Thursday, November 24, 2011

Bangsa Melayu Perlu Hari Thanksgiving



1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
karina smirnoff
20.




Don't feel like cooking a big turkey dinner? Many area restaurants are serve Thanksgiving dinner with all the trimmings today. Most require reservations, but you can always check for last-minute cancellations. Detroit Free Press

Hari ini adalah hari yang dinamakan Thanksgiving mengikut kebudayaan masyarakat di A.S iaitu hari kesyukuran yang tidak ada kena mengena dengan agama tetapi di sambut seluruh negara dengan meriah dan besar- besaran sehingga mempengaruhi ekonomi negara dan muncul hari hari yang berkaitan dengan sambutan hari Thanksgiving seperti Black friday dan Cyber Monday. Kemeriahan hari tersebut boleh dilihat melalui pencarian popular hari ini hampir kesemuanya adalah tentang menu tradisi untuk meraikan hari kesyukuran, begitu juga senarai restoran dan harga menu yang dipromosi besar- besaran diinternet seperti yang saya copy paste di atas. 
Mungkin untuk perbandingan hari Thansgiving yang kita kenali ia bolehlah dikatakan seperti Tahun Baru Cina yang diraikan oleh seluruh bangsa Cina biarpun berlainan agama tetapi ia suatu hari penyatuan bangsa dan kepercayaan yang paling besar pengaruhnya di dunia hingga mempengaruhi aktiviti konomi dan sosial dimana terdapatnya kaum Cina.
Walaupun Thanksgiving adalah bermula daripada budaya dari Scandinavia tetapi hari ini ia semakin berpengaruh walaupun tidak sehebat hari Tahun Baru masyarakat Cina dan mungkin juga kaum - kaum terbesar dunia mempunyai satu hari yang diraikan bersama.
Bagi masyarakat Melayu dan Nusantara mereka mempunyai satu hari penyatuan yang diraikan bersama seperti Hari raya Puasa dan Hari Raya Haji tetapi mereka yang juga bangsa yang besar dan berserakan di serata dunia tidak mempunyai satu hari untuk diingati oleh bangsa rumpun Melayu yang juga mempercayai agama yang pelbagai. Masih tidak ada usaha besar- besaran antara masyrakat ataupun pemimpin Nusantara untuk mengetengahkan idea penyatuan bangsa untuk mencari satu hari yang bermakna yang boleh diterima oleh seluruh rumpun Melayu untuk dijadikan hari kemegahan dan kebangaan bangsa.. mungkinkah ada ruang untuk ke arah itu, adakah terlambat untuk dimulakan ?

No comments:

Post a Comment