Dalam kesibukan pihak sekolah menguruskan sesi pelajaran tahunan, ketika ibu bapa sudah selesai dengan kelengkapan anak- anak sekolah juga bila keriuhan suasana sekolah kembali meriah. Kita mungkin akan terlepas pandang kepada hal- hal yang berlaku di Jabatan Pelajaran dan Kementerian sendiri yang kini sedang berdepan dengan asakan ribuan pelajar asing yang sedang menunggu untuk ditempatkan di sekolah rendah dan menengah yang pelbagai aliran. Apalah kirannya kita memikirkan bebanan pegawai yang menguruskan pelajaran warga asing itu adakah mereka punya ketegasan mengatasi rasa simpati.
Negeri- negeri di sempadan mungkin sudah lali dengan pelbagai karenah ibu bapa yang mempunyai dua warganegara. Terdapat ugutan, membawa orang yang rapat dengan pemimpin setempat dan menggertak kaunter jabatan seolah- olah tertekan bila permohonan mereka tidak lulus atau tidak dilayan dengan baik, di kawasan Parlimen atau Dun yang menggunakan khidmat sokongan pewaris atau warga asing dalam pilihanraya yang lalu, sudah tentu inilah masanya mereka akan menuntut janji dan imbuhan daripada Wakil Rakyat ada yang lebih memalukan lagi apabila mereka membawa bukti sokongan daripada pemimpin kerajaan.
Apa yang lebih menghairankan adalah terdapat kes khasnya rakyat Pakistan dan Bangladesh yang begitu bangga menunjukkan MY Kad masing- masing untuk menyokong anak- anak mereka mendapat tempat di sekolah kerajaan, dan keadaan ini mengingatkan kita betapa hal sebegini benar-benar berlaku terutama di Malaysia Timur yang mana sindiket klon kad pengenalan dengan teknologi komputer yang seakan asli. Tidak kurang juga membabitkan bantuan daripada kakitangan Jabatan Pendaftaran, pihak berkuasa juga pemimpin kaum di pedalaman. Kerana terlalu inginkan status warganegara dan tawaran yang lumayan rakyat sanggup menjual kad Pengenalan sendiri kepada warga asing.
Tidak dinafikan sekirannya diambil kira sentimen agama dan kekuatan ummah sudah tentu kita menggalakkan kemasukan apa juga bangsa ke negara kita asalkan iannya menguatkan dan meramaikan lagi rakan seagama. Sudah tentu cara sebegini selari dengan pandangan yang mengutamakan agama sahaja tanpa memikirkan bangsa sendiri. Bukan bermaksud menunding jari kepada orang Melayu dan beragama Islam sahaja, sentimen begini boleh berada dalam diri setiap bangsa yang berkuasa di sesebuah negara misalnya negara jiran mungkin akan mengutamakan rakyat dari tanah besar daripada bangsa kulit berwarna.
Sedarkah kita apakah ancaman kepada bangsa yang sekian lama menjadi warganegara yang baik di Malaysia ini beberapa tahun dari sekarang sekirannya bangsa seperti Kemboja, Thailand, Pakistan, Bangladesh, Filipina atau Indonesia sudah menguasai pekerjaan, pendidikan dan menjadi tenaga pengajar atau ahli politik yang boleh mengancam negara.... cukuplah kita dilihat dengan terpinggirnya kaum asal di Fiji, New zealand, Australia, Afrika Selatan dan yang paling jelas dan dekat adalah Temasik. Mungkin semua ini adalah mustahil tetapi lebih mustahil lagi untuk menarik balik taraf kerakyatan atau keistimewaan yang diberi kepada warga asing.
Kepada orang Melayu yang masih berterusan dengan mentaliti bantuan KWAPM, bantuan kelengkapan sekolah, wang ehsan, rumah subsidi dan pelbagai bantuan kehidupan adakah kita masih selesa dengan semua itu dan sekirannya belum bersedia melepaskan kepergantungan tersebut, jagalah politik dan ketuanan bangsa. Dan bagi yang sudah bebas daripada kebergantungan tersebut bermakna ia sudah menghampiri cara hidup tidak berbangsa dan individualistik yang mana hampir dicapai oleh Amerika Syarikat.
bukankah Allah menciptakan kamu berbagai bangsa utk mengenali antara satu sama lain? dan bukanlah utk kamu berperangang. Tetapi sebaliknya mengangumi kebesaranNya.
ReplyDeleteHuraian dari ayat Quran
:)