? Renung renungkanlah...
ReplyDeleteJanganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata,
ReplyDeletesemua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’
Khusus buat ...................
ReplyDeleteTenangkah hati kita apabila kita menyukarkan hidup oranglain? Damaikah hati kita apabila kita membuat perkara tak baik pada oranglain? Kalau kita tenang dan damai, ternyata kita jauh dari rasa kasih sayang dan nikmat perasaan insani. Kalau ketenangan dan kedamaian kita tergoyah, ia memang menyebalkan tetapi itu tandanya Allah menyedarkan kita bahawa kita bersalah dan harus mengakui kesalahan itu. Memohon maaf adalah jalan terbaik. Bagi kita yang teraniaya, tak perlu ralat kerana tidak bertindak balas. Allah ada untuk mengadili setiap perbuatan. Nikmat ketenangan hidup akan ditarik balik. Diri akan sentiasa mengimbau perbuatan tidak baik pada oranglain.
JPNK..Teruskan kecemerlangan dalam peperiksaan awam.UPSR No.2 selepas Putrajaya!
ReplyDeleteTahniah kepada semua warga pendidik Kelantan kerana berjaya meletakkan pencapaian akademik di tahap antara yang terbaik.semoga usaha kalian diberkati
ReplyDeleteMasing - masing sibuk jaga kepentingan sendiri..saling memperalat, saling menuduh, sibuk menganiayai rakan seperjuangan, sibuk tukar keta baru berjenama,sibuk dengan politik, kempen sana sini hingga lupa'co business' sampai tak masuk bertugas..ada yang jam 10 pg baru nampak muka..sibuk melancong sana sini..mesyuarat kat tempat peranginan.meting dua jam jalan 2 hari...kita guru-guru kat dewan ppd, pspn dewan sekolah..peluh pah keting..makan beratur mcm nak beli tiket bola! Guru dikerah, diperah, tak puas hati memo tukar 24jam brooo! Anto ke hulu..ditendang mcm bola..skandal dgn SU masing2..walaupun kubur dok panggil dah..tak insaf lg! Pakaian kerani kalahkan artis make up tebal 10 inci!! Mana auratnya? Terkejut ambo bila gi tengok sediri..sebelum ni dengar citer jah! Mcm opera cina pun ado! Astaga! Segar pok pok pegawai hok tuo tok sedar diri ulang alik masuk spital tu..itulah senario JPNK..macamana nak maju? Renungkanlah...Tak payah nak melenting..sebab memang inilah hakikatnya..2x5 jah pok pok demo dari hok atah sapalah bawah sekali...tok mikir ko anak bangsa..maruah bangsa..mikir ko poket dan anok beranok sediri belako..Dunia jah tu..kaba getek..esok esok nak jawab rano? Saling fitnah..kaki ampu..mcm mcm ada JPNK...Tok malu ko JPN negeri lain ko? Ko guano?
ReplyDeleteSalam tuan,tak semua begitu.jangan hempas atas kepala semua orang.Ramai lagi mencari rezeki untuk keberkatan
ReplyDeletekurangkan mengata orang.Tambahkan pahala,kurangkan dosa
ReplyDeletekebelakangan ini banyak skandal cikgu lelaki dan perempuan berlaku di sekolah2,ini benda besar.cikgu ni contoh pd murid,ini habis murid dan rakan sekerja tahu tp semuanya membutakan mata dan memekakkan telinga,ingat benda zina ni dosa besar.pentadbir sekolah ,rakan sejawat dam jpn sendiri terpalit dengan kemungkaran dengan mengambil sikap berdiam diri.Harap ada penekanan tentang salahlaku moral ni melalui tindakan tatatertib dan semasa perjumpaan dgn pentadbir sekolah.......
ReplyDeletemaaf nak tegur,benda ni bukan saja berlaku dikalangan guru malah orang jpn sendiri......ini bukan fitnah tapi muhasabah.....apabila gejala zina ini di gemari dan dilihat sebagai satu kebiasaan.....maka tunggulah janji Allah terhadap perbuatan menghadapi dosa2 besar,dimana banyak kaum dimusnahkan kerana ini.....harap benar jpn jangan mempromosi bibit2 yg menuju kearah menghampiri gejala2 ini melalui program2 yg dianjurkan...INGAT SETIAP PEMIMPIN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SIAPA YANG DIPIMPIN
ReplyDeletemacammanalah anak2 Kelate yg kita kasihi,memikul nama anak serambi Mekah,ramai terlibat dgn gejala zina dan melahirkan anak luar nikah kerana orang yang patut menjadi suri tauladan melakukan benda yg sama.....lebih tak berakhlak,cukuplah nila setitik boleh merosakkan susu belanga,harap sangat integriti tentang pergaulan bebas ini dapat dipantau oleh orang yg memegang autoriti,harap sangat2
ReplyDeletekalu mung ada masalah rumahtangga,takyah buka pekung kat sini.Takyah babitkan sema org.jaga dirimu,keluarga mu.tkyah duk sindir n ngata serata alam.
