Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 ini yang dianjurkan oleh bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Srenavasan dan digembeleng kuat oleh Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu, tempat yang disediakan adalah Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor Jalan Kg Attap adalah perhimpunan yang benar- benar dirancang untuk meniru perhimpunan rakyat di negara Arab dan Afrika Utara. Teruja dengan kejayaan protes rakyat di negara tersebut membuatkan pihak pembangkang terikut- ikut dengan cara itu. Budaya orang kecewa ini sebenarnya bukanlah langkah yang betul untuk negara aman seperti Malaysia, tambahan pula jika dibandingkan dengan protes di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Bahrain juga Syria ternyata demonstrasi yang dianjurkan kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai bersih ini berbeza sama sekali dengan protes di negara padang pasir yang ingin dijadikan model. Ini kerana di Afrika Utara dan Tanah Arab kebangkitan rakyatnya adalah secara menyeluruh iaitu mahu menukar kerajaan yang diterajui oleh kerajaan yang tidak demokratik dan dikuasai oleh individu dalam masa yang terlalu lama. Walaupun Malaysia terus diperintah oleh Barisan Nasional tetapi Perdana Menteri Malaysia bukanlah orang yang sama tambahan lagi pemerintahan oleh BN adalah secara adil dan melalui pilihanraya, tiada sebab untuk parti pembangkang memilih jalan kekacauan hanya kerana kecewa setelah tidak berjaya memenangi majoriti undi pada setiap kali pilihanraya umum lantas mengilhamkan 'bersih' yang kononnya sebagai singkatan Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil. Mereka yang menganjurkan perhimpunan ini dilihat mengambil kesempatan diatas situasi negara Arab yang dulunya disanjung oleh PAS sebagai jalan pintas untuk menguasai PUTRAJAYA.
Perhimpunan yang menyasarkan 300 ribu penyokong ini sudah berbulan diwawarkan dan menjadi button tag kepada penyokong mereka di dalam profil facebook, setiap hari mereka meniupkan seruan agar berdemonstrasi pada tarikh tersebut. Sungguhpun sentiasa menjadi sindiran, tetapi mereka yang teruja dengan war- war perhimpunan tidak pula terfikir apakah perkataan 'bersih' itu benar- benar menepati cara protes jalanan yang boleh mengundang kekacauan tambahan pula pihak penganjur sendiri sebenarnya tidak dapat membersihkan diri mereka sendiri atas isu- isu yang lepas sama ada diri Ambiga ataupun Mat Sabu sendiri juga rata- rata yang akan menyertai perhimpunan bersih bukanlah kumpulan yang bersih daripada perlakuan yang melanggar perundangan negara dan tata susila rakyat seperti yang pernah ditunjukkan oleh HINDRAF.
Kepada penyokong kerajaan yang semakin gusar khasnya pemuda UMNO, PERKASA dan NGO pro- kerajaan mereka sebenarnya tidak perlu gelabah dan melenting dengan membuat berbagai ugutan dan jangkaan yang merisaukan. Mereka juga mpunyai peluang yang sama dan boleh berbuat demikian sekiranya benar- benar hendak menunjukkan kelebihan menghimpun penyokong masing- masing. Pemuda UMNO yang sentiasa disokong NGO seharusnya bertanya kepada diri sendiri tentang sejauh mana komitmen dan kejayaan mereka dalam penganjuran protes aman di pejabat kerajaan PR seperti perhimpunan gelombang merah di Kota Bharu baru- baru ini ataupun kumpulan ini sekadar ingin publisiti dan membodek pemimpin sedangkan mereka sebenarnya masih lemah dalam memimpin kumpulan anak muda yang benar- benar bersemangat. Sungguhpun PERKASA mungkin berupaya mengadakan perhimpunan yang besar tetapi mereka selalunya tergopoh gapah dan tidak merancang dalam waktu yang tepat yang mana gerakan mereka mestilah diberi masa yang mencukupi untuk membangkitkan semangat besar- besaran dari rakyat.
Sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa inginkan kesejahteraan rakyat, kita suka melihat sekiranya perhimpuana tersebut dikawal rapi, tidak perlu diharamkan terus tetpi rakyat harus bersama- sama memikirkan sejauh mana sambutan rakyat, sekiranya ia benar- benar suara rakyat maka bawalah suara itu ke peti undi PRU 13, dan sekiranya perhimpunan tersebut hanyalah sekadar pertemuan ahli parti dijalanan oleh mereka yang kecewa kita tak perlu ragu- ragu untuk memulau dan membirkan saja kumpulan itu dan berharap satu perhimpunan lagi oleh kumpulan berlawanan bolehlah mula digerakkan. Akhirnya jika kumpulan yang bernama bersih itu mengotorkan diri mereka dengan menganggu dan memusnahkan kemudahan awam rakyat Malaysia mestilah bijak dengan menghancurkan parti yang menyertai mereka juga dalam peti undi PRU 13.
No comments:
Post a Comment