'Dari Jemapoh ke Manchester' adalah buah tangan Hishamuddin Rais yang sampai sekarang belum ditayangkan kepada umum, walaupun pernah bersua dengan beliau pada pratonton filem Melayu di Finas pada tahun-tahun 90an dulu tetapi tidak pernah pula menonton masterpiecenya itu. Mempunyai paras yang berjambang bertopi cendawan dan kelihatan kasar tetapi aktivis reformis Universiti Malaya era 70an ini sebenarnya kaya dengan senyuman sinis. Membaca tulisan beliau dalam wadah Keadilan dalam kolum 'Dari Brickfields' sedikit sebanyak dapat dikatakan bahawa lelaki berhati keras ini masih terperangkap dalam masa silam zaman kegemilangannya melaungkan falsafah dan perjuangan ala hippies bersama Anwar Ibrahim. Hishamuddin Rais juga masih belum menemui ketenangan dijiwanya dan kita dapat simpulkan orang seperti beliau tidak akan tenang sampai bila-bila kerana beliau sentiasa menempatkan dirinya di kelompok penentang walau dimana pun berada. Dalam usia sedang mencari identiti, Hishamuddin Rais menempuh zaman yang malang berbanding rakannya Anwar Ibrahim dan membawa diri ke Eropah untuk mengelakkan dikenakan tindakan oleh kerajaan Malaysia sekaligus membawa bersama fahaman hampir komunisnya. Beliau secara terang- terangan pernah memberi ucapan mencemuh pihak Istana dan keistimewaan yang dimiliki oleh Sultan dan Raja Melayu, Hishamuddin Rais sebolehnya ingin melihat Sultan menjadi sebagaimana Raja dan sultan di India yang mesti bekerja seperti rakyat biasa untuk hidup. Hishamuddin Rais memiliki ego yang besar dan tidak tunduk atau menghormati sesiapa pun tanpa sebab yang disenanginya walaupun orang tersebut dari Istana bahkan Dr Mahathir sendiri yang mengusahakan kepulangannya semula ke tanah air, Hishamuddin Rais belum dapat melupakan tindakan Dr Mahathir sewaktu jadi menteri dan kenakan ISA terhadapnya di zaman suara mahasiswa terlalu lantang tidak terkawal. Hishamuddin Rais tetap menjadi duri dalam daging walau kerajaan mana pun beliau berada kerana beliau berpendirian dan sentiasa berada dalam dunia dan pemikirannya sahaja.
Khamis, 30 Disember 2010
Selasa, 28 Disember 2010
Anwar Ibrahim punya Gelora Bung Karno.
Dalam waktu kebanyakan rakyat yang sebahagian besarnya menumpu perhatian kepada perlawanan akhir AFF Suzuki Cup di Jakarta, kita juga harus bertanya di manakah Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai seorang reformis dan pakar pembakar semangat berada pada malam penentuan sukan paling popular berlangsung. Umumnya sudah maklum bahawa semangat kebangsaan rakyat Indonesia memang luar biasa, dalam apa lapangan sekalipun sekirannya melibatkan Sang Saka Merah Putih sudah tentu rakyatnya cukup taksub sekalipun dalam lapangan yang tidak memerlukan kekerasan. Stadium Gelora Bung Karno bakal menyaksikan lautan merah putih akan menggegar stadium yang berusia 40 tahun itu. Pada perlawanan akhir pertama yang lalu kita dapat menyaksikan begitu ramai imigrasi dari seberang yang masuk ke Stadium nasional kita, keadaan ini tidak akan berlaku untuk rakyat Malaysia di Stadium nasional mereka.. Suatu budaya kekampungan yang masih berlaku di stadium adalah masih kelihatan bendera parti dan simbol kumpulan tertentu yang berkibar dan menimbulkan rasa tidak senang kepada yang tidak sealiran, segelintir penonton keliru itu dipercayai dari pantai timur semenanjung, ciri- ciri peminat seperti ini lebih ramai bilangannya di Republik itu nanti. Kita juga Gerun dan gawat bila membayangkan kekecohan pada hari penjualan tiket yang diserbu oleh 2 juta peminat sepak bola yang terlalu ghairah untuk melihat pelawat diganyang di stadium usang itu, tambahan pula lawan akhir adalah Malaysia yang sering dilihat tidak menghormati abang kandungnya dalam isu kedaulatan wilayah. Semangat kebangsaan di Indonesia