Semalam saya berkunjung ke rumah jiran berbangsa Cina yang sememangnya sudah dikenali, rakan itu juga adalah rakan arwah ayah. Jiran sekampung yang berlainan bangsa dan agama itu boleh berbincang apa saja walaupun kunjungan saya selepas maghrib yang tentunya berpelikat dan berkopiah namun ia tidak sedikitpun membuatkan tuan rumah berasa janggal begitu juga saya sendiri tak rasa kekok walaupun gambar buddha besar ada di dinding depan kami.
Dalam perbualan itu bermacam perkara kami berbincang dari hal politik hinggallah kepada keluarga. Seperti juga orang Melayu, orang Cina tetap punya perasaan dan keikhlasan memberi pendapat tentang pemimpin tempatan juga mengingatkan tentang bahaya daripada sebilangan kaum cina yang berpura- pura dalam memberi sokongan kepada pemimpin Melayu.
Sebelum minta diri untuk pulang saya bertanyakan perkembangan anak -anaknya. Rakan Cina yang saya panggil Pak Cik Lah itu dengan bangga berkata salah seorang anaknya yang dua tahun berada Riyadh, Arab Saudi bekerja sebagai jururawat di Hospital Raja Fahad akan pulang dan akan bekerja di tanah air. Apa yang membuat saya turut rasa lega adalah bila dikatakan bahawa anak perempuannya sudah melangsaikan hutang PTPTN, kereta dan membuat bayaran permulaan pembelian rumah. Sungguhpun begitu rakan yang kini sebagai pesara Pos Malaysia rasa bersyukur kerana anak perempuannya sudah melangsaikan hutang PTPTN, kereta dan membuat bayaran permulaan pembelian rumah.
Sebelum masuk ke kereta saya sempat memuji rakan itu kerana mempunyai anak bertanggungjawab dan menyenangkan hidupnya diusia bersara, beliau juga menyatakan kesyukurannya kerana anaknya sanggup meninggalkan gaji tiga belas ribu sebulan di negara minyak dan memilih untuk kembali bekerja di Hospital dalam negara disamping menyatakan rasa selamat dan mesra kerana mempunyai jiran berlainan bangsa yang sudi bertanya khabar.
No comments:
Post a Comment