Tuesday, March 28, 2023

Gula - gula halal untuk menang..


Gula - gula menjelang pilihanraya sudah mula ditabur, sejak rakyat Kelantan termakan dengan gula gula pelaksanaan hudud di Kelantan tahun 1990, kemudian diteruskan lagi pada pilihanraya seterusnya dengan alasan kekangan masa dan kuasa pusat yang menghalang pelaksanaanya dan rakyat Kelantan memberi peluang yang berkali kali pula sehinggalah kali terakhir pada 2013. 

Setelah berkongsi kuasa kerajaan pusat dengan Perikatan Nasional bermula 2021, PAS sudah mula tidak mahu mencanang hukum hudud di Kelantan walaupun lama sebelum itu telah mendapat kebenaran Al Sultan Kelantan serta kuasa yang sangat selesa dan meluas di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Bukan setakat sudah mula menutup mulut pasal hudud malahan gagal menyokong dan membawa semula RUU355 berkaitan perundangan Islam yang sebelumnya telah dibawa oleh ahli Parlimen BN dan turut disokong oleh majoriti ahli Parlimen Islam. Kegagalan ini berlaku ketika kementerian agama berada dalam kuasa wakil rakyat parti PAS.

Kemunafikan yang disokong oleh rakyat Kelantan dalam pilihanraya terus membuat PAS tidak perlu memikirkan kebajikan, pembangunan negeri ataupun masalah rakyat, Mereka hanya perlu memikirkan perbelanjaan untuk mengekalkan kuasa sahaja.

Sesuai dengan banyak kegagalan dan retorik untuk rakyat Kelantan yang pada mulanya mereka mengemis duit saku rakyat untuk diisi ke dalam tin milo atau jabir rokrat dalam setiap ceramah dan perjumpaan ia diteruskan lagi dalam kaedah lebih teratur dan berskala besar pula seperti mewujudkan tabung Serambi Mekah, Tabung Lebuhraya Rakyat (LERAK) serta pelbagai tabung seumpama Tabung Tragedi Memali. Tabung tabung ini sebenarnya hanya dibuka dan dibelanjakan menjelang pilihanraya sahaja. Kejayaan menggunakan dana rakyat untuk menyogok pengundi ini menjadi terlalu besar bila mereka bersama parti BERSATU dalam menghadapi PRU15 dan dibuktikan dengan Mahiaddin Yasin diheret ke mahkamah serta Hj Hadi juga di caj di Mahkamah Terengganu kerana rasuah dalam pilihanraya kedua dua mereka sedang dalam proses perbicaraan sekaligus menjadi kluster yang dulunya dimainkan kepada pemimpin Umno oleh penyokong suci mereka kini presiden mereka sendiri turut menjadi kluster mahkamah.

Ketika rasuah syurga masih terngiang- ngiang, mendakwa stabil dan amanah disuap pula ke mulut dan pemikiran rakyat, kerajaan PAS Kelantan mengumumkan pula bonus Rm700 kepada penjawat awam negeri, satu pengumumman yang agak tinggi tetapi masih jauh lebih rendah daripada kenaikan dan bonus para wakil rakyat dan exco Kelantan. 

Kenaikan elaun penghulu juga diumumkan daripada RM1200 sebulan menjadi RM1500 sebulan kenaikan ini adalah tidak lain sebagai persiapan untuk pilihanraya negeri. Pada masa yang sama pengikut mereka galak menyeranang Perdana Menteri kerana melantik orang politik ke dalam GLC, sedarkan semua orang PAS dan PN bahawa 33 tahun memerintah Kelantan siapa yang berada dalam Syarikat Perbadanan Menteri Besar baik menguruskan hasil hutan, hasil bumi atau tenaga dan perumahan kalau bukan orang politik parti PAS ?

Kenaikan elaun penghulu adalah sangat penting kerana penghululah yang menyelaraskan gerakan kerajaan dan parti pemerintah di peringkat paling penting dan penentu kuasa iaitu pengundi, penghulu yang kenal siapa penyokong siapa penentang, penghulu yang tau pengundi mana perlu dibeli, pengundi mana sukakan duit dan pengundi mana main atas pagar setiap kali pilihanraya. Penghulu perlu dikenyangkan dulu, orang orang suruhan jangan lapar kalau nak jentera berjalan lancar. Itulah PAS yang tidak menghapuskan rasuah namun terus memberi nafas dan galakan kepada pembelian undi mereka tidak mencari pemimpin yang ada kebolehan tetapi mengangkat pemimpin yang tahu cara mengekalkan kuasa untuk golongan mereka.