adalah faktor yang paling utama dan membawa kejayaan dalam pembentukan negara kepulauan terbesar dunia itu. Berbangkit dari itulah tokoh politik tegar dan kontroversi Anwar Ibrahim sering merujuk dan mengadu akan masalah yang menimpa nasib dirinya. Mantan presiden Gus Dur terang- terangan memberi sokongan moral kepadanya pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, struktur parti PKR juga mengadaptasi struktur partai politik dari Indonesia iaitu dengan namakan cabang, ranting juga jawatan ketua umum malahan Anwar Ibrahim juga lebih senang berjumpa dengan Ahli Perwakilan / Permesyuaratan di Indonesia daripada menumpukan kepada persidangan Parlimen Malaysia. Kunjungan Anwar Ibrahim ke negara serumpun itu boleh dikatakan terlalu kerap dan punya agenda sendiri, seorang pemimpin rakyat seharusnya tidak menyemarakan perasaan anti tanah air sekalipun beliau terlalu ingin menjadi Perdana Menteri. Anwar juga harus ingat betapa hebatnya Bung Karno tetapi kerana terlalu taksub kepada api keberanian, lemas dalam puji- pujian pemimpin negara luar, mengabaikan pertimbangan dan nasihat rakan seperjuangan akhirnya ia diturunkan juga oleh Jeneral Suharto waktu itu.
Isnin, 5 April 2010
"Penawar Duka Tentu Gembiraa.."

"Cik..cik..cik..Bung..Bung..Bung..Bung bunyi lagu.." Diawal gossip Bung dan zizie dulu kita dah cuba bayangkan perjalanan karier Bung sebagai Ahli Parlimen. Kita cuba memujuk hati bahawa Bung adalah seorang yang tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa pun, Bung punyai pendirian dan selalu berjaya dengan setiap apa yang ingin dihamburkan di Parlimen. Kita cuba memujuk hati agar Bung tidak mengikut jejak Azmi Khalid dan Afendi Norwawi yang kedua mereka mengucapkan selamat tinggal kepada perjuangan politik kerana dibuai oleh pasangan selebriti masing-masing.. Tulisan kita yang pertama dulu adalah kerana sayang dan masih memerlukan jenaka pedas dan lemak dari Kinabatangan.... Barangkali rakan politik beliau tidak lagi iri hati dengan isteri gebunya tetapi rakan politik yang pernah bersama mengorat si aktres itu dulu sudah meluat melihat gelagak beliau yang sedikit sebanyak telah mencemar imej ahli politik sebenar.. Bung gagal membawa imej Zizie Izzette sebagai isteri orang politik yang santun, walaupun mungkin budaya Sabah tidaklah terlalu konservatif dalam hal penampilan tetapi rakan- rakan politik tidak sanggup terus mempertahankan sesuatu yang boleh menjadi isu.. Dalam persimpangan antara sayangkan pemimpin atau sayangkan nama baik parti, kita percaya BN tidak akan kehilangan jika selepas ini Bung Mokhtar Radin tidak lagi mempertahankan kerusi Parlimennya dan berharap beliau akan menjadi pengurus artis sepenuh masa atau menjadi sebahagian komponen industri hiburan pula..
Jumaat, 15 Januari 2010
JANGAN KELIRUKAN KALIMAH SUCI.....

Selepas pertemuan dan makan malam yang terakhir bersama pengikut setianya nabi Isa a,s telah pergi dan tidak kembali lagi untuk berdakwah di Jerusalem. Bertitik tolak daripada Kesinambungan pengikut baginda yang amat kecil itu agama suci langit telah disebarkan di bumi Arab, muncullah kitab Injil yang pelbagai versi sebagai rujukan mereka yang mendakwa pengikut baginda. Sebagai seorang yang amat jahil tentang agama langit itu kita tidak teragak-agak meyakini bahawa pengikut agama kristian yang sebenar adalah seramai 12 orang sahaja dan ajaran selepas zaman sahabat nabi Isa itu semakin terpesong dan terus sesat sehinggalah 400 tahun kemudian muncul seorang nabi dan rasul dari keturunan Adnan dari kaum Arab Quraisy yang membenarkan ajaran kitab Zabur, Taurat dan Injil selagi kitab itu tidak dipinda, sebagai pelengkap agama samawi Al-Quran menjadi petujuk dengan tafsiran yang menepati setiap zaman hinggalah hari kiamat..
