Monday, May 13, 2013

Pilihan raya umum ke 13 : Popular bukan penentu jadi PM



Malaysia

2008 ←5 Mei 2013
Anggota yang terpilih

Kesemua 222 kerusi Dewan Rakyat Malaysia
dan 505 kerusi DUN di 12 negeri (kecuali Sarawak)
Turnout84.84%
Parti pertamaParti kedua
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.JPGAnwar 980416.jpg
PemimpinMohd Najib bin Abdul RazakAnwar Ibrahim
PartiBNPakatan Rakyat
Pemimpin sejak3 April 200928 Ogos 2008
Kerusi pemimpinPekanPermatang Pauh
Pilihan raya terdahulu140 kerusi, 50.27%82 kerusi, 46.75%
Kerusi yang dimenangi13389
Perubahan kerusi 7 7
Undian popular5,237,6995,623,984
Peratusan47.38%50.87%
Undi berpindah 2.89% 4.12%


Mengikut sumber dari WIKIPEDIA Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad.[1] Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei.[2] Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinyasecara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.[3]
Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.[4] Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.[5] Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad.[6]
Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat.[7] Walau bagaimanapun, PR memenangi undian popular buat pertama kali.[8]
Malangnya ketua umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menerima kenyataan bahawa dalam sistem demokrasi undi popular tidak diambil kira untuk menentukan Perdana Menteri tetapi jumlah kerusi dan sokongan majoriti wakil parlimen akan menentukan kedudukan seseorang ketua kerajaan. Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak lupa bagaimana sekutu kuatnya suatu masa dulu iaitu Al-Gore calon Presiden Amerika Syarikat, menang undi popular ke atas George Bush pada tahun 2007 namun kalah dalam jumlah "electrol vote" dan Al-Gore gagal menjadi Presiden Amerika menggantikan Bill Clinton.Bayangkan bagaimana hebatnya campurtangan Amerika ke atas Malaysia ketika itu sekiranya Al-Gore berjaya menjadi Presiden. Itu di Amerika, di United Kingdom pula, di mana sistem demokrasinya serupa dengan di Malaysia, undi popular tidak diambil kira, yang diambil kira adalah jumlah kerusi, demikian juga di Jepun, Australia dan Kanada.