Tuesday, December 28, 2010

Anwar Ibrahim punya Gelora Bung Karno.

Dalam waktu kebanyakan rakyat yang sebahagian besarnya menumpu perhatian kepada perlawanan akhir AFF Suzuki Cup di Jakarta, kita juga harus bertanya di manakah Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai seorang reformis dan pakar pembakar semangat berada pada malam penentuan sukan paling popular berlangsung. Umumnya sudah maklum bahawa semangat kebangsaan rakyat Indonesia memang luar biasa, dalam apa lapangan sekalipun sekirannya melibatkan Sang Saka Merah Putih sudah tentu rakyatnya cukup taksub sekalipun dalam lapangan yang tidak memerlukan kekerasan. Stadium Gelora Bung Karno bakal menyaksikan lautan merah putih akan menggegar stadium yang berusia 40 tahun itu. Pada perlawanan akhir pertama yang lalu kita dapat menyaksikan begitu ramai imigrasi dari seberang yang masuk ke Stadium nasional kita, keadaan ini tidak akan berlaku untuk rakyat Malaysia di Stadium nasional mereka.. Suatu budaya kekampungan yang masih berlaku di stadium adalah masih kelihatan bendera parti dan simbol kumpulan tertentu yang berkibar dan menimbulkan rasa tidak senang kepada yang tidak sealiran, segelintir penonton keliru itu dipercayai dari pantai timur semenanjung, ciri- ciri peminat seperti ini lebih ramai bilangannya di Republik itu nanti. Kita juga Gerun dan gawat bila membayangkan kekecohan pada hari penjualan tiket yang diserbu oleh 2 juta peminat sepak bola yang terlalu ghairah untuk melihat pelawat diganyang di stadium usang itu, tambahan pula lawan akhir adalah Malaysia yang sering dilihat tidak menghormati abang kandungnya dalam isu kedaulatan wilayah. Semangat kebangsaan di Indonesia adalah faktor yang paling utama dan membawa kejayaan dalam pembentukan negara kepulauan terbesar dunia itu. Berbangkit dari itulah tokoh politik tegar dan kontroversi Anwar Ibrahim sering merujuk dan mengadu akan masalah yang menimpa nasib dirinya. Mantan presiden Gus Dur terang- terangan memberi sokongan moral kepadanya pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, struktur parti PKR juga mengadaptasi struktur partai politik dari Indonesia iaitu dengan namakan cabang, ranting juga jawatan ketua umum malahan Anwar Ibrahim juga lebih senang berjumpa dengan Ahli Perwakilan / Permesyuaratan di Indonesia daripada menumpukan kepada persidangan Parlimen Malaysia. Kunjungan Anwar Ibrahim ke negara serumpun itu boleh dikatakan terlalu kerap dan punya agenda sendiri, seorang pemimpin rakyat seharusnya tidak menyemarakan perasaan anti tanah air sekalipun beliau terlalu ingin menjadi Perdana Menteri. Anwar juga harus ingat betapa hebatnya Bung Karno tetapi kerana terlalu taksub kepada api keberanian, lemas dalam puji- pujian pemimpin negara luar, mengabaikan pertimbangan dan nasihat rakan seperjuangan akhirnya ia diturunkan juga oleh Jeneral Suharto waktu itu.

No comments:

Post a Comment