Friday, December 9, 2011

kepuasan melalui jalan lama 'Karak'

Setiap kali ke Kuala Lumpur melalui persimpangan Bentong ke lebuhraya Karak, kita pasti teringatkan jalan lama.. jalan melaui lereng bukit curam dan tebing sungai dengan aliran jernih, juga terdapat air terjun di tepi jalan sempit pastinya mengingatkan kita sewaktu tahun- tahun sebelum dibuka lebuh raya bertol yang ada sekarang. 
Jalan lama yang berliku dan amat menggerunkan bila berselisih dengan kenderaan besar kini sunyi sepi, hanya sesekali sahaja berselisih dengan kenderaan yang mungkin penduduk tempatan atau bagi mereka yang mahu mengelak daripada bayaran tol.
Sebenarnya jalan ini menjadi kegemaran kita bila berseorangan memandu atau tidak mengejar waktu, kita rasa tenang bila melalui jalan sunyi yang mempesonakan ini, selain terserempak dengan pekebun cina yang memunggah hasi durian dan buahan untuk dijual di tepi jalan atau peraih yang membawa ke kuala Lumpur, jalan lama ini juga menyediakan pemandangan kawanan monyek ditepi jalan dan jika bernasib baik boleh bertegur sapa dengan orang asli yang berjalan kaki. 
Kebelakangan ini jalan lama kembali diselenggarakan dan semak samun dikaki lima jalan juga dimesin secara berkala membuatkan jalan lama ini lebih terurus dan tidaklah menjadi satu perjalanan yang menggerunkan seperti mula- mula laluan ini diabaikan dulu, yang mana perasaan gelisah menjengah perjalanan yang diganggu oleh rimbunan pokok buluh menyapu jalan dan daun kering berterbangan menabur jalan yang gugur dari rimbunan pokok besar.
Ada juga yang mengelakkan daripada melalui jalan lama kerana terpengaruh dengan filem seram Karak dan cerita- cerita penjenayah di laluan lama itu, biarpun jalan lama ini tidak digemari oleh kebanyakan pengguna tetapi bagi kita ia adalah kepuasan perjalanan..  

No comments:

Post a Comment