Friday, January 15, 2010

JANGAN KELIRUKAN KALIMAH SUCI.....


Selepas pertemuan dan makan malam yang terakhir bersama pengikut setianya nabi Isa a,s telah pergi dan tidak kembali lagi untuk berdakwah di Jerusalem. Bertitik tolak daripada Kesinambungan pengikut baginda yang amat kecil itu agama suci langit telah disebarkan di bumi Arab, muncullah kitab Injil yang pelbagai versi sebagai rujukan mereka yang mendakwa pengikut baginda. Sebagai seorang yang amat jahil tentang agama langit itu kita tidak teragak-agak meyakini bahawa pengikut agama kristian yang sebenar adalah seramai 12 orang sahaja dan ajaran selepas zaman sahabat nabi Isa itu semakin terpesong dan terus sesat sehinggalah 400 tahun kemudian muncul seorang nabi dan rasul dari keturunan Adnan dari kaum Arab Quraisy yang membenarkan ajaran kitab Zabur, Taurat dan Injil selagi kitab itu tidak dipinda, sebagai pelengkap agama samawi Al-Quran menjadi petujuk dengan tafsiran yang menepati setiap zaman hinggalah hari kiamat..
Bagi kita yang amat daif ini.. adalah cukup faham bahawa nama pencipta sekalian Alam ini sentiasa berbeza sebutannya bermula dengan yang diketahui sebagai Jehowah, Yahweh, Illah hinggalah Allah s.w.t. ianya merujuk kepada maksud yang sama. Pun begitu adalah malang jika kita tidak mampu menyoroti asal usul kalimah sang pencipta.. biarpun ada yang berani menyetujui penyembah agama langit tidak dihalang menggunakan nama Allah tetapi penegasan yang paling logik adalah adakah Yahudi dan Nasrani mengakui bahawa hanya Allah sebagai tuhan yang tunggal dan membenarkan setiap wahyunya di dalam Al Quran sebagaimana yakinnya orang Islam membenarkan kitab suci tulen agama mereka.., sanggupkah mereka turut menukar nama agama langit yang juga dipanggil dengan nama yang pelbagai sejak keturunan Adam dan Hawa bertebaran dimuka bumi sebagaimana nama tuhan dipanggil Yahudi dan Nasrani itu kepada Islam dan mengakui juga bahawa kitab suci Al-Quran itu datangnya daripada tuhan yang sama yang mereka sembah sebagaimana mereka ingin memiliki nama Allah yang dibawa oleh rasulullah s.a.w dan juga di maha agungkan di dalam Al-Quran..
Sekiranya agama samawi lain tidak mengakui kebenaran agama Islam janganlah kita dengan mudah menyerahkan akidah generasi akan datang dengan tipu daya bahawa Allah itu sama dengan Kristian dan agama samawi lain.. Tuntutan kristian cukup licik bilamana mereka hanya ingin menggunakan Allah sahaja tanpa S.W.T ..Bahaya dan kecelakaan akan menanti kerana Syaitan bersama mereka dan dakwah Islamiah akan menjadi sukar hanya dengan istilah yang sepatah itu.. Wallahhualambissawab..