Bagi kita yang amat daif ini.. adalah cukup faham bahawa nama pencipta sekalian Alam ini sentiasa berbeza sebutannya bermula dengan yang diketahui sebagai Jehowah, Yahweh, Illah hinggalah Allah s.w.t. ianya merujuk kepada maksud yang sama. Pun begitu adalah malang jika kita tidak mampu menyoroti asal usul kalimah sang pencipta.. biarpun ada yang berani menyetujui penyembah agama langit tidak dihalang menggunakan nama Allah tetapi penegasan yang paling logik adalah adakah Yahudi dan Nasrani mengakui bahawa hanya Allah sebagai tuhan yang tunggal dan membenarkan setiap wahyunya di dalam Al Quran sebagaimana yakinnya orang Islam membenarkan kitab suci tulen agama mereka.., sanggupkah mereka turut menukar nama agama langit yang juga dipanggil dengan nama yang pelbagai sejak keturunan Adam dan Hawa bertebaran dimuka bumi sebagaimana nama tuhan dipanggil Yahudi dan Nasrani itu kepada Islam dan mengakui juga bahawa kitab suci Al-Quran itu datangnya daripada tuhan yang sama yang mereka sembah sebagaimana mereka ingin memiliki nama Allah yang dibawa oleh rasulullah s.a.w dan juga di maha agungkan di dalam Al-Quran..
Sekiranya agama samawi lain tidak mengakui kebenaran agama Islam janganlah kita dengan mudah menyerahkan akidah generasi akan datang dengan tipu daya bahawa Allah itu sama dengan Kristian dan agama samawi lain.. Tuntutan kristian cukup licik bilamana mereka hanya ingin menggunakan Allah sahaja tanpa S.W.T ..Bahaya dan kecelakaan akan menanti kerana Syaitan bersama mereka dan dakwah Islamiah akan menjadi sukar hanya dengan istilah yang sepatah itu.. Wallahhualambissawab..
Jumaat, 18 Disember 2009
Sketsa..ZIZIE & BUNG
Filem Kekasih Awal dan Akhir menjadi titik mula bersinarnya pelakon yang berkulit cerah dan gebu ini dalam industri yang dikatakan glamor.. Zizie menjadi kegemaran jurukamera dan penata cahaya kerana warna kulitnya yang tidak memerlukan banyak lampu. saya mengenali beliau bukanlah kerana meminati lakonan atau diri beliau tetapi kerana dipaksa oleh media setiap kali membaca akhbar atau menonon televisyen, saya juga menjadi orang pertama yang masuk dan tinggal dibiliknya bila rumahnya di Jalan no 7 Taman Melawati berpindah pemilik selepas ketiadaan ayahnya. Sebuah almari pakainannya saya gunakan untuk menyimpan barangan saya.. waktu itu saya sangat tidak mengenali siapa Zizie.. tetapi saya tertanya tanya siapakah saudara lelakinya yang bernama Fuzzie Fuzetti yang begitu diminati dan boleh dikatakan surat- surat peminatnya bertali arus sampai ke peti surat bekas rumahnya itu.. bila diceritakan oleh rakan-rakan saya turut bersimpati dengan keluarga Zizie yang terpaksa berpindah, selepas itu.. yang saya tahu ibu beliau juga galak dengan penerbitan drama televisyen dan pernah memenangi award. Zizie tidak salah dengan dunianya begitu juga dengan keluarga beliau, Zizie adalah seorang artis yang mencari pendapatan dengan anugerah kecantikan dan bakat yang dimiliki.. dalam hal ini tidak banyak yang harus disalahkan jika benarlah Zizie ingin terus popular dan mendapat kesenangan hidup bersama Bung. Tetapi malang bagi Bung kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa melaungkan kebaikan di Parlimen, Saya jamin 100% Bung terpikat kerana batang tubuh Zizie, Bung tidak akan dikecam (dlm internet) sekiranya Zizie itu seorang artis yang berumur atau sepadan dengannya. Bukan maksud tidak suka dengan pilihan hatinya tetapi itulah gambaran rakyat bila seorang YB berkahwin dengan artis.. bukankah artis itu dirujuk kepada budaya dedah aurat, tidak habis belajar,kurang sikap menghormati orang lain dan mementingkan keduniaan.. Bagi ramai peminat Bung selama ini ada yang sudah memandang rendah terhadap YB itu.. lebih-lebih lagi ada yang melihat kelibat dan gelagat Zizie di Bagan Pinang baru-baru ini, dan saya tidak teragak-agak untuk menyarankan agar Zizie mesti bersara daripada bidang seni dan ubah penampilan dengan segera jika ingin lihat Bung tidak dikecam dan terus kekal di Parlimen atau Bung akan melalui zaman suram seperti mana tidak popularnya Azmi Khalid setelah mendapat Normala atau tenggelamnya Affendi Norwawi diulit Tiara..
