Rabu, 4 Januari 2012

Tentang teratai..


Teratai.. bunga ini memang menjadi pujaan dan kekaguman setiap orang yang suka memerhatikannya, keberadaannya di sesuatu tempat cepat menarik mata memandang sepertimana yang dirakamkan di tasik Chini atau menghiasi langskap taman dinasti di China juga taman bongsai Jepun. Pelbagai spesis teratai yang dapat ditemui di pelbagai benua, warnanya yang pelbagai dari putih bersih hinggalah merah membara sememangnya tidak mudah dilupakan hinggakan ia dipuja oleh sesetengah agama. 
Melintasi sebuah rumah jiran membuatkan saya sering tertanya- tanya dari mana datangnya pokok teratai di depan rumahnya kerana setiap kali parit depan rumah dipenuhi air teratai akan terapung berbunga cantik sedangkan bila musim kering atau kemarau teratai tidak ada pun disitu dan saya berkesimpulan bahawa teratai sebenarnya ada di dasar parit atau takungan dengan selamat di dalam tanah biarpun pada musim yang kering kontang dan akan cepat keluar bila tempatnya dipenuhi air.. menambahkan lagi kekaguman saya adalah tentang sejenis teratai yang dinamakan Victoria Amazonica yang mampu membesar sehingga tiga meter dan teratai ini boleh ditemui di sungai- sungai di Amazon, sungguh kagumnya ciptaan tuhan ini kerana ia boleh menampung beban sehingga melebihi 30 kilogram di atasnya dan juga mempunyai struktur yang unit dan saluran semulajadi untuk menghalang air hujan daripada bertakung diatasnya.. dengan kemampuan menampung beban sebegitu ia boleh mengapungkan seorang budak hingga seorang dewasa yang sederhana beratnya.

Teratai ini dinamakan sempena ratu Victoria di United Kingdom dan ia ditemui oleh orang dari barat yang kemudiannya dihebohkan kepada seluruh dunia pada tahun 1836 

Ahad, 1 Januari 2012

Tiada bezanya tahun baru dengan tahun lama..

Selamat Tahun Baru... itulah yang mungkin kebanyakan kita akan ucapkan bila berjumpa taulan atau rakan sepejabat bila bermulanya hari pertama bekerja di tahun 2012 dan tak kurang juga yang akan bertanyakan azam tahun baru. Itulah sebilangan besar rakyat di dunia akan ucapkan diawal tahun sambil saling memberi semangat agar tahun ini akan lebih membahagia dan memberi kegembiraan dalam hidup, dah sempena berganti tahun anak- anak yang akan melangkah ke alam persekolahan atau yang akan naik ke darjah atau tingkatan ke seterusnya akan menuntut kelengkapan serba baru dan inilah juga yang dikatakan waktu sukar ibu bapa iaitu perbelanjaan sekolah tahun baru.. 
Mungkin tidak ramai yang boleh merasai akan nasib sesetengah mereka yang kurang berkemampuan, ibu- bapa terpisah, keluarga berjauhan atau impian penyatuan adik beradik semakin jauh dan semakin kabur untuk merasai kegembiraan bersama. Tidak ramai yang menyambut tahun baru dengan linangan dan syahdu tetapi ia tetap ada dan berlaku di sekeliling kita. 
Kita tentunya tidak akan melupakan azam bertahun- tahun yang tidak menjadi dan harapan tahun demi tahun hanya tinggal harapan. Tidak ada bezanya antara tahun 2011 dan 2012, semuanya adalah perbilangan hari yang tidak sedikit pun mempengaruhi alam ciptaan tuhan. Seperti tahun - tahun sudah kita mesti berkerja dan melakukan rutin untuk mencari rezeki seperti biasa, cuma azam dan perhitungan waktulah yang mempengaruhi hari- hari kita.. Kita tidak perlu keliling bandar dan kampung untuk istiharkan tahun baru, membakar mercun dan hiburan keterlaluan bukanlah sesuatu yang memberi apa- apa yang baik malahan ia disulami dengan budaya berhibur dari barat yang akhirnya membuatkan kita rasa.."ohh bodohnya aku.." bukankah ini hanya sesuatu yang tidak berbeza jika tidak disambut sebagaimana kita hanya buat tak endah sahaja sewaktu pertukaran tahun hijrah yang lalu..

Jumaat, 23 Disember 2011

Jangan biarkan 25 Disember membudayakan kita..

Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember di negara kita dan seluruh dunia dipercayai sebagai memperingati kelahiran tuhan Yesus bagi penganut Kristian. Sebenarnya sambutan 25 Disember setiap tahun bukanlah secara mutlaknya sebagai tarikh kelahiran Yesus tetapi telah diambil dari tarikh tuhan matahari dalam kepercayaan orang- orang Rom bertujuan untuk mengambi hati atau mengadaptasikan kepercayaan orang Rom kepada agama Kristian diawal penerimaan agama tersebut di Romawi.

Sebenarnya pelbagai andaian dan asal usul tarikh 25 Disember diistiharkan sebagai hari krismas tetapi di zaman ini hari krismas atau hari Natal yang disambut di Mesir, Habsyah dan Russia adalah pada tarikh berbeza kerana gereja di negara tersebut membuat tafsiran bahawa tarikh kalender Gregory yang digunapakai dunia hari ini adalah bersamaan dengan 7 januari mengikut Kalender Julius.

Hari krismas bukan sahaja disambut secara besar- besaran oleh orang kristian tetapi juga ia sudah menjadi kebudayaan bagi sesetengah negara walaupun penganut agama kristian adalah kecil seperti negara Jepun.
Bagi negara kita Malaysia yang bolehlah dianggap sebagai negara yang tidak ramai penganut kristian sebagaimana Islam, Buddha dan Hindu sepatutnya janganlah terlampau- lampau sambutan dan pendedahannya. Kita tidak seronok sekiranya agama langit yang terpesong ini di agung- agungkan dan diserapkan kepada orang Islam sebagaimana pendekatan secara halus oleh gedung perniagaan dan hotel- hotel mahukan pekerja mereka memakai kostum Krismas seperti topi Santa Claus atau membawa setokin besar berwarna merah.. kita juga tidak seronok melihat monument krismas raksasa di Suria KLCC dan mana- mana tempat tumpuan awam..

In many parts of the world, Christmas is the day when people celebrate the birth of Jesus Christ in Bethlehem two thousand years ago. People who remember Christmas as a religious holiday celebrate the birth of Jesus and his coming into this world. To them, he is recognized as the Son of God and the Savior of the world. According to the Bible, Jesus was born in a manger because there was no room for him and his parents, Mary and Joseph, in an inn. Today, people often attend church, organize family gatherings, and decorate their homes and businesses (with real or artificial Christmas trees). People feel the giving spirit and donate their time and money to worthy causes, or provide volunteer service to the needy. Christmas is also celebrated as a secular holiday when parents and children talk about Santa Claus and Rudolf the Red Nose Reindeer. christmas day 

Jumaat, 9 Disember 2011

kepuasan melalui jalan lama 'Karak'

Setiap kali ke Kuala Lumpur melalui persimpangan Bentong ke lebuhraya Karak, kita pasti teringatkan jalan lama.. jalan melaui lereng bukit curam dan tebing sungai dengan aliran jernih, juga terdapat air terjun di tepi jalan sempit pastinya mengingatkan kita sewaktu tahun- tahun sebelum dibuka lebuh raya bertol yang ada sekarang. 
Jalan lama yang berliku dan amat menggerunkan bila berselisih dengan kenderaan besar kini sunyi sepi, hanya sesekali sahaja berselisih dengan kenderaan yang mungkin penduduk tempatan atau bagi mereka yang mahu mengelak daripada bayaran tol.
Sebenarnya jalan ini menjadi kegemaran kita bila berseorangan memandu atau tidak mengejar waktu, kita rasa tenang bila melalui jalan sunyi yang mempesonakan ini, selain terserempak dengan pekebun cina yang memunggah hasi durian dan buahan untuk dijual di tepi jalan atau peraih yang membawa ke kuala Lumpur, jalan lama ini juga menyediakan pemandangan kawanan monyek ditepi jalan dan jika bernasib baik boleh bertegur sapa dengan orang asli yang berjalan kaki. 
Kebelakangan ini jalan lama kembali diselenggarakan dan semak samun dikaki lima jalan juga dimesin secara berkala membuatkan jalan lama ini lebih terurus dan tidaklah menjadi satu perjalanan yang menggerunkan seperti mula- mula laluan ini diabaikan dulu, yang mana perasaan gelisah menjengah perjalanan yang diganggu oleh rimbunan pokok buluh menyapu jalan dan daun kering berterbangan menabur jalan yang gugur dari rimbunan pokok besar.
Ada juga yang mengelakkan daripada melalui jalan lama kerana terpengaruh dengan filem seram Karak dan cerita- cerita penjenayah di laluan lama itu, biarpun jalan lama ini tidak digemari oleh kebanyakan pengguna tetapi bagi kita ia adalah kepuasan perjalanan..  

