Kempen yang keterlaluan bagi pihak pro- kerajaan sejak akhir- akhir ini seperti sesuatu yang dibuat- buat dan kelihatan sangat agresif. Mengingati kembali zaman Tun Mahadhir menjadi Perdana Menteri penglibatan media utama seperti RTM, TV3, Kumpulan Utusan mahupun NSTP tidaklah seperti sekarang, walaupun memang tidak dapat dinafikan media berpengaruh itu sentiasa membawa hasrat kerajaan dengan cara tersendiri. Ketika itu kumpulan media berwibawa itu tidak pernah secara terang- terangan memaparkan lambang dacing sebegitu besar dan kerap tanpa berselindung. Adakah waktu itu media berkenaan yang kini kebanyakan bernaung di bawah Media Prima tidak menyokong kerajaan ?. Rasanya tidak sama sekali malahan mereka adalah kumpulan hardcore kerajaan sebagaimana agensi - agensi lain yang bergerak atas landasan politik parti pemerintah seperti KEMAS dan JHEK.
Apabila giliran Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetuai jentera pilihanraya BN dan peranan menantunya dalam Media Prima, Kempen yang terang- terangan tidak dapat ditolak lagi, dalam waktu berkempen siaran TV seringkali diselitkan iklan yang merayu agar rakyat memilih BN, begitu juga dengan helaian besar dalam akhbar perdana yang seolah sudah menjadi akhbar politik.

Kita tanpa ragu- ragu boleh mengandaikan peratus kecil rakyat tidak suka kepada kerajaan adalah kerana sumbangan media milik semua rakyat ini seolah menjadi hak satu golongan penyokong sahaja. Tercetuslah sebilangan kalangan penonton yang tidak mahu mennton TV3, menghindar daripada menyentuh butang RTM, mungkin mereka rasa apa yang dipaparkan oleh media berkenaan adalah atas arahan pihak BN yang walaupun sebenarnya tidak tepat. Pembaca Utusan dan Berita Harian pula akan beralih kepada akhbar yang menyampaikan pandangan semua parti politik maka larilah sebahagian pengikut akhbar tersebut kepada akhbar tabloid dan bahan bacaan yang tidak mementingkan kestabilan, pembaca komuniti ini akan hanya tertarik kepada bahan- bahan sensasi sahaja.
Rakyat kini punya banyak pilihan untuk mendapatkan maklumat. Kenapa mesti menghalau sebahagian rakyat yang tidak sealiran pandangan politik. Langkah bijak kepada semua mata dan lidah kerajaan adalah terus melapor dan mendidik rakyat untuk menyokong kerajaan tanpa gembar gembur keterlaluan, jadilah media pro kerajaan yang memujuk rakyat bukan mengumpulkan penyokong parti sahaja. kerana sebilangan rakyat sudah mula melabelkan media elektronik dan akhbar utama sebagai alat kerajaan dan perlu dijauhi kononnya untuk membebaskan cara berfikir.
Di zaman Dato Sri Najib yang bersemangat mencanang 1Malaysia.. cukuplah sekadar slogan itu yang dibawa kepada rakyat, ia tidak membawa lambang parti tetapi ia lebih senang diterima rakyat, bersederhana dalam membawa lambang parti tetapi persepsi parti dihati rakyat yang lebih diutamakan hinggakan mursyidul am PAS sendiri tidak menolak untuk memakai vest berlogo 1Malaysia. Jangan terlalu galak untuk menampilkan sebagai stesen atau akhbar pilihan kerajaan hingga melupakan sudut negatif.. kerana kerajaan jugalah akhirnya yang menerima hukuman rakyat.

No comments:
Post a Comment