Membaca akhbar di awal tahun baru pada Rabu 5/1/2011 antara yang dapat diringkaskan dan dibuat tafsiran mudah adalah...
Perbalahan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan dengan pucuk pimpinan PKR, sesuatu yang amat sukar diramal kerana sebelum ini Gobalakrisnan amat digemari oleh PR untuk menjadi ayam jaguh di pentas ceramah dan menjadi salah seorang penceramah yang digemari oleh PAS untuk dibawa ke pentas masjid. Gara- gara menyerang Azmin Ali menyebabkan dia juga dikaitkan menentang Anwar Ibrahim. suatu keadaan yang kerap diamalkan oleh BN terutama UMNO tetapi amat sukar diambil tindakan oleh pihak pengurusan parti sekirannya ia hanya melibatkan serangan peribadi sahaja. Setelah seorang demi seorang ahli parti yang awal berjuang bersama Anwar Ibrahim mengambil langkah mengundur diri, N. Gobalakrisnan juga dilihat akan menempatkan diri bersama rakan bebas sebelum PRU 13 diadakan. Tidak sukar membaca niat N.Gobalakrisnan yang dilihat meraih perihatin, populariti dan memancing pihak yang boleh memenangkannya dalam pilihanraya yang semakin hampir.
Persetujuan calon Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi oleh Sultan Selangor menjadi satu lagi siri kemarahan yang baru oleh Khalid Ibrahim selepas tertekan dengan isu bekalan air. Khalid Ibrahim yang berada pada kedudukan paling tinggi dalam kerajaan Selangor sudah tentu tidak berpuas hati dengan adanya seorang individu yang mengatasi dirinya tetapi barangkali Khalid Ibrahim lupa bahawa perlembagaan menetapkan malaysia berfungsi berlandaskan komponen Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif yang berada di bawah YDP Agong dan Sultan, Raja atau Yam Tuan Besar bagi negeri Melayu. juga sedikit perbezaan antara negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu dan Negeri dibawah Tuan Yang Terutama. Sama ada komen Adun Seri Muda diblognya benar- benar berniat mencabar sultan atau ianya dimanipulasi oleh pihak lawan tidaklah menjadi isu jika sekirannya Adun tersebut akur dengan apa- apa yang telah terikat dengan perlembagaan Dalam hal ini Speaker Dun Selangor mestilah memainkan peranan yang betul.
Sesuatu yang baru dan janggal berlaku adalah bila Nik Aziz memberi kenyataan dengan membaca teks ketika ditanya oleh wartawan tentang pertemuannya dengan Najib Razak di Istana Terengganu, Kuala Lumpur. Walau bagaimana pun , MB yang selama ini bebas berucap dan memberikan komen mengikut pandangan kaca matanya sahaja kelihatan berpuas hati dan selari dengan kehendak Presiden dan Setiausahanya yang juga ada bersama.
Yang terkini adalah langkah kerajaan menaikkan harga petrol kepada pengguna di saat isu minyak masak hilang di pasaran dalam negara. Serangan bertalu- talu disinonimkan dengan BN= Barang Naik lebih melekat dipandangan ramai daripada BN = Gaji Naik / Subsidi banyak dan sebagainya yang menyebelahi rakyat...
No comments:
Post a Comment