Pilih bulu dalam merebut peluang pendidikan sudah menjadi rahsia umum, tidak mustahil suatu masa akan berlaku penentangan dan protes yang meluas oleh masyarakat terhadap kementerian dan Jabatan yang bertanggungjawab. Bila saja keputusan peperiksaan diumumkan sudah ada perancangan untuk penempatan pelajar, bermula dengan Pihak kementerian, Jabatan, jawatankuasa pemilihan hinggalah pendaftar dan tenaga pengajar sudah menyediakan senarai nama anak, anak saudara, sepupu dan rakan untuk mengisi pusat pengajian atau sekolah yang terbaik. Malanglah bagi mereka yang tidak mempunyai 'kabel' atau kenalan dikalangan orang penting yang mampu mempengaruhi penempatan anak- anak mereka. Terdetik juga di fikiran bahawa hilanglah ketelusan dan keadilan, semua jadi tamak dan angkuh bila perancangan berjaya walaupun masih ramai pemohon yang lebih layak. Peluang pelajar luar bandar barangkali boleh dipertikaikan, kegiatan luar bilik darjah hanya dilihat sebelah mata juga kemampuan keluarga tidak lagi menjadi pilihan utama dalam menentukan kelayakan pemohon. Sebagai orang Islam yang seharusnya berusaha dan bersaing secara sihat mengikut ketetapan dan pasrah, tidakkah kita terfikir jika ada seorang pemohon yang terpaksa dikecualikan untuk mengisi calon kita sedangkan pada masa yang sama saingan pilihan kita lebih layak tetapi terpaksa dikeluarkan untuk memenuhi hasrat kita. Tidakkah terfikir bahawa apa yang kita lakukan boleh menutup peluang seorang anak petani miskin yang bersungguh- sungguh belajar dalam serba kekurangan atau anak yatim yang kesedihan dan doanya terus naik ke arasy tanpa hijab, adakah berkat ilmu yang ditimba oleh calon kita sekiranya diberi peluang dengan cara demikian. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi saya yakin mereka yang tidak bersetuju itu adalah mereka yang terlibat dalam apa yang saya maksudkan sebagai "penyelewengan peluang pelajaran" Dalam hal ini tidaklah kita menujukan kepada orang kerajaan atau penyokong BN sahaja. Para ustaz dan lebai yang menampilkan sebagai penyokong PAS juga tidak terkecuali walaupun dalam perebutan tempat ke sekolah agama terpilih.. dalam hal ini sikap dan keikhlasan diri adalah ukuran yang hanya diri sendiri dan tuhan sahaja yang tahu..
No comments:
Post a Comment