Beberapa hari lalu, membaca satu tulisan berkenaan dengan Naskah Laut Mati yang dikatakan peninggalan Enouch atau dalam Islam ia dikenali dengan nabi Idris As.. Nabi Idris As adalah keturunan ke 6 daripada nabi Adam As . Garis keturunan Adam As --- Syits --- Anusy --- Qinan --- Mihlail --- Yarid --- Idris As. Barat menamakan peninggalan manuskrip yang ditemui di 11 buah gua sekitar laut mati sebagai Book Of Enouch.
Membaca ulasan berkenaan Book Of Enouch kita akan dibawa masuk ke persoalan demi persoalan tentang awal kejadian manusia. Kita akan dihidangkan dengan perbandingan dan persamaan antara kitab Enough dan Injil. Kita akan dibawa kepada perasaan mencurigai akan kejadian manusia dan peranan tuhan yang menjadikan manusia. Kita akan diberi hujah bahawa manusia adalah ciptaan tuhan yang menjadi pesaing atau ancaman kepada tuhan itu sendiri seperti mana di gambarkan bahawa ciptaan robot oleh manusia dan sifat sifat manusia yang diberikan kepada robot ditakuti akan menggantikan posisi manusia itu sendiri. Begitu jugalah tentang kekhuatiran tuhan tentang makhluk manusia yang diciptakannya, untuk menghindari ancaman kepada tuhan itulah ia menjadi alasan kepada tuhan untuk mengurung manusia di bumi, manusia yang berada di bumi berusaha untuk kembali ke tempat asalnya di syurga atau ingin bertemu tuhan di langit. Cita cita manusia ini diusahakan pada zaman Namrud yang memerintahkan agar manusia membina menara menuju ke langit, pernah saya membaca kajian bahawa menara yang bernama Babel yang dibina manusia itu ketinggiannya adalah 3 kali menara Burj Dubai di UAE. Kerana kesungguhan dan cabaran manusia yang hebat itu telah menyebabkan tuhan murka. Tuhan atau Allah menggagalkan binaan menara Babel itu dengan cara menjadikan pertuturan antara manusia menjadi 73 bahasa sekaligus tidak dapat berkomunikasi dalam menyelaraskan binaan menara Babel menyebabkan manusia gagal menyiapkannya.
Ulasan tentang Book Of Enouch juga akan menemui bagaimana dikaitkan bahawa 200 malaikat yang dikatakan anak tuhan telah menikah atau bergaul dengan anak perempuan manusia, hasilnya keturunan Manusia dan malaikat dilahirkan dalam bentuk fizikal yang besar serta menjadi zalim dan sangat jahat, mereka menumpahkan darah dan membunuh manusia, haiwan serta mencemarkan kehidupan lain di dunia. Kesengsaraan dan tangisan manusia angkara keturunan malaikat ini didengari hingga ke pintu syurga menyebabkan malaikat penjaga syurga mengadu dan mohon belas ehsan daripada tuhan. Disebabkan inilah tuhan telah membersihkan dunia dengan banjir besar di zaman nabi Nuh As iaitu cucu kepada nabi Idris AS.
Book Of Enouch yang sebenar dikatakan telah dimanfaat oleh keluarga di raja British yang mana apa yang terdapat dalam buku tersebut adalah membongkar rahsia serta panduan untuk manusia akhir zaman. British telah mengambil ilmu dan rahsia daripada buku tersebut untuk menguasai dunia, dikatakan British berjaya menguasai 2/3 dunia adalah berdasarkan panduan daripada manuskrip tinggalan Enokh ini.
Sememangnya apa yang saya baca itu menyebabkan saya mula takut untuk berfikir tentang hubungan manusia dan tuhan.
Sebagai orang Islam sungguh saya lebih merasai bahawa manusia itu sebetulnya amat dekat dengan tuhannya iaitu Allah swt, setiap apa yang difikirkan oleh makhluknya adalah dalam pengetahuannya, Alhamdulillah pagi tadi saya meneruskan rutin selepas subuh di masjid iaitu membaca Al- Quran berjemaah, kebiasaanya saya turut membaca terjemahannya sementara menunggu masuknya waktu solat sunat israk sebelum pulang. Ayat dari surah Al- Mukminum ayat 91 "Allah tidak mempunyai anak, tidak ada tuhan (yang lain) bersamanya, (sekiranya tuhan banyak), maka masing- masing tuhan itu akan membawa apa (makhluk) yang diciptakannya, dan sebahagian dari tuhan tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Mahasuci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu. "
Membawa saya ke fasa memikirkan semula logik dan benarnya agama Islam, Allah swt tidak membohongi manusia kerana nabi Idris As dikatakan manusia pertama menjahit pakaian, baginda diberi pengetahuan Astronomi, matematik serta boleh membaca dan mencipta abjab penyataan ini akan bersesuaianlah dengan penemuan manuskrip di tepi laut mati yang mana dijelaskan Nabi Idris juga adalah penerima 30 suhuf / lembaran kitab daripada Allah swt. kandungan manuskrip atau Books Of Enok ini terdapat banyak persamaan dengan ajaran dan kepercayaan seperti yang terkandung dalam kitab agama hanif yang turun jauh terkemudian daripada nabi Idris As.
Al Quran dapat meyakinkan bahawa apa yang dikaji oleh manusia sebenarnya sudah diberitahu oleh Allah swt, banyak kejadian yang dulunya tidak terungkap akhirnya dibuktikan oleh Al Quran hanya dalam beberapa potong ayat yang dipersetujui oleh ilmu sains masakini seperti binaan piramid dikatakan dalam Al Quran adalah menggunakan tanah yang dibakar hingga menjadi batu ia akhirnya diakui oleh saintis.
Malahan orang yang tidak percayakan agama yang mengkaji kebenaran kisah Enokh naik ke langit bertemu tuhan juga akan menyedari bahawa manusia itu adalah nabi Idris yang diceritakan membuat helah tertinggal kasut di dalam syurga untuk tidak dibawa ke bumi semula oleh malaikat Izrael.
Alhamdulliah saya bersyukur dilahirkan dalam Islam, saya mempunyai sumber rujukan untuk apa saja yang dicari.. jangan bersedih, bersangka baik dengan tuhan, carilah Al Quran dan Hadis jika temui masalah kerana Allah swt tahu apa keperluan ciptaanya.
No comments:
Post a Comment