Monday, July 18, 2011

Bertemu Pope : Najib mengatasi impian Nik Aziz

Vatican City adalah negara kota yang paling kecil didunia dengan keluasan 44 km persegi dan penduduk seramai 800 orang menjadikan negara merdeka ini begitu unik. Terletak di dalam kota Rom, dikelilingi tembok tinggi dengan sistem cctv dan kawalan keselamatan paling canggih di Itali membuatkan kota suci Kristian ini sangat aman, selamat dan dihormati. Diketuai oleh Pope, kota ini terlalu penting kepada panganut Kristian katolik iaitu mazhab paling ramai di dunia. Kata- kata Pope adalah kata- kata tuhan, begitulah kepercayaan pengikut mereka, sesiapa yang boleh berdamai atau mempengaruhi Pope mereka tidak akan diancam oleh kuasa- kuasa besar. Persahabatan dengan Vatican City mempunyai banyak manfaatnya.
YAB Dato Sri Najib Tun Razak berpandangan jauh, beliau tahu bahawa perhubungan dengan pemimpin agama akan banyak memberi gambaran baik kepada agama Islamnya, Pope dengan kekuatan kewangan dan pengaruh yang besar mampu merubah tanggapan dunia ke mana sahaja beliau memijakkan kakinya.. Bukan bermaksud mengagungkan musuh agama Allah itu dan bukan juga hendak mencela agama Kristian tetapi menghidar dan memusuhi Vatican City tidak akan memberi kelebihan kepada Islam.
Langkah Najib melawat Pope Benedict XVI di Vatican City sepatutnya tidak dipandang serong oleh rakyatnya yang beragama Islam, tidak ada mudarat mahupun menghakis pegangan sekiranya Najib bersama Pope. Dalam banyak hal Pope adalah seorang yang bersih pemikirannya, penumpuan kepada ketuhanan dan kesejahteraan manusia menjadikan Pope kadangkala tidak disenangi oleh Yahudi dan Israel. Peluang berjumpa Pope bukan senang tambahan pula jika tidak mempunyai jawatan besar dalam kerajaan.
Sedarkah kita mengapakah mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat begitu berminat membuat hubungan dengan pemimpin agama Buddha, Hindu dan Kristian di negerinya beliau menjemput dan memberi penghormatan kepada pemimpin pelbagai agama untuk bertemu dan beramah mesra di pejabatnya di Kota Darul Naim.

5 comments:

  1. follow back arrayah.info - Apa Perlunya Mohd Najib Bertemu Pope (Ketua Agama Kristian)?

    ReplyDelete
  2. Pegi mengaji agama lagi baik dari g jumpa pope ni.. sibuk dengan konsep kesederhanaan dalam islam walaupun langsung tak faham apa itu sederhana dlm islam.

    ReplyDelete
  3. Zaman nabi dulu pun pernah bertemu dengan ketua agama Kristian.tak ader salahnya...Najib pegi jumpa Pope....belajar le sejarah ckit....jangan main tembak sajer...

    ReplyDelete
  4. hoi... ko tu tahu sangat ker sejarah... zaman nabi, memang ada jumpa ketua-ketua agama... kristian & yahudi, tapi tak terhegeh-hegeh gi jumpa mereka... mereka yang datang jumpa nabi... itu yang Nik Aziz buat.... FAHAM!!!

    ReplyDelete
  5. tapi macam mane diorang nak faham,tempat nik aziz sendiri pun die xleh handle macam mane???

    ReplyDelete