Spekulasi hebat dan tanda- tanda pilihanraya umum semakin deras dirasai oleh pemimpin - pemimpin semua parti politik di Malaysia, Lim Guang Eng sudah membayangkan pilihanraya besar akan berlaku dalam tahun ini, Najib Razak sudah bertindak menemui semua ahli Parlimen BN begitu juga semua teraju parti politik sudah bersedia dengan kelengkapan perang masing- masing. Tidak perlu lagi pemimpin UMNO atau BN merahsiakan bahang pilihanraya ini walaupun Perdana Menteri yang bertanggungjawab menetapkan pembubaran Parlimen itu adalah pemimpin BN, Pakatan Rakyat sebenarnya sentiasa bersiap sedia dan sering memfokuskan kerja besar itu berbanding tanggung jawab kepada kawasan yang diwakili, tambahan pula segala kehendak rakyat itu adalah dibebankan kepada kerajaan yang memerintah dan menteri berkenaan sahaja. Biarpun kerajaan negeri PR sebolehnya akan memperlihatkan jasa mereka kepada rakyat tetapi seperti juga apa-apa yang dilakukan oleh BN dimusim pilihanraya, kerajaan PR akan membuat pilihan kepada projek atau tindakan yang hanya memberi undi kepada mereka sahaja dan tidak segan silu mengabaikan apa yang dikatakan membantu rakyat tanpa mengira musim sebagaimana yang dilakukan oleh BN. Sebenarnya DAP sangat sukar digugat hanya di Pulau Pinang kecuali undi kaum cina berubah, di negeri lain kekuatan BN tidak ada masalah untuk bangkit kecuali di negeri Kelantan. PAS kelantan adalah sepenuhnya dibayangi Nik Aziz, elok Nik Aziz eloklah PAS disana, tetapi sejak kebelakangan ini Nik Aziz terlalu banyak memberi ruang untuk diserang oleh pihak lawan, Nik Aziz kini hanya dijadikan perisai oleh pemimpin PAS dan setiap tindakan mereka ditentukan oleh restu Nik Aziz, dengan keadaan Mursyidul Am yang sudah tidak menepati kehendak ciri- ciri pemimpin Islam, sudah ada tokoh PAS seperti Nik Amar yang sedang galak pusing negeri untuk mencanag diri sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baru. Namun saingan tokoh BN yang bersih dan berkebolehan seperti Mustapha Muhamad akan memberi halangan besar kepada PAS untuk meneruskan kelangsungan kuasa Membangun Bersama Islam. Rekod cemerlang Mustapha Muhamad adalah suatu peluang dan tidak seharusnya di disia-siakan oleh rakyat Kelantan, walaupun Mustapha Muhamad berada dalam UMNO tetapi rakyat Kelantan mestilah melupakan parti politik dan memilih tokoh yang baik sebagaimana Tengku Razaleigh mendapat tempat di Gua Musang biarpun berada dalam parti mana sekalipun. Di kelompok rakyat Kelantan yang mengutamakan rekod dan personaliti individu melampaui sokongan
kepada parti, adalah masa yang terbaik dan sangat bijak jika PRU 13 rakyat kelantan mengundi parti yang diwakili Mustapha Muhamad berbanding lain- lain tokoh di Kelantan. Rata- rata rakyat Kelantan sudah mulai merasa sayang kepada UMNO tetapi belum cukup untuk membenci parti PAS biarpun isu- isu yang memalukan membelenggu kepimpinan Nik Aziz, ini tidak lain adalah kerana UMNO tidak menggunakan kekurangan PAS untuk menyerang dengan berkesan sebagaimana serangan yang dibuat oleh PAS sekiranya mempunyai isu sseumpama.
No comments:
Post a Comment