Tuesday, January 11, 2011

"Rumah negeri kecil kita kata abah"


"Rumah negeri kecil kita.. kata abah" memetik kata-kata Azhar Sulaiman dalam filem Sayang Salmah iaitu sebuah filem terbitan Perkasa Filem yang pemiliknya adalah Dato' Muhammad Abdul Ghani iaitu seorang pesara tentera yang berjaya dan bergiat dalam politik, beliau yang berasal dari kelantan adalah yang bertanggungjawab memberi penghormatan kepada Mahadi J. Murat untuk mengarahkan filem yang menggondol anugerah festival filem Asia Pasifik melalui lakonan mantap Sidi Oraza satu masa dulu.
Merujuk kepada dialog hero filem tadi dapatlah disimpulkan bahawa kita rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu memang hidup dalam sebuah negeri yang kecil, orang Melayu tak mungkin punya tanah besar seperti kaum Cina, orang Melayu tiada benua lain sebagaimana kaum India, walaupun mereka mempunyai kerakyatan di negara ini tetapi mereka juga ada saudara- mara dan kerajaan yang besar di luar sana. Segala kepayahan yang di alami sudah tentulah sedikit sebanyak mendapat sokongan daripada tempat asal mereka. Sebagai orang Melayu sudah tentu kita tidak mahu hidup seperti bangsa serumpun kita di negara jiran, kita tidak mahu hidup dengan dibelenggu masalah ekonomi apalagi keadaan huru hara disebabkan ketaksuban kepada sesebuah parti politik yang tidak bertanggungjawab.. sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya marilah kita menolak politik huru- hara.. rindukanlah saat-saat makmur dimana waktu itu kita menjadi warga yang baik, warga yang menjunjung rukun negara.. kita sama sekali tidak pernah bermimpi untuk melihat pergaduhan kaum dan demonstrasi yang ganas..kita juga tidak perlu ragu untuk menolak sesiapa sahaja yang memilih jalan demonstrasi dan kerosakan harta dan jiwa walaupun bertujuan menaikkan seorang tokoh Melayu...

No comments:

Post a Comment