Kelemahan paling besar sebenarnya adalah berpunca daripada Perdana Menteri DS Ismail Sabri, beliau dilihat terus menjadi bayangan Tan Sri Mahiaddin dan dipercayai ada perjanjian yang membuatkan kedudukannya sebagai PM tidak memberi kelebihan kepada BN. Perbicaraan DS Najib yang dilihat tidak ditangani dengan adil. Peranan peguam negara yang masih meneruskan dasar menganiayai orang BN yang tidak sehaluan dengan Mahiaddin dan Tun Mahathir. Membiarkan tindakan mendiamkan Bossku adalah seumpama mengikat sebelah tangan UMNO di dalam gelanggang tinju.
Keenganan kabinet membubarkan parlimen lebih awal telah menyebabkan parti parti lain mempunyai waktu untuk membuat persiapan. Walaupun akhirnya Parlimen dibubar namun ia berlaku ketika BN memberi tekanan yang terlampau ini menyebabkan rakyat terganggu. Biarpun ia dibubar namun ia bukan lagi dalam waktu terbaik sebagaimana saya telah tulis di blog sebelum ini yang berbunyi masa terbaik BN semakin berlalu. Menteri menteri kabinet PM DS Ismail Sabri sangat keberatan untuk meletak jawatan dan membubarkan parlimen sebaliknya mereka ini termasuk dari parti UMNO mengecam Presiden dan parti sendiri kerana meminta parlimen bubar. Tindakan mereka memberi ruang kemarahan rakyat kepada BN.
Penolakan rakyat kepada BN sebenarnya juga adalah penolakan rakyat kepada DS Ismail Sabri yang dijanjikan akan terus menjadi Perdana Menteri serta poster boy BN. penolakan ini juga bermakna bajet tahunan Kerajaan DS Ismail Sabri dan kabinet tidak dapat menarik undi rakyat kepadanya. Penolakan rakyat kepada DS Zahid Hamidi memang ada namun ia sudah diselesaikan dengan janji tidak akan menjadi Perdana Menteri. DS Ismail Sabri sepatutnya menjadi popular dan pilihan kerana Zahid Hamidi hanya di Bagan Datok bukan untuk Malaysia.
Orang UMNO terutamanya ketua bahagian sepatutnya tidak terbawa bawa dengan desakan yang mana desakan juga datang dari parti lawan. Kenapa penyokong parti lain mahu Zahid berundur sedangkan Zahid adalah liabiliti kepada UMNO bukan parti mereka. Mungkin jawabnya Zahid tidak memihak kepada Perikatan Nasional, DS Zahid juga tidak menyokong PAS dan Bersatu. Kenapa DS Haji Hadi tidak disuruh letak jawatan ketika kerusi mereka hanya 18, kenapa Anwar ridak diminta berundur ketika PKR hanya tinggal 1 Kerusi, kenapa Lim Guang Eng tidak diminta berundur ketika DAP merosot dan beliau didakwa di mahkamah...
Berbanding DS Hj Hadi dan TS Mahiaddin sudah tentu DS Zahid Hamidi lebih mempercayai Anwar Ibrahim. DAP pula tidak akan melanggar arahan DS Anwar Ibrahim kerana DS Anwar Ibrahim masih boleh bergerak tanpa DAP dan mencari kawan baharu tetapi DAP tidak dapat mencari rakan yang sebaik PKR untuk bersamanya. UMNO / BN tidak akan menjadi lebih baik jika bersama Perikatan Nasional kerana BERSATU setiap masa memikirkan untuk memusnah dan menggantikan UMNO manakala PAS sentiasa mencemburui UMNO BN serta kawan yang tidak boleh dipercayai. Maka pilihan terbaik UMNO adalah bersama PKR walau adanya DAP. DAP tidak boleh menguasai UMNO tetapi UMNO boleh menyekat DAP.
Namun saya percaya Suara senada dari Ketereh, Pasir Salak atau Arau atau mana mana bahagian akan diam sebaliknya akan mencium tangan sekiranya Presiden UMNO itu ada jawatan dalam kabinet PM10.
No comments:
Post a Comment