Untuk mendapatkan sejarah bermulanya hari bapa yang serba lengkap anda bolehlah membaca artikelnya di blog ini
Ayah, Abah, Papa, Apa, Baba, Daddy, Father dan seumpamanya yang kita ketahui merujuk kepada lelaki yang berkongsi hidup bersama ibu, menjaga kita bersama adik- beradik sebagai anaknya adalah orang yang kedua perlu dihormati dan disayangi seiring dengan kasih- sayang seorang anak terhadap ibunya.
Bertuahlah seorang anak yang mempunyai seorang bapa yang bertanggungjawab, seorang bapa yang tidak menyakiti ibu sianak, seorang bapa yang bekerja keras untuk keluarga, seorang bapa yang sentiasa ada bila keluarga menghadapi kesusahan, seorang bapa yang meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki dan paling manis adalah seorang bapa yang akhirnya menitis air mata bila melihat kejayaan anaknya.
Beruntungnya anak- anak dan keluarga mereka yang masih dapat menghadapi hari- hari bersama bapa yang masih sihat, boleh berbual bersama, saling membantu antara ayah dan anak dalam perkara berkaitan pekerjaan dan pelajaran, bapa yang mengamalkan cara hidup sihat kebiasaannya diberikan kekuatan yang tidak akan membebankan anak mereka hingga ke akhir hayatnya.
Masih ada ruang dan peluang untuk seorang anak yang selama ini menghantar bapa ke rumah kebajikan, masih boleh diperbetulkan jika selama ini anak yang berjaya dalam hidup tinggal di mahligai indah dikota besar bersama isteri bergaya untuk pulang ke kampong dan memikirkan pula nasib ayah yang hanya dijaga oleh adik- beradik yang dulunya berkorban masa dan peluang semata- mata memberi keutamaan kepada kita dalam pelajaran.
Seandainya ada bapa yang masih lagi tidak meninggalkan tabiat yang memalukan, berfikirlah bahawa kita adalah bapa yang masih punya pertimbangan untuk memberi nafkah yang halal kepada anak- anak, kita tidak mahu menjadi seorang bapa yang menyumbang kepada statistik rompak.. cabul.. dadah dan seumpamanya.
Seorang bapa tetap menjadi kebangaan seorang anak selagi bapa menjaga keluarga dengan baik, menunjukkan teladan dan sempadan dalam hidup seperti senikata lagu Aris Ariwatan..
Tiga.. lapar dan dahaga, Rela berpayahan setianya ayah....
Ayah menghantar ke sekolah bergunalah ilmu bila dewasaa..
Sempena hari bapa ini, temuilah bapa kita.. bawalah bapa berjalan- jalan sambil berbual- bual. Lebih bermakna lagi jika dapat meluahkan penghargaan yang khusus kepada bapa ataupun belilah sehelai baju batik yang boleh membuat bapa rasa bangga bila dipakai ke pejabat atau berjumpa rakan di kedai kopi. Hargailah bapa sementara masih ada peluang kerana kita tidak tahu adakah tahun depan kita akan sambut hari bapa sekali lagi..
No comments:
Post a Comment