ReplyDeleteambo rasa tak do cacat celanya teguran diatas.kerana ini meme antara masalah didiplin guru diatara masaloh hok lain,.....
ReplyDeleteBuke masalah cacat atau cela.cuma takyahlah menampkkan kita ada masalah,so nk heret serata dunia dgn masalah yg kita ado.sema oge ado masoaloh.kontrol dirilah,tkyh sangkut dlm satu bakul...
ReplyDeletedont hide under carpet,ini adalah disiplin dan etika penjawat awam terutama cikgu kito,bukan soal personal problem,berbulu mata nengok,nak tegur kita cg cabuk,demo....,tapi rasa gerun nya palu ko malaikat,,,,,tak cegah bibit nak menghala dosa besar.......sama2 kembali mikirlah ooi
ReplyDeletejanganlah marah ore tegur kita,cara ke kita,sebab mayat kita tak golek sendiri masuk kubur,kena orang lain usung......so terima teguran dgn dada terbuka....asal kita jaga diri kita jangan buat benda tak senonoh hok memualkan orang lain dengar dan nengok.....
ReplyDeletetk mare pun...kalu ado poblem peribadi usah palit semua orangle..
ReplyDeleteini bukan problem aku pun,aku ni saye ke anok bini,minta jauhlah benda2 hok ngarut dan doso,harap2 cikgu cikgi,tuan puan kita pakat jaga belako,semoga hidup kita terus dihormati dan paling penting mendapat mardhotillah....
ReplyDeletewoi tkkan abu mayat chin peng pun takut..keng mayat abu jahal tanam kat mekah,tadak apapun..firaun di mesir dekat mekah,tadak apapun..
ReplyDeleterelekla..jgn emosi
ramai cikgu tak puashati dgn ju kssr tangkap muat,kursus tahun 4,ambil cg tahun 1,tunjuk buku latihan dia ,ingatkan baguh,rupanya start bulan 1,buku tak bertanda.,spelling error pun dia tak perbaiki...pilih ju weh orang jpn kelantan,biar betul layak dan berilmu,jangan wat cukup korum jah,,,,jangan orang kata JE ke Ju tangkap muat......
ReplyDeletehidup ni kalau duk selalu suluh aib orang,cari salah orang,maka semestinya kita seronok dan lupa kelemahan diri.tak salah menegur untuk baiki keadaan tai kalau disaluti kebencian,maka segalanya dilihat buruk.Cermin2 diri,muhasabah diri..
ReplyDeletehaha apa cerita cikgu cikgi ......lagi2 cerita seks ,cikgu lizah...dengan mat Pakistan..............itu tertangkap oh yang under carpet.......................Harap JPN Kelantan kenakan tindakan tegas buat guru-guru yg terlibat,malu ke tuhan dan manusia weh....................
ReplyDeletetuan pengarah tu cu jengok bawah karpet jpn kelantan,,,,,,banyak debu tu......kawal.....bertindak............adakan tindakan serius,jangan berulang kes khalwat yang sangat2 tak bermaruah......
ReplyDeleteSilahkan mampir http://harsiki.blogspot.com
ReplyDeleteSelamat Hari Guru/ Happy teacher's Day 2014
ReplyDeleteBaru bcadang bertukar ke kelantan mngikut suami...klau gni gayanya mcm takut pula...
ReplyDeleteZaman Datin Nik jd Timbalan Pengaroh/Pemangku Pengaroh lagi Dato Ismail kerat kenaikan pangkat Datin atas sokongan TS Nuar Muso. Dato Ismail pahtuh jd Pengerusi SPN kuat men politik, padahal KSektor Skoloh jah pung 2003-2004.
ReplyDeleteIsmail Md Noor??? SU Agong KAFA lembik lok lak
ReplyDelete