Zaman sekarang, banyak benda yang tidak dapat disembunyikan.. Tarikh lahir kita pun orang tahu jika kita tidak berbohong dengan FB. Saya mungkin antara orang yang tidak suka sambut hari jadi dan banyak tahun sebelum ini saya langsung tak sedar jika tarikh lahir dah lama berlalu.
"Happy Birthday To You" adalah nyanyian tradisional, Melodi lagu ini datang dari nyanyian "Good Morning To All" yang ditulis oleh dua beradik iaitu Patty Hill dan Mildred J. Hill dalam tahun 1893 di Louisville, Kentucky, AS
Kita di Malaysia bernasib baik kerana P. Ramlee telah mengubah lirik kepada unsur- unsur Islam walaupun masih menyanyikan melodi yang sama. Babak Cikgu Murni dan rakan- rakan sekolah menyambut hari lahir Hj Bakhil .."Allah selamatkan kamu.." dalam filem Labu- Labi adalah satu anjakan yang besar kepada tradisi menyambut hari jadi di negara kita.
Walaupun disediakan kek hari jadi saya yang lahir pada 10 Julai iaitu sama dengan tarikh hari jadi Perdana Menteri Malaysia ke 4
Tetapi kami sebenarnya tidaklah begitu gembira kerana hari ini menjadi jamuan perpisahan rakan sepejabat kami semua kena berehat...
Saya tak gembira bukan pasal kek yang sedap sumbangan ketua wanita ini.. tetapi terpaksa pula berkongsi hari lahir dengan PM ke 7.
Terima kasih kepada pihak penaja untuk makan tengah hari 11 Julai 2018
No comments:
Post a Comment