Ahad, 13 Disember 2009
DEBAT PERDANA PAS-UMNO
Debat Perdana yang dimoderator oleh Prof Dr Agus Yusuf di KTC kelantan memberi ruang terbaik untuk ustz Afandi memulangkan paku buah keras kepada PAS..Ustz Afandi dengan lantang mendedah dokumen rahsia dan manifesto PAS bersama PR. Beliau juga dengan berani akan menyertai PAS jika parti itu berjanji akan menegakkan syiar dan hukum Islam sekiranya berjaya menguasai pusat dalam PRU 13 tetapi cabaran beliau membuat wakil PAS membisu apatah lagi setelah Ust Afandi menuntut segala janji-janji PAS yang tidak tertunai terutama dalam membela agama Islam di negeri yang dikuasai dan juga Parlimen yang diwakili. Nakhaie Ahmad yang pernah menjadi pemimpin PAS berjaya membuat ribuan penonton panas telinga dengan pengakuannya bahawa sewaktu memimpin PAS beliau tidak dapat mengislamkan walau seorang pun berbanding dengan peluang yang diberi oleh UMNO dalam menerajui YADIM dengan berjaya mendakwah 7000 orang kafir memeluk Islam.. Dr Asri zainal Abidin berjaya membawa watak berhemah dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, beliau lebih mengutamakan kesungguhan dalam membawa syiar Islam tetapi Dr MAZA tidak dapat bertegas dalam hal Wahabi yang didesak oleh seorang penonton, Dr Maza juga mendiamkan diri ketika Nakhaie membuka ruang untuk beliau memohon maaf dalam kes tuduhan beliau keatas Nakhaie.. Nik Amar yang diharap menjadi juara malam itu tidak dapat mempertahankan diri bila diserang dengan hujah keras Ust Afandi dan juga tempelak Nakhaie cuma sesekali beliau menarik nafas lega bila Dr Maza dilihat memihak kepada usaha PAS.. Walaupun Nik Amar kelihatan tenang dan tidak emosi tetapi beliau terikut-ikut dengan gaya Nik Aziz dalam membela kelemahan kerajaan negeri, paling mengecewakan bila beliau menyalahkan pusat serenti Bachok sebagai penyumbang kepada statistik HIV, dadah dan sosial yang tertinggi di Malaysia yang di baca oleh ustz Affandi.. keseluruhan debat yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Kelantan malam itu boleh dikatakan pentas PAS membuka pekung di dada dan juga majoriti penyokongnya boleh diibaratkan menang sorak kampung tergadai..
Jumaat, 6 November 2009
Royalti


Biasanya bila disebut royalti kita akan teringatkan artis dan penulis tetapi yang kita nak cuit sikit adalah pasal royalti minyak। Kita akui bahawa jika laut terengganu ada minyak didasarnya maka berkemungkinan besar laut kelantan dengan sendirinya mengalir sumber minyak begitu juga berkemungkinan perairan Thailand dan juga Pahang terdapat minyak tafsiran ini kerana sifat cecair itu adalah merebak dan tidak berketul di sesuatu tempat. Kita tidaklah hairan jika Kelantan didakwa mengandungi minyak kerana beberapa tahun yang lalu semua rakyat Bachok sudah maklum bahawa minyak akan naik di Bachok tetapi usaha itu hanya berjaya membina stesyen pembekalan gas di Pantai Senok, Tawang. kita pun tidak tahu sejauh mana peranan dan operasinya dilakukan. Kerugian yang dialami oleh rakyat Bachok dan Kelantan amnya tidak lain kerana politik tidak memihak kepada BN iaitu pihak yang paling berupaya melabur dalam projek carigali dan memproses petroleum. Nak