Wednesday, January 4, 2012

Tentang teratai..


Teratai.. bunga ini memang menjadi pujaan dan kekaguman setiap orang yang suka memerhatikannya, keberadaannya di sesuatu tempat cepat menarik mata memandang sepertimana yang dirakamkan di tasik Chini atau menghiasi langskap taman dinasti di China juga taman bongsai Jepun. Pelbagai spesis teratai yang dapat ditemui di pelbagai benua, warnanya yang pelbagai dari putih bersih hinggalah merah membara sememangnya tidak mudah dilupakan hinggakan ia dipuja oleh sesetengah agama. 
Melintasi sebuah rumah jiran membuatkan saya sering tertanya- tanya dari mana datangnya pokok teratai di depan rumahnya kerana setiap kali parit depan rumah dipenuhi air teratai akan terapung berbunga cantik sedangkan bila musim kering atau kemarau teratai tidak ada pun disitu dan saya berkesimpulan bahawa teratai sebenarnya ada di dasar parit atau takungan dengan selamat di dalam tanah biarpun pada musim yang kering kontang dan akan cepat keluar bila tempatnya dipenuhi air.. menambahkan lagi kekaguman saya adalah tentang sejenis teratai yang dinamakan Victoria Amazonica yang mampu membesar sehingga tiga meter dan teratai ini boleh ditemui di sungai- sungai di Amazon, sungguh kagumnya ciptaan tuhan ini kerana ia boleh menampung beban sehingga melebihi 30 kilogram di atasnya dan juga mempunyai struktur yang unit dan saluran semulajadi untuk menghalang air hujan daripada bertakung diatasnya.. dengan kemampuan menampung beban sebegitu ia boleh mengapungkan seorang budak hingga seorang dewasa yang sederhana beratnya.

Teratai ini dinamakan sempena ratu Victoria di United Kingdom dan ia ditemui oleh orang dari barat yang kemudiannya dihebohkan kepada seluruh dunia pada tahun 1836 

1 comment:

  1. anys follow sini . jom g blog anys kejap http://blurrr4evablurr.blogspot.com/

    ReplyDelete