Sunday, January 30, 2011

Sawadi kapp...

Berada di tengah kelompok orang Melayu Islam tidak banyak menguggat anutan, kepercayaan dan identiti bangsa Thai atau Siam di negeri Kelantan, walaupun seringkali teraju kerajaan negeri mewawarkan dakwah kepada orang bukan Islam di kelantan tapi pada realitinya ia seakan lebih kepada sebaliknya. Ini kerana kejayaan membina sebuah masjid senibina biara china di Rantau Panjang jauh sekali di belakang kemeriahan pembinaan tempat ibadat penganut agama ciptaan.
Waktu berkesempatan mengikut kumpulan Penyelaras Dun Perupok berkunjung ke rumah masyarakat Thai yang terdiri daripada orang tua dan kurang upaya ia telah memberi ruang untuk saya melihat masyarakat yang paling santun di dunia timur. Perjalanan bermula di depan tokpekong berdiri tertinggi di Kelantan yang dikelilingi patung naga yang melingkari seluruh komplek pengikut Gautama Buddha itu.

Bila mendongak melihat patung gergasi megah menyisir langit ia menimbulkan rasa terpegun dengan kesungguhan masyarakat Thai yang lebih kurang 500 keluarga disekitarnya. Tempat penyembahan ini menjadi tumpuan pelancong dan berguru penganut mereka dari seluruh negara. Barangkali inilah juga yang menjadi kebangaan dan inspirasi kepada kerajaan Kelantan untuk memberi sokongan kepada pembinaannya diserata negeri. Kesempatan bertemu orang- orang tua bangsa Thai yang menyambut dengan sopan sambil membongkok menyambut kedatangan kami penuh mesra menjadikan kami tidak kekok apatah lagi dengan penampilan Dato Penyelaras dun yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bachok telah memberi keyakinan bahawa kelompok ini begitu menghormati tetamu sekalipun saya difahamkan Dato Penyelaras Dun sentiasa memakai baju Melayu berkopiah lengkap berkain pelikat setiap kali melawat kawasan tak kira walau bertemu siapa sekalipun. Imej pakaian ibadat Melayu Islam Kelantan ini tidak sedikit pun menimbulkan rasa janggal antara tuan rumah dan tetamu tambahan pula Dato Penyelaras / Ketua Pemuda dapat bertutur sedikit sebanyak bahasa Thai. Melihat persekitaran rumah lama komuniti ini lebih mendamaikan mata kerana rumah mereka bersih, kemas dan tidak banyak perabot. Disamping setiap rumah ada ruangan pelantar terbuka sebagai tempat mengambil angin sambil makan sirih, kebanyakan didepan rumah mereka ada kolam atau pasu yang ditanam bunga teratai. Setelah setengah hari berada di Kampung Balai

saya dihubungi oleh seorang kenalan dan kami bertemu di Restoran New Horizon Kota Bharu, kenalan saya ini sudah tidak lagi bersama parti UMNO tetapi dia secara peribadi memberi jaminan akan membantu BN secara senyap, ini tidak lain kerana janjinya kepada Menteri Besar untuk bersetuju menderma rm1 juta untuk tujuan pilihanraya setelah permohonan untuk mendapat pajakan kawasan hutan untuk tujuan perlombongan di Jeli seluas 300 hektar diluluskan. Kelulusan kenalan saya diperolehi selepas memujuk mursyidul am itu sambil berurut dan ditemani oleh ayah angkatnya. Mendiang ayah angkat kenalan saya itu juga bekas penghulu kaum Siam yang kebetulan juga dari Kampung Balai, Perupok. Selepas bercerita tentang keakraban hubungan Menteri besar dengan mendiang bapa angkatnya, kenalan baru saya itu lantas membawa saya berjumpa seorang peguam untuk meminta pandangan dalam urusan menjual tanah lombongnya kepada pembeli dari Australia.. sebelum pulang saya teringkatkan kisah ''Anna And The King" kisah kepintaran Raja Chulalongkorn mengekalkan kemerdekaan bangsanya dan mampu menyesuaikan diri walau bergaul dengan bangsa apa pun.


No comments:

Post a Comment