Kalau Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dapat menceritakan hampir keseluruhan rencah hidup manusia dalam Tiga Abdul, iaitu menceritakan kisah tamak dua orang anak Ismeth Ulam raja yang terpaksa menjual semua hartanya kerana ingin mengekalkan gaya hidup tetapi tidak berapa bijak. Di Kota Bharu Kerajaan PAS mewarisi harta yang boleh dikatakan cukup dibanggakan berbanding Kuala Terengganu atau Kuantan waktu Itu. Antara peninggalan BN yang dapat dilihat dengan jelas adalah kota Darul Naim (yang dikatakan ketik buddha oleh PAS sewaktu pembinaannya), Balai Islam, Masjid Kubang Kerian, Bazar Buluh Kubu, Hotel Perdana dan sebagainya..
Setelah PAS diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri maka bermulalah kempen menghijau dan menidakkan pembangunan fizikal yang dibuat oleh BN. PAS mementingkan pembangunan moral dan agama sehingga hampir tidak membawa pembangunan material. Sehinggalah melepasi penggal pertama pemerintahan. Tetapi bila masuk ke fasa kuasa seterusnya pentadbir mula memikirkan jalan untuk mencari pendapatan kepada negeri, setelah memeras hasil hutan hingga licin PAS tiada pilihan lain untuk mengekalkan kreadibilitinya dalam menguruskan kewangan negeri maka dua orang Abdul pun memainkan peranan.. Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi melantik kontraktor cina sebagai penasihat maka bermulalah episod pembinaan pasar raya yang tumbuh bagai cendawan yang kebanyakannya diuruskan oleh tuan penasihat yang semestinya merekomenkan tauke-tauke cina kepada Abdul Aziz.
Setelah menjual berpuluh- puluh ekar tanah dalam bandar kota Bharu seperti tanah asal Tengku Razaleigh di jalan Hamzah hinggalah sungai milik JPS, mengugut kerajaan pusat untuk royalti Petroleum walaupun kerajaan pusat setuju membayar terus kepada rakyat atas nama wang ehsan dan atas buah fikiran Abdul Ariffahmi yang juga berkepentingan dalam syarikat Sensa Timur episod melelong harta pun bermula didahului dengan penjualan Hotel perdana, hartatanah milik PMBK dan kini pasar lama MPKB juga bakal dibunyikan loceng lelong.. Kita mungkin tidak lupa kata orang tua bila mana anak atau pewaris sudah mula menjual tanah pusaka itulah tanda- tanda mereka akan jatuh miskin dan sama- samalah kita lihat acara lelong persis Ahmad Busro yang sudah berjaya melelong Abdul Ariffahmi yang ditawar beli oleh Haji Hadi.. kita tunggu pula masa lelongan Abdul Aziz pula apakah Husam Musa atau Nik Amar akan membeli.. dan adakah penasihat berjaya menyelamatkannya..

No comments:
Post a Comment