"Cik..cik..cik..Bung..Bung..Bung..Bung bunyi lagu.." Diawal gossip Bung dan zizie dulu kita dah cuba bayangkan perjalanan karier Bung sebagai Ahli Parlimen. Kita cuba memujuk hati bahawa Bung adalah seorang yang tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa pun, Bung punyai pendirian dan selalu berjaya dengan setiap apa yang ingin dihamburkan di Parlimen. Kita cuba memujuk hati agar Bung tidak mengikut jejak Azmi Khalid dan Afendi Norwawi yang kedua mereka mengucapkan selamat tinggal kepada perjuangan politik kerana dibuai oleh pasangan selebriti masing-masing.. Tulisan kita yang pertama dulu adalah kerana sayang dan masih memerlukan jenaka pedas dan lemak dari Kinabatangan.... Barangkali rakan politik beliau tidak lagi iri hati dengan isteri gebunya tetapi rakan politik yang pernah bersama mengorat si aktres itu dulu sudah meluat melihat gelagak beliau yang sedikit sebanyak telah mencemar imej ahli politik sebenar.. Bung gagal membawa imej Zizie Izzette sebagai isteri orang politik yang santun, walaupun mungkin budaya Sabah tidaklah terlalu konservatif dalam hal penampilan tetapi rakan- rakan politik tidak sanggup terus mempertahankan sesuatu yang boleh menjadi isu.. Dalam persimpangan antara sayangkan pemimpin atau sayangkan nama baik parti, kita percaya BN tidak akan kehilangan jika selepas ini Bung Mokhtar Radin tidak lagi mempertahankan kerusi Parlimennya dan berharap beliau akan menjadi pengurus artis sepenuh masa atau menjadi sebahagian komponen industri hiburan pula..
...dah lumrah kehidupan..
ReplyDeletebila usia meniti kesenja..
mendapat sesuatu cantik n baru harus dijagai dan dibajai...nenanti terlepas,wlu muda kacak tp tidak berpengaruh selalu tiada di pilih dlm era selebriti..wlu tua bergaya segak adalah satu bonus tak kira lah jadi no 2,3,4 rmi yg pun dah sanggup......jadi potlitik pun dah tak heran dah..ade lg seronok dr politik yg menunggu kat umah....
sekian