Ahad, 4 Disember 2011

Guantanamo Bay

WASHINGTON — The White House on Friday accused the Democratic-controlled Senate of "political micromanagement" at the expense of national security after it approved legislation requiring military custody of suspected terrorists, even those captured within the U.S., and indefinite detention of some without trial.
In a statement, National Security Council spokesman Tommy Vietor renewed the White House threat of a presidential veto of the sweeping $662 billion defense bill that includes the far-reaching policy changes on how to handle suspected terrorists. The Senate voted 93-7 Thursday night for the legislation. Guantanamo Bay

Khamis, 24 November 2011

Bangsa Melayu Perlu Hari Thanksgiving



1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
karina smirnoff
20.




Don't feel like cooking a big turkey dinner? Many area restaurants are serve Thanksgiving dinner with all the trimmings today. Most require reservations, but you can always check for last-minute cancellations. Detroit Free Press

Hari ini adalah hari yang dinamakan Thanksgiving mengikut kebudayaan masyarakat di A.S iaitu hari kesyukuran yang tidak ada kena mengena dengan agama tetapi di sambut seluruh negara dengan meriah dan besar- besaran sehingga mempengaruhi ekonomi negara dan muncul hari hari yang berkaitan dengan sambutan hari Thanksgiving seperti Black friday dan Cyber Monday. Kemeriahan hari tersebut boleh dilihat melalui pencarian popular hari ini hampir kesemuanya adalah tentang menu tradisi untuk meraikan hari kesyukuran, begitu juga senarai restoran dan harga menu yang dipromosi besar- besaran diinternet seperti yang saya copy paste di atas. 
Mungkin untuk perbandingan hari Thansgiving yang kita kenali ia bolehlah dikatakan seperti Tahun Baru Cina yang diraikan oleh seluruh bangsa Cina biarpun berlainan agama tetapi ia suatu hari penyatuan bangsa dan kepercayaan yang paling besar pengaruhnya di dunia hingga mempengaruhi aktiviti konomi dan sosial dimana terdapatnya kaum Cina.
Walaupun Thanksgiving adalah bermula daripada budaya dari Scandinavia tetapi hari ini ia semakin berpengaruh walaupun tidak sehebat hari Tahun Baru masyarakat Cina dan mungkin juga kaum - kaum terbesar dunia mempunyai satu hari yang diraikan bersama.
Bagi masyarakat Melayu dan Nusantara mereka mempunyai satu hari penyatuan yang diraikan bersama seperti Hari raya Puasa dan Hari Raya Haji tetapi mereka yang juga bangsa yang besar dan berserakan di serata dunia tidak mempunyai satu hari untuk diingati oleh bangsa rumpun Melayu yang juga mempercayai agama yang pelbagai. Masih tidak ada usaha besar- besaran antara masyrakat ataupun pemimpin Nusantara untuk mengetengahkan idea penyatuan bangsa untuk mencari satu hari yang bermakna yang boleh diterima oleh seluruh rumpun Melayu untuk dijadikan hari kemegahan dan kebangaan bangsa.. mungkinkah ada ruang untuk ke arah itu, adakah terlambat untuk dimulakan ?

