Monday, May 21, 2012

VAISAKHI DAY

Perayaan Vaisakhi adalah antara hari penting dalam agama Sikh dan disambut pada 14 April, vaisakhi menandakan permulaan tahun baru bagi penganut agama diasaskan oleh Guru Nanak. Walaupun di Malaysia, Sikh bukanlah kaum utama tetapi ia juga mempunyai pengikut dan jumlah yang besar yang mana lelakinya di kenali dengan Singh dan wanitanya pula Kaur. Sebagai sebuah negara majmuk ada desakan untuk menjadikan hari Vaisakhi sebagai cuti umum. Tetapi sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa rasional dan menepati kehendak semua pada tahun ini 2012 kerajaan masih tidak bersedia untuk menjadikan hari vaisakhi sebagai cuti umum tetapi bersetuju memberikan cuti bergaji kepada mereka yang menyambut hari vaisakhi, adil dan kenalah langkah itu ia bukan sahaja mengelakkan cuti yang pelbagai ia juga mengambil kira kepentingan dan sentimen pelbagai kaum dan juga agama Islam yang perlu diutamakan sebagai agama rasmi negara. Dibawah ini saya petik dan ambil sumber dari wikipedia yang boleh anda dapatkan maklumat selengkap tentang hari vaisakhi. 
Guru Gobind Singh, guru Sikh Kesepuluh mengasas Khalsa (Hamba-hamba Tuhan) pada perhimpunan Vaisakhi tahun 1699, di Keshgarh Sahib berhampiran Anandpur, di mana beliau bersedia untuk para pengikut berjumpa dengan beliau di Pesta Vasakhi di Anandpur. Pada hari itu Guru Gobind Singh meminta seorang lelaki dalam jemaah yang sanggup mengorbankan nyawa diri demi perjuangannya tampil ke hadapan. Lelaki itu bernama Daya Singh, dan dia mengikut Guru ke dalam khemah beliau. Sewaktu Guru keluar dari khemah, pedang beliau diwarnai darah; maka beliau meminta seorang lagi. Seorang demi seorang Dharam SinghHimmat Singh, dan Sahib Singh ctampil ke hadapan. Seorang demi seorang mereka memasuki khemah Guru, dan Guru keluar sendiri dengan pedang berdarah. Para pengikut berasa gementar, sehingga kelima-lima lelaki itu keluar dari khemah, lalu dinamai Panj Piare atau lima orang tersayang.
Guru mencurahkan air ke dalam sebiji mangkuk untuk direnjiskan pada lima orang itu dalam upacara inisasi yang serba ringkas. Beliau membaca doa sambil mengacau air dengan sebilah pedang keluli yang pendek; melambangkan perlunya kekuatan. Isteri Guru, Mata Sundri, kemudian tampil ke hadapan lalu meletakkan beberapa hablur gula ke dalam air suci atau amrit sebagai peringatan bahawa kekuatan mesti diimbangi dengan kebaikan resmi. Setelah selesai upacara, barulah Guru merenjiskan amrit pada kelima-lima orang itu.
Guru mengisytiharkan lima orang pengikut itu sebagai ahli-ahli terawal sebuah masyarakat orang-orang setaraf yang lama, bergelar Khalsa atau "suci". "Tentera keramat" ini bertujuan membaktikan sepanjang umur mereka untuk membantu yang lain dan mengejar keadilan demi segala insan tanpa mengira agama. Panj Pyare itu diminta memakai lima lambang tersendiri identiti baru mereka, iaitu Lima K
Sebagai langkah menghapuskan pembahagian sosial, nama keluarga Panj Pyare digugurkan oleh Guru, terutamanya kerana nama keluarga dikaitkan dengan kasta seseorang - kemudian Guru mengurniakan gelaran Singh (yang bermaksud "singa") kepada Panj Pyare (dan semua lelaki Sikh) sebagai peringatan perlunya keberanian. Pada masa yang sama, Guru mengurniakan gelaran "Kaur" ("puteri") pada semua perempuan Sikh untuk menekankan maruah dan kesetarafan sepenuhnya. Kemudian, Guru berlutut menghadap kelima-lima pengikut itu lalu meminta mereka menginisiasi beliau. Maka, Khalsa menjadi sebuah masyarakat di mana tuan dan pengikut adalah setaraf.
Bagi orang-orang Sikh, perayaan bermusim ini juga amat penting sebagai memperingati penubuhan Akal Khalsa (Tentera kepada Yang Abadi) di Anandpur Sahib. Akal Khalsa memainkan peranan penting dalam menentang pemerintahan Empayar Mughal. Berabad-abad kemudian, anak lelaki sulung kebanyakan keluarga Hindu di Punjab ditahbiskan sebagai Sikh agar membolehkan anak-anak itu berlatih dan menjadi pahlawan dan berjuang demi rakyat jelatan. Kanak-kanak lelaki lain pula menjaga keluarga, orang tua dan tanah. http://ms.wikipedia.org/wiki/Vaisakhi

No comments:

Post a Comment