Saturday, August 27, 2011

Pemuda mesti bersama KJ

Khairi Jamaluddin (KJ), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO / BN Malaysia kini sedang bersungguh- sungguh membina semula populariti dan kepimpinan beliau di kalangan pemuda seperti mana kemasyuran dan pengaruh besarnya di zaman bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dulu. KJ telah menemui semula rentaknya apabila sudah selalu kerap merempuh asakan lawan merapati semula barisan pemuda negeri terutama di bulan ramadhan yang mana info pergerakan programnya sentiasa dihebahkan di dalam SMS kepada semua jawatankuasa pergerakan pemuda di seluruh negara.
Gerak kerja yang mula agresif terutama bila hampir kepada pilihanraya umum mengingatkan kita betapa gelombang KJ yang pernah menenggelamkan ketuanya Hishamuddin Hussin satu masa dulu ingin digerakkan semula dan ia sepatutnya mendapat sokongan semua pemuda UMNO / BN tanpa mengira mereka adalah penyokong Team Pemuda Berani Berubah atau Team Pemuda Berani, semua perlu akur bahawa Team Setiakawan mendapat sokongan majoriti perwakilan pemuda tidak kira walau dengan apa cara pun, perwakilan telah membuat pendirian jangan lagi diusul dan dibangkitkan.
Kemenangan KJ dalam pertarungan tiga segi sebenarnya amat menarik dan penuh hikmah.. pemuda kena akur bahawa di antara Tiga orang yang mencuba nasib untuk menjadi Ketua pemuda UMNO Malaysia, Allah telah memberi kemenangan kepada calon terbaik yang kini kita mungkin sudah mula dapat menikmati apa yang dinamakan perancangan Allah itu lebih baik daripada perkiraan manusia.
Sebelum hari pemilihan pucuk pimpinan pemuda awal- awal lagi Khir Toyo sudah menegaskan bahawa beliau tidak akan memegang apa- apa jawatan dalam kabinet sekiranya dipilih menerajui pemuda begitu juga dengan Mukhriz Mahadhir yang juga tidak meminta jawatan kabinet, waktu itu hanya KJ yang tidak menyatakan keenganannya menerima jawatan kabinet.
Hari ini Khir Toyo berhadapan dengan kes mahkamah dalam skandal pembelian banglonya yang dipertikaikan. Untuk berhadapan dengan pendakwaan khir Toyo telah memulangkan anugerah yang dikurniakan oleh Sultan Selangor sementara kesnya selesai, apa akan jadi sekiranya hari ini Khir Toyo menjadi ketua pemuda sudah tentu ia akan meranapkan terus imej pemuda di mata rakya dan menjadi ejekan oleh pihak lawan, tentu Khir Toyo tidak dapat menerajui pemuda dengan senang, mungkin beliau akan juga mengundur diri sementara daripada mengetuai pemuda.
Dan sekiranya pula Mukriz mahadir dapat undian yang memenangkan beliau menjadi ketua pemuda, hari ini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi adalah orang yang bebeza, beliau juga dilihat tidak mampu menjadi agresif seperti pengikut KJ, beliau hanya akan membawa pandangan pemuda dengan gaya sederhana dan berhemah suatu cara yang tidak cukup untuk berdepan dengan Pemuda PKR yang keras. Mukhriz adalah pemimpin yang lebih matang dan kedewasaan ini menyebabkan beliau akan kedepan meninggalkan kebanyakan golongan pemuda yang masih berdarah panas dan leka melawan provokasi lawan mereka.
Sebagai seorang Islam dan bangsa Melayu yang pantang derhaka, berilah peluang kepada KJ yang dipaksakan untuk bergerak diluar kabinet tanpa sokongan jentera kerajaan itu. KJ sudah puas menangis setelah perancangannya di tingkat empat rupa- rupanya tidak tepat dan tidak digemari rakan- rakan kepimpinan UMNO. KJ sudah merasai kehancuran karier bapa mertuanya kerana tindak tanduk beliau. KJ telah terpukul dalam waktu yang lama sebelum boleh berdandan semula dan membuka mulut mewakili parlimen Rembau.
Cukuplah hukuman yang dipaksakan kepada beliau, beliau kini hanya bergerak ke arah pilihanraya, beri sokongan semula kepada beliau walau terpaksa atas nama jawatan Ketua pemuda dan bukannya sebagai KJ. Biarpun masih ramai yang tidak menyenangi cara berpolitik KJ yang mirip kaedah Anwar Ibrahim tetapi mungkin itu cara berkesan untuk menyekat Anwar Ibrahim. Pemuda juga mesti menerima KJ atas nama anugerah dan takdir bahawa pemimpin itu adalah bersesuaian pada zamannya maka sokonglah KJ kerana sekarang adalah zamannya.

No comments:

Post a Comment