Yaman.. sebuah lagi negara arab yang terjebak dalam protes rakyat yang menggesa presiden Ali Abdullah Salleh meletak jawatan. Yaman adalah antara negara yang paling awal membina tamadun, mengenali Yaman yang juga kebetulan terkait dengan asal usul fmy agak menyukarkan untuk memahami gambaran sebenar sebuah negara yang berjiran dengan Arab Saudi dan Oman ini malahan lebih senang memahami dan mengagumi Yaman melalui cerita- cerita epik dan mengasyikkan yang menjadi cerita turun temurun dunia sebelah timur terutama atas angin. Selain terangkum dalam cerita Dalilah Wa Dimnah, Hikayat Umar Umaiyah dan 1001 malam, yaman juga turut diceritakan dalam Al Quran. Paling tidak dapat dilupakan adalah tentang Ratu Balqis yang memiliki singgahsana dan kerajaan yang tiada tandingan di zaman nabi Sulaiman namun akhirnya menjadi isteri kepada raja seluruh isi dunia. Al Quran juga menceritakan kesungguhan Raja Abrahah membina Kaabah di Yaman dan keangkuhannya membawa tentera bergajah menyerang Mekah.
Tidak lengkap mencari Yaman jika belum melihat kesan runtuhan kehebatan kerajaan Himyar, Tadmur, Maarib dan San'a. Penyatuan semula negara Yaman Utara yang bandarnya Aden bersama kerajaan komunis Yaman Selatan yang ibu negaranya San'a dan kini Yaman bersatu mengiktiraf San'a sebagai ibu negara Republik Demokratik Rakyat Yaman. Tidak lah terlampau sekiranya dikatakan bahawa ibu kota Yaman ini telah terperangkap dalam masa selama beribu- ribu tahun kerana itulah San'a masih boleh diimpikan sebagai kota yang masih seperti keadaan di zaman lampau, pengunjung masih boleh mengandaikan mereka sedang berada di zaman Ratu Balqis. Bermulanya kemerosotan imej Yaman apabila rakyat mula meninggalkan kampung halaman setelah tragedi empangan Maarib pecah, menyebabkan kegiatan pertanian dan perniagaan runtuh.
Mampukah kuasa rakyat Yaman menggerakkan kegemilangan Yaman atau bolehkan Yaman memiliki kecerdikan Ratu Balkis, Kehebatan Raja Abrahah atau setidaknya membina semula empangan Maarib untuk rakyat. Sekiranya suara rakyat hanya terikut- ikut dengan kejayaan di Tunisia dan Mesir menggulingkan pemerintah tanpa mendapat kembali semangat silam yang hilang kita percaya Yaman tetap menjadi antara episod kejayaan silam sahaja.
No comments:
Post a Comment