Media tempatan Norway menamakan pelaku yang dikatakan menyebabkan malapetaka dahsyat di Oslo sebagai Anders Behring Breivik 32 tahun. Lelaki yang dikatakan ingin melancarkan revolusi di negara itu yang juga mengakui sebagai seorang anti- Islam melepaskan tembakan selama 30 minit membunuh 85 orang belia yang menyertai perkhemahan anjuran Parti Buruh manakala bom yang diletupkannya di depan pejabat perdana menteri pula membunuh 7 orang dan menyebabkan kerosakan yang teruk dengan menyaksikan dokumen serta perkakas pejabat Perdana Menteri Jens Stoltenberg bertaburan di jalan raya. Tindakan nekad dan terancang oleh penyerang solo itu melegakan masyarakat Islam seluruh dunia yang kemungkinan akan dikaitkan dengan pelampau Islam sekiranya tangkapan suspek melibatkan penganut Islam. Tragedi yang mengejutkan dunia itu juga menyebabkan Norway yang selama ini terkenal dengan negara paling aman dan dipilih sebagai negara mendapat undian tinggi sebagai tempat untuk didiamai di dunia merosot teruk.
Malaysia pula telah melonjak ke tangga 19 dalam Indeks Keamanan Global 2011, laporan yang dikeluarkan oleh sebuah badan antarabangsa berpangkalan di Sydney, Australia itu pada tahun 2007 Malaysia di senaraikan di tangga ke 37 manakala pada 2008 di tangga ke 38. Pengiktirafan yang tidak begitu digemari oleh pengacau negara juga mengakui Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-4 di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Matlamat Malaysia untuk berada bersama 10 negara paling selamat dalam tempoh beberapa tahun lagi dijangka akan menjadi kenyataan dengan sokongan dan kerjasama semua rakyat.
Usaha untuk mejadi negara aman untuk didiami dan tumpuan pengunjung banyak terletak kepada kejayaan pasukan polis membanteras jenayah dan kekacauan. Pihak berkuasa tempatan, rukun tetangga juga peranan belia adalah antara pihak yang paling besar mempengaruhi statistik keamanan negara, tetapi kunci kepada keseluruhan kejayaan mutlak adalah politik dan parti politik di Malaysia. Tangga ke 19 daripada 158 buah negara di dunia mungkin berubah lebih baik sekiranya peristiwa di Norway di ambil kira, kemungkinan juga Malaysia boleh jatuh ke tangga sedikit ke bawah jika perhimpunan yang melumpuhkan Kuala Lumpur mempengaruhi atau dikira dalam rekod keamanan global yang lalu. Pihak yang berhajat untuk membuat kacau atau teringin menjayakan reformasi, demonstrasi juga revolusi di seluruh negara mestilah insaf dengan impak yang sangat tidak baik untuk semua.
Utamakan negara daripada kepentingan kumpulan sendiri, Janganlah mengorbankan pandangan dunia hanya untuk mengganti pemerintahan negara gunalah pendekatan yang disediakan dalam pilihanraya sekiranya merasa ada orang lain lebih baik daripada pihak sekarang tetapi sebelum membuat perubahan yang penting. Jangan pula lupa akan pepatah rakyat yang mengatakan “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran” atau pepatah Melayu yang kerap terjadi iaitu “Mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan”. Fikir untuk jemaah, fikir fardu kifayah kerana kata pujangga fikiran itu pelita hati.

No comments:
Post a Comment