Dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Jajahan/Daerah (JKTJ/D) saya boleh membuat kesimpulan bahawa tindakan kerajaan pusat adalah jelas kerana pembangunan yang dibawa ke setiap jajahan atau daerah adalah penting dan diperlukan oleh rakyat, disiapkan mengikut perancangan atau kalau terlewat ia akan segera diselesaikan, aliran kewangan yang dibelanjakan pula diperincikan. Berbanding dengan langkah kerajaan negeri yang berkebetulan saya di mesyuarat negeri PR, bila melihat secara telus akan perkembangan projek kelolaan kerajaan negeri dapatlah di katakana kerajaan negeri cuba memenuhi tuntutan rakyat tetapi tindakannya lambat, memakan masa yang lama, perancangan tidak seimbang dengan peruntukan dan juga peruntukan yang disalur tidak jelas walaupun difahamkan sudah diluluskan.
Saya tidaklah hendak memperkatakan tentang suasana mesyuarat tetapi ingin sekali berkongsi luahan wakil PDRM diakhir mesyuarat, anggota polis tersebut mengatakan dia sudah tiga hari atau 72 jam tidak tidur kerana arahan OC untuk bertugas, ini bukanlah kerana dipaksa tetapi kerana terpaksa memandangkan anggota polis di daerah itu malahan di seluruh negara berhadapan dengan masalah kekurangan anggota. Saya difahamkan anggota polis di daerah itu adalah seramai 170 orang yang bertanggungjawab menjaga lebih 100,000 orang penduduk sedangkan angka yang diperlukan adalah sekitar 400 anggota. Gambaran yang amat jelas dan menakutkan, bila difahamkan akan bebanan kerja polis.. saya yang pada awalnya selalu mengkritik pihak polis atas kes- kes yang sentiasa berlaku dan gagal ditanggani terutama kecuriaan dan penyalahgunaan dadah, rasa simpati saya turut bertambah bila dikatakan sesetengah pondok polis tidak dapat beroperasi 24 jam kerana anggotanya terpaksa di gerakkan untuk lain- lain tugasan.
Pegawai polis tersebut juga mengingatkan bahawa ramai pelajar sekolah yang sering ponteng dan melibatkan diri dalam perbuatan maksiat, seterusnya mengandung dan buang bayi. Barangkali satu kelemahan untuk membanteras pelajar ponteng dan berpeleseran ini adalah kerana pihak polis tidak dapat bertindak tanpa kebenaran pejabat pelajaran daerah, pihak polis tidak mahu berhadapan dengan ibu- bapa yang menyalahkan mereka kerana bertindak tanpa restu pihak sekolah atau pejabat pelajaran situasi ini dirasakan member ruang yang terbuka kepada masalah sosial. Diakhir perbualan pihak polis menyeru agar ramai yang berminat untuk tampil menjadi anggota PDRM tidak kira apa bangsa dan agama. Saya juga terfikir mungkin anggota PDRM rasa tertekan dengan beban tugas sedangkan mereka juga ada keluarga yang perlu juga diberi perhatian dan akhirnya saya tidak menyalahkan polis yang terpaksa bertindak pantas dan tegas dalam menangani segelintir rakyat yang cuba menambah masalah dengan menyertai protes dan perhimpunan haram di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment