Diawal munculnya penentangan rakyat kepada kerajaan Mesir, banyak negara hanya bersikap tunggu dan lihat begitu juga para pelancong masih lagi mundar mandir di Syam-el Sheikh, Giza ataupun menikmati panorama menyusuri sungai Nil. Bila keadaan semakin hari semakin tidak terkawal keadaan mula menjadi panik dan pelawat segera meninggalkan negara firaun itu menjadikan hanya pelajar yang masih bertahan.
Rakyat Malaysia yang belajar di Mesir sebahagian besarnya adalah penuntut perubatan dan ilmu- ilmu Islam seperti di Universiti tertua dunia Al-Azhar. Dengan bilangan pelajar seramai lebih 11,000 orang sudah cukup membayangkan betapa besarnya bilangan yang jika dibandingkan ia menyamai bilangan pengundi dalam satu dun. Selepas seminggu memerhatikan suasana kebangkitn rakyat di negara tertua dunia itu terdapat laporan pelajar kita terperangkap di kediaman dan segala aktiviti tersekat, Kerajaan menggerakkan usaha menyelamat yang dinamakan Ops Piramid. Operasi yang melibatkan dua pesawat pengangkut C130 milik TUDM dan mengarahkan kapal Bunga Mas yang beroperasi mengawasi lanun di teluk Aden belayar ke pelabuhan Adabiyah, Air Asia juga tidak ketinggalan menyertai misi dengan menghantar sebuah pesawat A320 ke Kaherah. Dengan keupayaan penerbangan yang memakan masa tiak kurang 8 jam dan dua hari pelayaran dari perairan Somalia ditambah pula dengan muatan yang mampu diangkut oleh pesawat adalah sebanyak 80-100 orang manakala hampir 500 orang melalui kapal laut, mengambil kira kesuntukan masa dan jarak antara Malaysia dan Mesir adalah 1/3 perjalanan mengelilingi dunia kerajaan memerlukan sebuah negara ketiga yang berhampiran. Arab Saudi menjadi pilihan, tambahan pula terdapat kompleks Tabung Haji di Jeddah yang boleh menguruskan penempatan sementara pelajar. Jika dibuat hitungan tiga kali penerbangan dengan 3 pesawat dari Kaherah ke Jeddah dan sekali pelayaran dari Adabiyah ke Jeddah bermakna dalam sehari pelajar yang diangkut adalah seramai 1200 orang bermakna memerlukan kerja tanpa henti selama 10 hari dan dalam tempoh tersebut tidak dapat dijangka apa akan belaku.
Melihat kepada perkembangan terkini pihak tentera Mesir yang menjadi penentu kepada peralihan kuasa sudah mula bertindak mengekang protes anti Hosni Mubarak. Kemunculan kumpulan pro Hosni Mubarak pula menjadi benteng kepada kuasa presiden yang dilanik sebagai wakil presiden pada 1975 dan menjadi presiden penuh selepas pembunuhan presiden Anwar Sadat pada 1981 ini memberi kelegaan sedikit kepada beliau, Mesir mewajibkan setiap rakyat lelaki berumur 18-30 menjalani khidmat negara menjadikan setiap keluarga rakyat Mesir adalah tentera dan merekalah yang sedang berada di jalanan membuat protes. Sebagai presiden yang pernah menjadi Panglima tentera udara Hosni Mubarak sudah pasti memiliki semangat juang dan beliau menegaskan untuk mati di Mesir, Hosni Mubarak juga sudah membuat jaminan tidak akan mempertahankan jawatannya pada akhir tahun ini, pengumuman beliau itulah yang berjaya menarik sokongan tentera.
Dalam banyak hal yang melibatkan sempadan dengan Gaza, tindakan Mesir yang sering menekan rakyat Palestin amatlah mengecewakan seluruh dunia Islam pun begitu Mesir tidak mudah melupakan kekalahannya kepada Israel dan perjanjian penyerahan semula Semenanjung Sinai kerana itulah Mesir terpaksa mengambil langkah menjaga kepentingannya walaupun dikecam oleh banyak negara Islam. Setiap negara di rantau yang bergolak tidak dapat lari daripada campurtangan Amerika Syarikat itulah langkah yang tidak dapat ditolak sekiranya mereka ingin stabil dan tidak disisih oleh dunia, Mesir mengambil jalan tengah dan makmur di mata dunia hinggalah krisis terbaru ini yang kuncinya adalah batang tubuh Hosni Mubarak sendiri dan hanya perletakan jawatannya sahaja yang boleh menjamin penyelesaian mudah tapi belum tentu Ahmad Albaradei boleh mengukuhkan dirinya dalam waktu yang singkat.
Membicarakan Mesir sebagai negara Islam yang tidak menolak budaya sekular sebagaimana juga Turki pihak pembangkang di Malaysia khususnya PAS dilihat tidak tetap pendiriannya, mereka mengecam pemerintah Mesir dan menyamakan UMNO seperti Hosni Mubarak yang dikatakan menolak Islam tetapi dalam masa yang sama mereka menghantar pelajar ke Mesir dan lulusan dari sanalah yang diangkat menjadi penggerak parti mereka. Untuk menunjukkan rasa simpati kepada ibu bapa pelajar yang majoritinya penyokong PAS iaitu sekitar 1200 orang pelajar dari Kelantan, kerajaan negeri memberi bantuan kewangan Rm120,000 yang bermakna seorang mendapat Rm100.. sungguh kita hargai bantuan tersebut tetapi bantuan itu tidak perlulah diperbesarkan seolah-olah Kelantan sudah menghantar sebuah pesawat atau boleh saja dikatakan seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Begitu juga dengan kenyataan Naib Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa yang mempersoalkan langkah kerajaan menempatkan sementara pelajar Malaysia di negara ketiga sebelum dibawa pulang, ahli Parlimen Bachok ini agaknya tidak begitu memahami tentang kesukaran dan masa yang suntuk yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyelamat.
No comments:
Post a Comment