Zaid Ibrahim akan mengumpul penggemarnya sendiri, sebagai seorang yang pernah mempunyai firma guaman yang terbesar di Malaysia Zaid Ibrahim & Co yang sehingga kini kita tidak ketahui sama ada masih adakah kepentingan beliau dalam firma itu selepas perletakan jawatan beliau kerana menerima jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa era Abdullah Ahmad Badawi. Sebagai seorang peguam yang berjaya meletakkan kariernya menjadi satu perniagaan besar ke peringkat antarabangsa Zaid Ibrahim walau dicampak ke mana sekalipun mentalitinya sebagai seorang peguam untuk mencari kebenaran dan membongkar perihal pihak yang tidak menepati kehendak amalan guamannya pasti akan menerima padah walaupun bosnya sendiri.
Kerana pembawaannya itulah yang membuatkan Zaid Ibrahim tidak boleh menjadi seorang menteri yang akan sentiasa menyebelahi kerajaan yang diwakilinya. Zaid Ibrahim juga tidak mampu untuk sentiasa membangkang pihak lawan walaupun untuk tujuan kemenangan parti. Zaid Ibrahim tetap seorang peguam yang boleh menjadi peguamcara dan peguambela kepada mana- mana pihak kerana itulah Zaib Ibrahim memilih jalan yang disenanginya iaitu meletak jawatan dari kerajaan dan akhirnya meninggalkan parti pembangkang yang gagal menepati kepuasan hatinya.
Hari ini Zaid Ibrahim adalah Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dulunya dikenali sebagai AKIM. Zaid Ibrahim kini bebas menyatakan dan menghentam sesiapa sahaja kerana beliau sudah berpengalaman bersama Kerajaan dan sudah merasai berjuang bersama pembangkang, Kebelakangan ini setiap kenyataan Zaid Ibrahim kerap kali dianggap menyebelahi kerajaan dan ada tanggapan bahawa Zaid Ibrahim ingin kembali semula bersama BN, jika di ambil kira peluang dan jawatan Menteri yang pernah ditinggalkan beliau hanya semata- mata menegakkan pendirian dalam kes- kes yang tidak memihak kepada kerajaan dan kedudukannya, kita boleh membuat andaian Zaid Ibrahim sudah pun mendapat apa yang menjadi matlamat orang politik, jadi zaid ibrahim tak mungkin ingin kembali bergerak dari bawah semula kalau pun beliau benar- benar ingin kembali kepada BN. Begitu juga kedudukannya sebagai salah seorang pemimpin tinggi dalam PKR suatu masa dulu sudah memadai untuk beliau berangan menjadi menteri kabinet sekiranya Anwar Ibrahim berjaya dalam misinya merampas kerusi Perdana Menteri.
Dalam bergbagai isu yang diajukan kepada beliau, rakyat bolehlah menilai kebaikan dan keburukan BN dan PR dalam kata- katanya yang sebenarnya berterus -terang, nilailah pihak mana yang cenderung mendapat ulasan yang lebih baik maka pihak itulah yang sebenarnya harus diundi oleh rakyat.
Walaupun begitu Zaid Ibrahim sebenarnya sedang mengumpulkan kekuatannya bersama parti KITA, jika beliau boleh menarik khalayak yang ingin mencari parti alternatif maka parti KITA akan menjadi pilihan. Jika Zaid Ibrahim mendapat tempat semula di dalam Parlimen ia diharap boleh memberi kebaikan kepada rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh wakil parti bebas yang bertanding atas tiket PAS iaitu Ibrahim Ali bersama rakan- rakan dalam konsesus bebas yang lain.
Sebagai kesimpulannya.. kita tidak malu untuk mengatakan Zaid Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada wakil parti yang tidak bersungguh- sungguh dalam perkhidmatan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment