NEW YORK 18 Julai — Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita.
Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.
Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.
Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertinggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).
Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13. - Bernama
Fakta kajian diatas seperti tidak dapat ditolak.. walaupun kajian dalam bentuk dan apa cara sekalipun masih boleh diperdebatkan namun bila dinyatakan India menduduki senarai teratas ia adalah munasabah. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup bersama kaum India kita tidak asing dengan tingkah dan cara hidup mereka tambahan pula filem dari Bollywood yang selalunya memaparkan tekanan dan penderitaan kaum wanita di India lebih- lebih lagi jika ia berada di kelompok kasta yang rendah. Kita juga tidak berasa pelik bila sesebuah filem dari India mengisahkan penganiayaan dan pembunuhan di kalangan wanita kampung dan gelandangan.
Di dalam berita luar negara juga kita sering didedahkan dengan kes penderaan wanita di wilayah kurang maju dalam pembelaan kepada wanita seperti Uttar Pradesh. Biarpun India menduduki tempat pertama dalam kes tekanan perasaan wanita, barangkali negara lain di Afrika juga mengalami hal yang sama begitu juga dengan negara Islam seperti Afghanistan, Pakistan juga Bangladesh kita masih mendengar kes- kes pembunuhan maruah seperti membunuh ahli keluarga yang dianggap mencemar maruah atau berkahwin dengan orang yang tidak direstui keluarga.
Di Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain tekanan kepada kaum wanita tidak banyak berbeza ia biasanya berkaitan dengan hal yang hampir sama seperti peluang pekerjaan, tangga gaji, layanan di tempat kerja, pandangan masyarakat, kebebasan bersosial dan berbagai lagi yang berkaitan dengan tradisi dan agama kerana itulah kedudukan Malaysia adalah di tangga ke 16 manakala Thailand ke 15 diantara 20 buah negara yang dibanci oleh Nielsen. Satu persoalan yang bolehlahlah dikatakan kekaguman adalah tentang satu nama yang menggegarkan politik dan persepsi kepada negara adalah Ambiga, beliau seorang yang berbangsa India yang bangkit membuat bantahan tentang tidak puas hatinya kepada sistem pilihanraya negara. Adakah kita boleh simpulkan beliau juga adalah wanita yang mengalami tekanan perasaan seperti kaum kerabatnya yang lain di tanah besar India.

No comments:
Post a Comment