salahkan siapa ? Rakyat Kelantan dah difahamkan akan risiko ini dan dalam pilihanraya 2004 mereka menolak pembangunan dan janji BN, sekaligus rakyat Kelantan tidak mahu produk petroleum..Kita tidak salahkan sesiapa kerana rakyat Kelantan lebih menyenangi hidup sederhana dan leka dengan pemimpin mereka yang berlagak sebagai alim dan percaya YB yang dipilih berupaya memberkati hidup mereka tanpa banyak berusaha dan bercita- cita untuk memajukan diri dan keluarga. Rakyat kelantan kabur lagi kerana sejak akhir- akhir ini wakil rakyat mereka sudah tak dapat hidup dengan selesa hanya bermodalkan ceramah dan janji-janji syurga, mereka mengakui sumber perhutanan dan hartanah boleh mengubah nasib mereka, mereka juga mampu menutup mulut pengundi bukan Melayu dengan cara menyediakan prasarana dan peluang yang tidak mampu direbut oleh orang Melayu kelantan.Dengan menjanjikan kepimpinan ulama rakyat Kelantan begitu terpesona dan dapat memaafkan segala kejadian penebangan hutan dan penggondolan tanah tinggi di ulu Kelantan atas alasan membayar pentadbiran negeri. Kini kemewahan hasil perhutanan hampir tiada dan bersama kepimpinan ulama negeri mereka mendapat idea untuk merebut hasil laut pula..Petroleum, gegak gempita seluruh negeri mengatakan kerajaan persekutuan tidak adil dan memakan hasil negeri Kelantan secara haram. Lantanglah pemimpin negeri menekan Petronas hingga berani memaksa syarikat negara itu melucutkan hak dan menawarkan kepada syarikat petroleum asing. Nampak sangat Husam dan juak- juak tok guru rakus mencari kekayaan. Kita tidak terkilan jika benar petronas menyekat pembayaran kepada kerajaan negeri kerana kita tahu jika wang jatuh kepada kerajaan negeri ia tidaklah dapat dirasai oleh rakyat jauh sekali untuk pembangunan Islam yang di canang, mungkin salah satu yang rela dilakukan oleh kepimpinan tok guru hanya menyiapkan markaz- markaz yang rata- rata tumbuh di serata negeri dan yang paling megah adalah pusat tarbiah dan markaz PAS di Batu 19 Kg Badak Bachok. Kerajaan 1 Malaysia hanya menawarkan wang ehsan untuk rakyat kelantan..ramai membantah termasuklah Ahli Parlimen Rantau Panjang yang tidak mahu ia disalurkan melalui JPP padahal ia adalah proses yang sama yang mana pengeluaran wang adalah jelas dan akan sampai untuk rakyat..YB tersebut bimbang tidak dapat memegang helaian wang sedangkan mereka juga boleh memohon peruntukan dengan JPP melalui proses yang ditetapkan. Husam awal- awal lagi menolak wang ehsan dan mahu disebut royalti melalui pembayaran terus kepada kerajaan negeri..mungkin senang untuk belanja apatah lagi beliau yang menjaga kewangan negeri. Layakkah royalti..Kelantan sesenpun tidak menyumbang kepada perolehan petroleum tersebut, kelantan tidak ada tapak pendaratan minyak dan gas sebagaimana Kerteh di Terengganu.. Pertikaian mengenai status perairan negeri pun boleh di persoalkan. Sepatutnya kita berterima kasih kepada PM kerana beliau te
tap memberi wang ehsan walaupun rakyat Kelantan majoritinya menolak pemberian wang dan harta dunia. Barangkali bekas Mufti Perlis dapat huraikan apa itu "kemiskinan membawa kekufuran" kepada rakyat Kelantan..