Isnin, 14 November 2011

Makna Black Friday dan Cyber Monday

By Mel Fabrikant    Sunday, November 13, 2011, 05:53 PM EST   

Last year, the National Retail Federation reported that 212 million people hit the shopping aisles on Black Friday and spent an estimated $45 billion while CNNMoney.com reported that virtual shoppers spent 1.1 billion on Cyber Monday.  With stores opening even earlier this year and the number of shoppers estimated to be higher it is important to have a plan of action on how to tackle this shopping weekend.
Verizon Wireless is offering up some “appvice” so no one misses a deal, a game, or a store location.
• Map out where you want to go and what route you want to take. Use VZNavigator for turn-by-turn directions, your location, and live traffic conditions to avoid the crowds.  If you’re using a tablet be sure to download UpNext HD Maps -Verizon edition  for interactive touch interface and 3D maps.
• If you’re interested in searching for deals by store, product categories, or most recent offers, download the TGI Black Friday App .  This app lets you view Black Friday ads from all major retail stores, create a personal shopping list, and compare prices to make sure you’re getting the best deal.
• Worried about your favorite team rather than a shopping deal?  Don’t! With the Verizon NFL Mobile you get 24/7 access to everything NFL.  Check out scores, latest news, and highlights. 
• Make sure you stay fueled so your shopping experience is a marathon not a sprint.  Download the Yelp app so you know where to get the closest cup of joe or sandwich to keep you going.
• Cyber Monday is important and on the Verizon Wireless 4G LTE Network you’ll be able to search and shop faster.  With the Amazon.com app you can use that power to compare prices, read reviews, and buy all the latest gear and gadgets. 
Shop stress free this year and enjoy your holiday weekend with the help of these apps and Verizon’s 4G LTE Network.  black friday 

Budaya Setelah Thanksgiving
Di Amerika Syarikat ada suatu hari yang sangat memengaruhi tradisi berbelanja oleh penduduknya. Hari Thanksgiving iaitu hari mengucapkan syukur, berdoa dan makan makanan tradisi seperti kalku panggang dengan sos cranberry dan pai labu atau ubi bersama keluarga dan tetangga. manakala hari selepas Thanksgiving yang dikatakan Black Friday pula adalah hari para peniaga dan usahawan membuat keuntungan dan mencatat hasil perniagaan dengan dakwat hitam. mengikut kisah pada zaman lalu para peniaga di Amerika akan juga mencatat kerugian dengan menggunakan dakwat merah yang popular dengan 'in the red' Sebenarnya Black Friday adalah hari kesyukuran pada tahun itu setelah melalui 'in the red' pada hari sebelumnya.
'Cyber monday' adalah istilah baru yang digelar setelah dibuat kajian bahawa hari Isnin tahun ini akan menerima banyak urusniaga dilakukan dalam talian pada hari tersebut iaitu hari setelah 'Black Friday'.

Sabtu, 12 November 2011

11/11/11: Is Date Tied to the Mayan Apocalypse?

Friday's numerical date is written out as 11/11/11. And for some people, that number sequence is more than a coincidence or inevitability — it's a spiritual signal linked to 2012 Mayan prophecies of both doom and spiritual renewal.
Nov. 11, 2011 mythologies are pervasive on New Age corners of the Internet, with believers suggesting that 11/11 numerical sequences are signals from angels or numbers with hidden meanings. Even people who think little of numerology are finding meaning in the day: The Orlando Sentinel reports that Walt Disney World will host 11 weddings on 11/11/11
Kalendar MAYA berakhir..

Tarikh Kiamat suku Maya adalah pada 11/11/201 yang mana pada kalendar gregorian yang digunakan sekarang bermakna pada 21/12 / 2012 sebagaimana sebelum ini saya sudah memberi pandangan di http://temalong.blogspot.com/2011/03/menunggu-kiamat-21-disember-2012.html Tambah mengusarkan sesetengah mereka yang tidak yakin dengan pegangan agama mereka mungkin terpengaruh juga dengan laporan Naval Observatory milik Amerika Serikat (AS) yang mengatakan musim dingin akan bermula pada jam 11:11 pada 21 Disember.. 

