Tahniah kepada beberapa orang ahli parlimen BN terutama YB Sri Gading yang lantang meminta kerajaan mengambil langkah memecahkan monopoli Astro sebagaimana langkah yang dibuat kepada perkhidmatan telefon mudah alih yang impaknya akan menyebabkan pengendali berlumba- limba mengenakan langganan termurah untuk menarik pengguna. Astro sebagai stesen penyiaran berbayar tunggal negara mengenakan langganan minimun RM37.90 sebulan, saluran ini pula termasuk siaran percuma rangkaian Prima (rtm, tv3, tv7,tv9, radio..). Akhir -akhir ini pula pihak Astro akan meningkatkan Saluran HD menjadikan saluran biasa tidak lagi memuaskan yang secara halusnya menggalakkan pengguna beralih kepada HD dan dikenakan caj tambahan RM20.00 sebulan dan tambahan tax kerajaan sebanyak rm 3.48 lagi. Jika di campur semua caj- caj itu seseorang pelanggan Astro kena sediakan rm 61.45 untuk menerima siaran Astro yang memuaskan setiap bulan. Tidak hairanlah kenapa pengendali Astro melalui Binariang iaitu Ananda Krisnan muncul sebagai individu kedua terkaya di Malaysia dengan tidak perlu membayar cukai kerajaan sebanyak rm 3.48 setiap langganan kerana pengguna sudah membayar bagi pihak beliau.
Di negara kita pengguna Astro boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan. Pertama : Pelanggan yang mampu mendapatkan saluran tambahan, kumpulan ini tidaklah mempersoalkan apa jua caj dan yuran bulanan yang di kenakan kerana mereka sentiasa mengejar kemodenan dan kepuasan, mereka ini tidak menghadapi masalah kewangan, tidak perlu merungut tentang bayaran. Kedua : Kumpulan rakyat yang sederhana, mereka ini inginkan peningkatan diri dalam mencari ilmu dengan menonton rangkaian tertentu seperti saluran sukan atau berita yang tidak dapat didapati di saluran percuma, kumpulan ini adakalanya menghadapi masalah dalam membayar caj perkhidmatan dan kadangkala tertunggak hingga ada yang menamatkan perkhidmatan tetapi syarat denda bulanan sehingga setahun walaupun tidak menerima perkhidmatan adalah suatu yang membebankan kumpulan ini, Astro menekan dan bertindak seperti pihak bank yang sudah mengambil balik kemudahan tetapi peminjam masih perlu menjelaskan bayaran bulanan walau tidak dapat manfaat atas bayarannya. Pihak pengguna terbesar ini sentiasa dalam tekanan dan tidak puas hati. Ketiga :
Kumpulan yang terpaksa melanggan Astro kerana semata- mata saluran percuma tidak dapat menerima saluran memuaskan kecuali melalui Astro, kumpulan ini paling teraniaya, mereka ini sudahlah tidak dapat mengikuti saluran percuma yang memuaskan malahan semakin hari saluran percuma semakin terganggu. Mereka adalah kumpulan yang tinggal di pedalaman dan sempadan negara jiran. Bila mengingatkan kumpulan ini kita mengakui bahawa usul pemuda UMNO Gua Musang bahawa Astro sebenarnya bukan pilihan penduduk luar bandar tetapi mereka dipaksa melanggan untuk siaran yang lebih memuaskan.
Sesuatu yang pelik dan seperti sengaja di lakukan adalah walaupun negara semakin maju tetapi komunikasi semakin teruk, timbul juga persoalan dan kehairanan kepada kita kenapakan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyerahkan dekoder Astro secara percuma kepada penduduk di Ranau Sabah untuk mendapatkan siaran dengan jelas tetapi yang dikatakan percuma itu pula adalah terhad untuk setahun sahaja. Satu pertanyaan yang barangkali tidak mahu dijawab adalah benarkah tuduhan bahawa kerajaan sengaja tidak meningkatkan keupayaan siaran komunikasi radio dan televisyen adalah disebabkan ingin pihak ASTRO terus memainkan peranan monopoli peniaran atas kepentingan bersama.
Saya tidak mahu komen apa-apa, cuma berharap astro dapat juga menyiarkan saluran-saluran tv dari negara Singapura, Brunei dan Indonesia secara langsung(live). Tentu ramai yang berminat!
ReplyDelete