Sekiranya anda ingin mengenali dunia politik atau ingin menjadi ahli politik yang baik, anda cubalah untuk menonton 'Big Thing' sebuah paparan ikhlas dan telus, dan mungkin penulis skripnya adalah seorang yang berada dalam kerjaya berkaitan... Elok benar kiranya pemain politik negara kita dapat mengutip sesuatu yang berguna daripada drama bersiri korea ini.
Big Thing' yang baru sahaja tamat siarannya di Astro One HD 393 adalah sebuah kisah tentang kejayaan rakyat biasa Soe Hye Rim yang menjadi balu selepas suaminya dijadikan tebusan dan dibunuh oleh militan di Asia Barat. Bermula dengan azam yang kuat untuk melihat pembelaan kepada rakyat, Soe Hye Rim membawa suara penduduk Namhae-do yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan. Soe Hye Rim akhirnya berjaya memenangi pilihanraya dan berada dalam parti memerintah. Sebagai seorang bekas pengacara TV yang sentiasa mementingkan suara rakyat Soe Hye Rim tidak pernah terikat dengan protokol sebagai seorang ahli politik, dia menjalani kehidupannya seperti biasa dan masih mengunjungi tempat- tempat awam Soe Hye Rim juga rela melepaskan jawatan sekirannya tindakan kerajaan tidak mengambil kira kepentingan rakyat yang diwakilinya.
Kisah ini juga menyelitkan harapan perdamaian di semenanjung Korea selain tidak melupakan rencah cinta seorang pendakwaraya yang terpaksa menunggu Soe Hye Rim yang tidak mahu kasih sayangnya kepada rakyat tergugat dan mereka menangguhkan perkahwinan. Sebagai ahli politik yang serba mentah Soe hye Rim sentiasa mendapat bimbingan dan semangat dari ahli politik yang dihormati dan dikagumi Kang Tae San disamping tidak membelakangkan buah fikiran Presiden di Rumah Biru. Biarpun di puncak plot penonton di hidangkan persaingan hebat antara Kang Tae San dan Soe Hye Rim untuk menduduki kerusi Presiden watak Kang Tae San akhirnya digambarkan sebagai ahli politik yang berpendirian, tidak menyalahguna kuasa dia juga sering membantah dan tidak menyenangi sikap bapa mertuanya yang menjadi kaya raya dengan cara mempengaruhi ahli politik untuk mendapat setiap urusniaga dengan kerajaan tetapi sikap semulajadi Soe Hye Rim lebih dimahukan oleh rakyat dan diangkat sebagai Presiden wanita pertama Korea.
Dalam drama bersiri ini juga penonton didedahkan dengan pelbagai ragam dan perancangan teratur ahli politik yang akan berbuat apa sahaja untuk kemenangan parti tetapi akhirnya keikhlasan pemimpin yang akan memenangi hati rakyat. Pemimpin yang lama dan berpengalaman akan tewas dengan hina sekiranya kekuatan mereka digerakkan dengan kuasa rasuah, korupsi dan dikelilingi penasihat yang berkepentingan.
No comments:
Post a Comment