Selepas kehangatan kerusi Pengarah Pelajaran Kelantan diperkatakan diruangan ini, hari ini isu tersebut mungkin tidak tepat lagi memandangkan ada tanda- tanda Pengarah Pelajaran Negeri mungkin akan menghabiskan khidmatnya di JPN Kelantan. Dalam waktu itu kita membaca banyak komen dan pendapat yang di luahkan, memperlihatkan begitu perihatin dan banyak ruang kritikan yang dapat dilihat dikalangan warga pendidik, mereka meluahkan kepada sesiapa sahaja sama ada kakitangan JPN atau pihak sekolah sendiri.. Kepada pihak yang terkena sindiran dan kritikan yang tajam diharap dapat menerima dengan positif dan membaiki kelemahan demi kebaikan bersama. Diruangan terhad ini juga kita percaya dan mengalu- alukan pendapat yang membina daripada sesiapa saja kerana tulisan anda sedang diambil kira dan dinilai oleh pelbagai pihak...
(Artikel pada 3/7/2011 yang lalu) Sambutan 'Hari Guru' Peringkat Negeri Kelantan 2011 diadakan di SMK Bandar Machang, sambutan tahun ini lebih meriah dan tersusun daripada yang di adakan di sebuah sekolah di Tumpat pada tahun lepas. Guru yang sejak dari dahulu lagi diakui sebagai khalayak yang berdisiplin punya budaya keraian tersendiri, Pelbagai anugerah dan pengiktirafan diberikan kepada guru- guru seluruh negeri.
(Artikel pada 3/7/2011 yang lalu) Sambutan 'Hari Guru' Peringkat Negeri Kelantan 2011 diadakan di SMK Bandar Machang, sambutan tahun ini lebih meriah dan tersusun daripada yang di adakan di sebuah sekolah di Tumpat pada tahun lepas. Guru yang sejak dari dahulu lagi diakui sebagai khalayak yang berdisiplin punya budaya keraian tersendiri, Pelbagai anugerah dan pengiktirafan diberikan kepada guru- guru seluruh negeri.Sambutan hari guru kali ini disempurnakan oleh YB Senator Dato Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Jika dikira kesesuaian portfolio memanglah Dato Dr Awang Adek tidak berada di Kementerian Pelajaran tetapi atas dasar keutamaan untuk menaikkan imej politik UMNO Kelantan tokoh tersebut diterima tanpa soal selari dengan warna tema iaitu merah untuk semua guru dan kakitangan yang hadir pada hari tersebut iaitu warna 'gelombang merah' BN Kelantan.
Apa yang berlegar di pemikiran warga pendidik seluruh negeri Kelantan hari ini adalah kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Pengarah JPN Kelantan iaitu Hussin Awang yang akan meninggalkan pejabat di Kota Bharu untuk kenaikan pangkat JUSA di Putrajaya. Pada tahun ini Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan telah memangku pelbagai tugas sementara menunggu pengesahan Pengarah JPN Kelantan yang baru.
Berbeza dengan kenaikan pangkat dalam tentera atau polis yang kebiasaannya pertukaran pangkat pegawai boleh dibaca dan tiada perebutan atau melobi kerana sesiapa sahaja yang berada pada pangkat Timbalan akan dinaikkan pangkat kepada ketua pula tetapi dalam Jabatan Pelajaran perkara seperti itu tidak semestinya berlaku.
En Zahari Daud menjawat jawatan Timbalan Pengarah tanpa menafikan peluang orang di atasnya, jawatan itu diisi setelah Hj Ishak dikenakan tindakan tatatertib perkara yang sama tidak mungkin akan berulang lebih- lebih lagi Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (KS) dikhabarkan turut berminat dengan jawatan Pengarah JPN Negeri, beliau yang dulunya sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Bachok hanya ada dua tahun sahaja lagi untuk bersara. Seperti diketahui jawatan Pengarah adalah dipengaruhi sepenuhnya oleh orang politik seperti YB Mustapha Mohamad dan YB Senator Awang Adek Hussin. KS adalah seorang AJK UMNO Bahagian yang dilantik oleh YB Senator Awang Adek, Ketua cawangan dan banyak membantu YB Awang Adek di Bachok, sekiranya KS Aziz Abdullah benar- benar mengidam jawatan Pengarah sudah tentu peluangnya lebih terbuka daripada Timbalan Pengarah JPN sekarang.
Timbalan Pengarah pula seharusnya tidak dipinggirkan oleh Kementerian, walaupun beliau tidak ada hubungan istimewa dengan orang politik tetapi beliau seorang yang ikhlas, humble pada jawatannya, beliau juga dikatakan sering membaca Al -Quran dipejabatnya jika ada kelapangan. Sebagai Timbalan Pengarah yang tidak glamer Zahari Daud juga penyokong kerajaan pusat yang tidak lalai, beliau juga seorang ketua cawangan dan ketua peti undi UMNO di Bahagian Pasir Mas jadi beliau termasuk seorang yang mengikuti perkembangan politik juga.
Perlu juga diketahui bahawa En Zahari hanya ada 8 bulan sahaja untuk bersara, apalah salahnya dan alangkah bagusnya jika Kementerian dan orang politik beri penghormatan untuk En Zahari bersara dengan jawatan Pengarah Pelajaran Negeri, jika itu berlaku sudah tentulah akan menjadi episod persaraan di kemuncak kerjaya dan sangat dibanggakan. Warga Jabatan Pelajaran juga tidak rugi dan masih boleh merasai sentuhan En Aziz Abdullah yang mengikut rekodnya sebagai pegawai pelajaran yang cemerlang walaupun sewaktu menjadi pengajar di sekolah En Aziz bukanlah seorang guru yang mendapat pujian atau idola daripada pelajar di sekolahnya. En Aziz sepatutnya tidak tergopoh, beliau boleh merencanakan kedudukannya sebagai Pengarah Pelajaran Negeri yang baru pada tahun hadapan iaitu selepas persaraan En Zahari Daud.
Walau sesiapa pun yang direncanakan akan menjadi pengarah negeri walau bukan En Aziz Abdullah sekalipun, pihak kementerian dan tokoh politik seharusnya memikir dan mengambil kira penghormatan, maruah juga masa terhad yang seharusnya diberikan kepada En Zahari Daud.
















































