Saturday, February 26, 2011

Awang Adek dan mimpi ditipu pengundi Bachok..

Sedang minum lemon tea di Jalan Ampang sambil memandang KLCC yang megah kita teringatkan suatu tempat yang cukup berpotensi di Pantai Timur.. untuk ke sana memerlukan sehari perjalanan yang boleh juga melalui bandar dan pelabuhan Kuantan.. pantai Balok, medan Petronas yang tidak pernah tidur, hinggalah pembangunan yang deras di daerah Besut dan tempiasnya ke sempadan Pasir Puteh, selepas mendaki jambatan Tok Bali kita akan memasuki Parlimen Bachok.. disini kita diimbau semula dengan cadangan Lebuhraya pantai, sebuah Universiti, hospital, pelabuhan antarabangsa, laluan paip petroleum dari Yan Kedah, hinggalah pantai pelancongan yang membuat ramai penduduk pesisir pantai mimpikan sebuah tempat kunjungan pelancong dalam dan luar negara seperti Langkawi..
Bachok yang sememangnya terkenal sebagai Virginia Malaysia kerana tanaman tembakaunya dilihat akan bangkit memandangkan kedudukan geografinya yang menghadap negara maju dan menjadi negara pasaran utama seperti Jepun, korea, Cina, Indo- China malahan lebih dekat dengan Amerika. Rakyat Bachok tidak mungkin dilupakan dengan usaha YB Awang Adek mencipta kejutan kepada rakyat Bachok apabila ribuan penanam tembakau telah di berikan kemudahan bantuan yang sangat besar dan semua yang terlibat dengan komuditi tersebut dilupuskan hutang lapuk yang membelenggu mereka selama ini begitu juga nelayan dan petani yang banyak diberi keistimewaan berbanding tempat lain di Malaysia, ditambah lagi kesanggupan YB Senator Awang Adek menjadikan Bachok sebagai parlimen yang paling banyak membina rumah PPRT dan rumah mesra rakyat di negara ini. Begitu juga dengan kemudahan kepada anak anak sekolah yang sebelum ini bagaikan satu mimpi hendak diadakan tetapi berjaya diusahakan oleh pemimpin yang bersemangat itu. Rakyat Bachok dan kelantan amnya sudah melangkah sebelah kakinya untuk merasai kemakmuran itu...
Tetapi PRU 12 telah mengendalakan semua usaha dan perancangan besar itu.. tokoh berwawasan seperti Dato Awang Adek telah ditumbangkan oleh pendatang baru yang hanya mengatur langkah dua minggu sahaja.. Nasharuddin Mat Isa berjaya menyekat agenda yang dikatakan pembangunan fiskal yang tidak diperlukan oleh rakyat Bachok. Kini setelah dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Kewangan YB Senator Awang Adek tidak lagi mencanangkan pembangunan mega sebagaimana dulu.. Beliau terpaksa menurut kehendak majoriti rakyat Bachok.. walaupun lebuhraya pantai tetap akan melalui pantai yang nyaman namun ia tidaklah serancak seperti yang dijanjikan, YB Senator Awang Adek sendiri tidak berminat untuk ambil tahu perkembangannya jadi tiada jaminan atas hasrat pengusaha chalet untuk menggamit pengunjung, jika hendak ke hospital terpaksa ke daerah lain, pelabuhan antarabangsa tidak menjadi kenyataan di Kuala Kemasin.. ianya terus berfungsi sebagai pelabuhan perikanan sahaja, Universiti tidak lagi menjadi keutamaan sungguhpun pembinaan tetap berjalan seperti siput dan tiada siapa peduli saluran paip minyak dari Yan..
Kini terserahlah kepada YB pilihan rakyat untuk membawa hala tuju pengundinya.. dan kita Yakin sebuah PUTIK PAS yang dibina di atas tanah milik kerajaan negeri Kelantan adalah satu- satunya projek besar yang berjaya dibina oleh PAS Kawasan Bachok.. mungkin YB Senator Awang Adek sangat kecewa atas layanan penduduk Bachok yang tidak tahu mengenang budi.. lantas membuat kita rasa lemon tea yang harum lembut bertukar pahit seperti kopi..

2 comments:

  1. Rumah PPRT sekarang dibuat atas dasar politik. Siap letak papan tanda lagi. Mcm mana kerajaan Kelantan nak buat pembangunan kalau peruntukan disekat..

    ReplyDelete
  2. Peruntukan yang wajib oleh pusat kepada negeri tak pernah disekat untuk Kelantan cuma pelaksanaanya mestilah mengikut cara pusat.. itu tak boleh komplen sbb BN adalah kerajaan pusat seperti juga BN Kelantan kena akur dengan cara PAS mentadbir dan bahagi hasil negeri kepada rakyatnya.

    ReplyDelete