tap memberi wang ehsan walaupun rakyat Kelantan majoritinya menolak pemberian wang dan harta dunia. Barangkali bekas Mufti Perlis dapat huraikan apa itu "kemiskinan membawa kekufuran" kepada rakyat Kelantan..Rabu, 28 Oktober 2009
SIVAKUMAR
"Keras kepala.. tak malu muka" agaknya sesuai ditujukan kepada v.sivakumar yang seperti gila talak memakai jubah speaker DUN kehulu- kehilir. Sivakumar terlupa bahawa beliaulah yang memecat 2 Adun PKR dulu dengan tujuan untuk mengadakan pilihanraya semula tetapi rancangannya tidak berjaya dan apabila seorang Adun DAP keluar parti menjadi bebas dia mula gelabah sebab kerusi tak cukup.. sivakumar jadi huru-hara bila Adun BN yang melompat masuk BN semula. Rakyat perak tahu orang BN cukup kecewa bila Adun mereka masuk PR tetapi tidaklah sampai minta bubar DUN sebab kes lompat melompat ini adalah hak wakil rakyat dan ia dipraktikkan hampir seluruh dunia. Sivakumar silap perhitungan dan jadi sasau sampai sekarang, beliau tak dapat menerima hakikat bahawa kedudukan sudah berubah untuk menunjukkan keras kepalanya diapun adakan sidang DUN bawah pokok dan juga hotel tapi yang lucunya semua Adun PR ikut serta dalam persidangan ala negeri Pasir Dua Butir tu.. Hari ini 28/10/09 Sivakumar benar -benar malu sebab terpaksa tanggalkan jubah speaker dan tak jadi bersidang di hotel sebaliknya masuk ke dewan negeri, jadi rakyat sudah tahu siapa sebenarnya yang mentadbir kerajaan Perak dan siapa yang begitu tolol hendak menipu rakyat.
Isnin, 26 Oktober 2009
NIK AZIZ & dendam..
Nik Aziz memang seorang politik dalam masa yang sama mengakui sebagai ulama.Sukar untuk mencari seorang ulama yang tegas dalam pendirian politiknya. Nik Aziz cukup berdendam dengan UMNO, beliau begitu benci kepada UMNO melebihi bencinya kepada kafir harbi malahan syaitan sekalipun, penegasan ini sedikit sebanyak sudah mula membakar di dalam PAS. Nik Aziz tidak menyenangi sesiapa saja yang dilihat tidak sehaluan dengan pendiriannya.Selain Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa, beliau juga melibatkan Mustafa Ali dan Hassan Ali dalam usahanya menguasai PAS. Kerana desakan Nik Aziz yang serius satu mesyuarat Khas diadakan untuk menentukan persetujuan mengadakan EGM PAS. Nik Aziz berjaya dalam langkah awalnya dan jika EGM berjaya dilakukan Nik Aziz memasuki fasa kedua yang akan melonjakkan popularitinya dan sekiranya EGM memihak kepadanya maka Nik Aziz akan menjadi Ulama politik yang cukup- cukup hebat kerana walaupun sudah dikatakan nyanyuk dan uzur beliau masih mampu memalukan golongan sederhana yang masih boleh bertoleransi dengan UMNO.
Ahad, 4 Oktober 2009
"BERITA KEPADA KAWAN..". Ebiet G. Ade
Lagu puisi nyanyian Ebiet G. Ade barangkali sangat baik untuk kita hayati ini kerana hampir lima tahun bencana tsunami yang melanda Asia berlalu kini negara- negara yang berada di lingkaran api pasifik terpaksa menerima musibah hukum alam, bermula dengan tsunami di kepulauan pulau Samoa dan Tonga,ribut yang silih berganti menghentam pulau Luzon Filipina hingga merebak ke Indochina dan yang paling menyayat hati adalah gempa bumi yang meruntuhkan tanah Minang di Sumatera. Bagi bangsa serumpun kita seharusnya merasai kesengsaraan saudara kita di Padang disamping terus bersimpati dengan negara tetangga Filipina. Kita seharusnya amat terasa dengan tragedi Padang kerana tidak dapat dinafikan bangsa Minang adalah bersaudara dengan ramai rakyat Malaysia terutamanya di negeri Sembilan, selain mereka adalah sebangsa dan seagama mereka juga bersambung budaya dan bahasa dengan kita malahan dalam sejarah bangsa Melayu di semenanjung kita tidak akan terlepas dengan cerita Bukit Seguntang, Raja Melewar dan adat Perpatih.. Disamping itu kita sentiasa teringat dengan keenakan hidangan nasi Padang dan tercuit hati dengan kisah "Aku Budak Minang" karangan Ujang.Dalam kegelisahan dan air mata di Tanah Minang kita sedang memerhatikan satu perebutan kuasa di Bagan Pinang.. Atas dasar budi dan perihatin kita amat percaya pengundi- pengundi berketurunan Minangkabau menyedari akan jasa dan sumbangan kerajaan Malaysia dalam pembangunan negeri perpatih itu, orang minang juga sangat mengenali siapakah yang cakna membantu - saudara mereka di Sumatera, bahkan diseluruh nusantara..
Langgan:
Catatan (Atom)
