'Dari Jemapoh ke Manchester' adalah buah tangan Hishamuddin Rais yang sampai sekarang belum ditayangkan kepada umum, walaupun pernah bersua dengan beliau pada pratonton filem Melayu di Finas pada tahun-tahun 90an dulu tetapi tidak pernah pula menonton masterpiecenya itu. Mempunyai paras yang berjambang bertopi cendawan dan kelihatan kasar tetapi aktivis reformis Universiti Malaya era 70an ini sebenarnya kaya dengan senyuman sinis. Membaca tulisan beliau dalam wadah Keadilan dalam kolum 'Dari Brickfields' sedikit sebanyak dapat dikatakan bahawa lelaki berhati keras ini masih terperangkap dalam masa silam zaman kegemilangannya melaungkan falsafah dan perjuangan ala hippies bersama Anwar Ibrahim. Hishamuddin Rais juga masih belum menemui ketenangan dijiwanya dan kita dapat simpulkan orang seperti beliau tidak akan tenang sampai bila-bila kerana beliau sentiasa menempatkan dirinya di kelompok penentang walau dimana pun berada. Dalam usia sedang mencari identiti, Hishamuddin Rais menempuh zaman yang malang berbanding rakannya Anwar Ibrahim dan membawa diri ke Eropah untuk mengelakkan dikenakan tindakan oleh kerajaan Malaysia sekaligus membawa bersama fahaman hampir komunisnya. Beliau secara terang- terangan pernah memberi ucapan mencemuh pihak Istana dan keistimewaan yang dimiliki oleh Sultan dan Raja Melayu, Hishamuddin Rais sebolehnya ingin melihat Sultan menjadi sebagaimana Raja dan sultan di India yang mesti bekerja seperti rakyat biasa untuk hidup. Hishamuddin Rais memiliki ego yang besar dan tidak tunduk atau menghormati sesiapa pun tanpa sebab yang disenanginya walaupun orang tersebut dari Istana bahkan Dr Mahathir sendiri yang mengusahakan kepulangannya semula ke tanah air, Hishamuddin Rais belum dapat melupakan tindakan Dr Mahathir sewaktu jadi menteri dan kenakan ISA terhadapnya di zaman suara mahasiswa terlalu lantang tidak terkawal. Hishamuddin Rais tetap menjadi duri dalam daging walau kerajaan mana pun beliau berada kerana beliau berpendirian dan sentiasa berada dalam dunia dan pemikirannya sahaja.
No comments:
Post a Comment