Selamat Tahun Baru... itulah yang mungkin kebanyakan kita akan ucapkan bila berjumpa taulan atau rakan sepejabat bila bermulanya hari pertama bekerja di tahun 2012 dan tak kurang juga yang akan bertanyakan azam tahun baru. Itulah sebilangan besar rakyat di dunia akan ucapkan diawal tahun sambil saling memberi semangat agar tahun ini akan lebih membahagia dan memberi kegembiraan dalam hidup, dah sempena berganti tahun anak- anak yang akan melangkah ke alam persekolahan atau yang akan naik ke darjah atau tingkatan ke seterusnya akan menuntut kelengkapan serba baru dan inilah juga yang dikatakan waktu sukar ibu bapa iaitu perbelanjaan sekolah tahun baru..
Mungkin tidak ramai yang boleh merasai akan nasib sesetengah mereka yang kurang berkemampuan, ibu- bapa terpisah, keluarga berjauhan atau impian penyatuan adik beradik semakin jauh dan semakin kabur untuk merasai kegembiraan bersama. Tidak ramai yang menyambut tahun baru dengan linangan dan syahdu tetapi ia tetap ada dan berlaku di sekeliling kita.

No comments:
Post a Comment