Tuesday, August 9, 2011

Rusuhan London.. ingatan kepada penganjur membenci kerajaan.


Rusuhan di utara London, Nottingham hari ini merebak pula ke Liverpool, Birmingham dan Bristol rusuhan yang berpunca daripada kematian seorang pemuda dalam kejadian tembak- menembak dengan pihak polis ini dijangka akan berterusan lagi sementara beribu- ribu anggota keselamatan berjaga- jaga di seluruh kota yang berpotensi menjadi kacau.
Dalam rusuhan di London itu seorang rakyat Malaysia cedera dan dirompak, keadaan inilah yang boleh berlaku sekiranya kekacauan tidak terkawal. Premis perniagaan dan kenderaan dibakar, dirosak juga dirompak secara berleluasa. Kegiatan menjarah yang tidak terkawal itu berlarutan hingga ke pagi.. tidak mampu ditegah.
Sebagai sebuah masyarakat yang selesa dengan keamanan, negara kita masih bernasib baik kerana pihak yang menganjurkan demonstrasi kearah kekacauan belum lagi berjaya menjadi seperti bangsa Inggris. Dengan menggunakan isu kematian Teoh Beng Hock, Altantuya Saariibuu mahupun kematian tahanan dalam lokap pembangkang masih kalah dengan kecekapan PDRM dan rasionalisasi majoriti masyarakat Malaysia.
Ingatan kepada parti yang mewakili kaum cina khasnya adalah jangan galak menjadi batu api atau menyokong pembangkang dalam agenda memalukan pemerintah. Kaum cina mestilah berfikir atas apa yang berlaku kepada premis perniagaan mereka, janganlah kerana hendak melihat peralihan kepimpinan mereka turut terjerumus kepada kerosakan harta benda sendiri.
Didalam siri penganjuran demonstrasi jalanan yang disokong kuat oleh Pakatan Rakyat masih belum ada tunjuk perasaan yang menyebabkan kerosakan yang serius. Mungkin demonstrasi pertama selepas Anwar Ibrahim digugurkan daripada semua jawatan dalam kerajaan pada 1998 dulu yang benar- benar boleh dikatakan lebih berkesan, tetapi ia sebenarnya digerakkan oleh penyokong UMNO yang bertuankan Anwar Ibrahim ia bukan asli oleh parti pembangkang.
Di negara kita sebenarnya orang melayu UMNO sahaja yang berupaya membuat kacau dalam negara dengan berjaya oleh itu pihak pembangkang seharusnya beringat- ingat dengan kemarahan ahli UMNO, PAS dan rakan pakatan jangan cuba- cuba bermain api dengan orang UMNO kerana ahli UMNO boleh berbuat apa saja dengan kekuatan 3 juta ahlinya.

No comments:

Post a Comment