Khamis, 10 November 2011

Biggest asteroid in 35 years swings close to Earth

CAPE CANAVERAL, FLA.
A black asteroid as big as an aircraft carrier zoomed past Earth on Tuesday, delighting astronomers who trained telescopes on the ancient body in hopes of learning more about its composition and origin. With a diameter estimated at 400 meters, or about a quarter of a mile, Asteroid 2005 YU 55 is the biggest asteroid to make a close pass by Earth since 1976. During its closest approach, which occurred at 6:28 p.m. EST, it was inside the orbit of the moon, about 200,000 miles above the planet. It posed no threat to either.
Thousands of professional and amateur astronomers were tracking the asteroid with telescopes, seeking to learn more about what it is made of, how fast it spins and ultimately, where it came from. "It was pretty easy to find," astronomer Ronald Dantowitz, director of the student-run Clay Center Observatory in Brookline, Massachusetts, told Reuters. "It's moving differently than the stars are moving. It looks like a giant rock floating through space." With automated controls for tracking, the asteroid appeared to be fixed in position, while background stars were a blur, Dantowitz said. The asteroid, however, was moving at about 30,000 mph. Astronomers believe YU 55 has been visiting Earth for thousands of years, nudged out of the main asteroid belt between Mars and Jupiter after a gravitational elbowing by Jupiter. Asteroid
ASTEROID 2005 YU55
Untuk kesekian kalinya bumi kita yang indah ini dihampiri oleh pelawat  dari angkasa yang dijangka menghampiri bumi lebih dekat daripada jarak bulan dengan bumi sendiri. Sebuah asteroid yang asalnya berada antara planet Marikh dan Jupiter yang digelar Sabuk Asteroid telah melencong dari kebiasaannya dan dijangka menghampiri bumi pada 8-9 November 2011
Asteroid yang berukuran 400 meter atau sebesar kapal pengangkut ini hanya berada pada jarak 250,000 km menjadikan Asteroid ini tergolong dalam objek besar yang mengancam bumi dan sekiranya ia terbabas atau menghentam bumi, cukup untuk menghancurkan sebuah kota
Asteroid yang  juga telah hampir dengan bumi pada 1976 semakin menghampiri bumi sekali lagi setelah mengembara selama 35 tahun di angkasa. Asteroid yang ditemui pada 2005 ini kemudiannya dikenali 2005 YU55 ia menghampiri bumi tanpa di sedari manusia termasuk NASA sendiri,oleh kerana saiznya yang besar dan boleh mengundang bencana kepada bumi ia telah didaftarkan kepada asteroid yang berpotensi menjadi bahaya.

Sabtu, 5 November 2011

Eid ul Adha

Islam is the second most popular religion in the world with over a thousand million followers. It is more often thought of as a complete way of life rather than a religion.
Islam began in Arabia and was revealed to humanity by the Prophet Muhammad (peace be upon him). Those who follow Islam are called Muslims. Muslims believe that there is only one God, called Allah.
Islam is mainly followed in the Middle East, Asia, and the north of Africa.
The Festival of Sacrifice which occurs 70 days after Eid-al-Fitr.
Eid ul-Adha is the second most important festival in the Muslim calendar. It is to remember the time when Abraham was going to sacrifice his own son to prove obedience to God and marks the end of theHajj, the annual pilgrimage to Makkah (Mecca). It takes place on the 10th day of Dhul-Hijjah, the last month of the Islamic calendar.more 

Eid ul Adha is a public holiday in Muslim countries.
Today Muslims all over the world who can afford it , sacrifice a sheep (sometimes a goat) as a reminder of Ibrahim's obedience to Allah. In Britain, the animal has to be killed at a slaughterhouse.
They share out the meat among family, friends and the poor, who each get a third share.
Eid usually starts with Muslims going to the Mosque for prayers, dressed in their best clothes, and thanking Allah for all the blessings they have received.
It is also a time when they visit family and friends as well as offering presents.
At Eid it is obligatory to give a set amount of money to charity to be used to help poor people buy new clothes and food so they too can celebrate  good info


HARI RAYA HAJI
Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji atau Aidil Adha adalah hari kebesaran yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Di Negara kita hari raya korban biasanya tidaklah terlalu meriah berbanding  dengan hari raya puasa. Ini mungkin disebabkan jarak masa antara hari raya Aidil fitri yang baru sahaja berlalu. Bagi kanak – kanak pula mereka tidak dapat merasa  kemeriahan sebenar, biasanya tiada jadual berkunjung dari rumah ke rumah bersama rakan kerana hari raya ini tidak menjanjikan duit  dan mereka biasanya hanya melihat sahaja orang dewasa menyembelih haiwan korban dan hanya diminta berkeliling kampong dan perumahan untuk mengagihkan daging korban.. tiada mercun, tiada duit raya dan kadangkala baju raya pun anak- anak tidak meminta tetapi bagi orang dewasa mereka harus menanam kefahaman walaupun hari raya ini dipandang sepi tetapi mereka harus tahu bahawa hari raya Aidil Adha lah yang sepatutnya lebih meriah dan bermakna berbanding Aidil Fitri disamping itu eloklah sekiranya kita sama- sama tahu makna Qurban yang dilakukan pada hari bersejarah itu. lagi tentang haji..


  • Qurban Sunat : 
    Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
     
    Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).

    Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.
  • Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya. 
  • Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit. 
  • Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.
  • Haram ke atas orang yang melaksanakan korban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:

    "Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)
     
  • Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.