Dalam suhu pemilihan PAS pusat yang masih terasa, banyak suara positif dan negatif atas kemenangan Mohamad Sabu merebut kerusi Timbalan Presiden PAS. Pemilihan tersebut juga menabalkan semua naib presiden adalah golongan profesional dan kita dengan yakin mengatakan sekiranya jawatan Presiden juga dipertaruhkan sudah tentu Hj Hadi juga tersungkur seperti nasib ulama yang menjadi timbalannya, kini Presiden parti sudah tersepit dan berseorangan, setiap tindakannya tidak lagi berfungsi jika tidak mendapat persetujuan timbalan dan naib presiden parti. jadilah beliau hanya presiden simbolik sahaja. Itulah kuasa pemilihan..
Sebenarnya kepimpinan kumpulan ulama masih menjadi pilihan oleh perwakilan muktamar PAS 2011 yang lalu tetapi itulah yang dinamakan korban demokrasi, undi kem ulama adalah masih besar jika dicampur undi Nasaruddin (224) dan Tuan Ibrahim (399) menjadi 623 undi sedangkan undi Mohamad Sabu yang dikatakan kumpulan profesional adalah sebanyak 420 sahaja dan mengikut sifir mudah Mohamad Sabu memenangi dengan majoriti 21 undi mengatasi undi Tuan Ibrahim, bermakna tidak cukup untuk mengakui bahawa kumpulan profesional menjadi pilihan perwakilan PAS tetapi sebaliknya kumpulan ulama akan menang sekiranya hanya seorang yang menawarkan diri untuk jawatan tersebut dan calon yang terbaik adalah Tuan Ibrahim, itulah yang harus diterima oleh kumpulan ulama seperti situasi yang dikatakan dua ekor gajah beradu bermakna pelanduk yang untung.
Jika diterjemah pula kedalam lingkungan dua parti politik Melayu yang sentiasa bertembung iaitu PAS dan UMNO, tidak susah untuk menggambarkan situasi yang sama akan terjadi sekiranya PAS dan UMNO memiliki kekuatan yang hampir sama, berkemungkinan besar parti ketiga akan mendapat kelebihan, parti ketiga adalah parti yang bertanding atas lambang bendera masing- masing iaitu PKR atau DAP dan bukannya komponen BN, hasilnya PAS dan UMNO akan berputih mata kerana kekuatan sendiri.
Berbalik kepada kemenangan Mohamad Sabu, PAS sebenarnya dalam proses mengabaikan penyokong tradisi, penyokong tradisi berkemungkinan akan meninggalkan perjuangan PAS untuk sementara waktu, mereka tidak akan menyertai PKR tetapi mereka akan menyokong UMNO dalam pilihanraya atau sekiranya mereka adalah penyokong tradisi yang berpegang kepada perjuangan PAS yang asal, mereka tidak akan teragak- agak untuk memulaukan pilihanraya.
Di satu sisi lain pula kemenangan Mohamad Sabu akan menarik sokongan pengundi Melayu atas pagar dan penyokong UMNO yang merajuk, juga boleh menarik minat penyokong PKR yang keluar parti untuk terus bersama Pakatan Rakyat tetapi menyertai parti PAS.
Dalam dua keadaan tersebut seharusnya UMNO mesti merasai bahawa mereka mempunyai peratus yang kurang dalam peluang menarik penyokong atas kesan kemenangan Mohamad Sabu. UMNO mesti membina kekuatan yang lain.. kekuatan yang tidak memerlukan sokongan kerana kepimpinan dan dasar parti sahaja. UMNO mesti menggerakkan satu tarikan yang menyeluruh yang akan menambat hati bukan sahaja menyokong UMNO tetapi tetap memilih BN walaupun tidak tertarik dengan UMNO tegasnya komponen BN perlu mengambil kesempatan mendapat sokongan pengundi atas pagar dan bekas penyokong PKR dan DAP yang keluar parti, mereka tidak boleh bersikap melihat UMNO lemah tetapi tidak berusaha menguatkan BN kerana sikap itu bukan semangat setiakawan yang sebenarnya.
Bagi parti PAS pula mereka juga layak berasa gusar kerana tunjang perjuangan berasaskan slogan 'Bersama Kepimpinan Ulamak' tidak lagi tepat, PAS sudah berubah kepada PAS yang baru iaitu 'PAS Untuk Semua'. Ahli PAS yang benar- benar ingin berjuang atas dasar dakwah tidak perlu ragu- ragu lagi untuk meninggalkan perjuangan bersama parti itu, mereka usahlah mengharap pengaruh dewan ulama dalam PAS kerana dewan itu tidak dapat menyumbang kepada keputusan parti pun... sekiranya niat mereka benar- benar ikhlas untuk berdakwah dan bukan kerana nama politik, golongan serpihan ini mesti memilih menyertai YADIM bersama bekas pemimpin mereka Nakhaie Ahmad atau bersama kumpulan tabligh yang bergerak bebas tanpa halangan di seluruh negara malah melangkau ke seluruh dunia, kumpulan ini boleh ditemui di masjid Sri Petaling atau jika ahli yang meninggalkan PAS berada di Kelantan mereka bolehlah ke Kg Dusun Raja pada setiap malam jumaat.
Seluruh kepimpinan dan ahli PAS mesti memikirkan semula sokongan mereka kepada parti, mereka sudah berada di simpang tiga perjuangan, parti mereka terpaksa menempuh salah satu jalan sama ada;
(1) Benar benar menjadi parti politik tanpa mencampur aduk dengan agama dan bangsa seperti GERAKAN.
(2) Menyaingi dan cuba mengambil alih cara politik UMNO dan seterusnya menggantikan UMNO
(3) Menjadi parti yang merudum dan tidak bermaya kerana kehilangan ahli sebagaimana PKR
No comments:
Post a Comment