
Walaupun Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang berlaku yang telah mencalar imej dan pandangan umum terhadap warga pendidik.. masyarakat akan semakin prejudis dan teragak- agak untuk menyerahkan sepenuhnya penjagaan anak kepada pihak sekolah.
Di pihak kerajaan pula timbul kehairanan dan kelonggaran dalam pekeliling kementerian yang mewajibkan semua kanak- kanak dihantar ke sekolah rendah. Dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran bahawa sekolah itu bukan tanggungjawab kementerian amatlah longgar dan ada kelemahan yang ketara.. kenapa sebuah institusi boleh beroperasi tanpa berdaftar dengan mana mana pihak berkuasa. Mungkinkan selepas ini kementerian masih tidak membuat apa- apa untuk memantau sekolah haram. Kita malu sekiranya ada ibu bapa yang tidak menyekolahkan anak dengan alasan ingin hantar ke sekolah persendirian. Walau apa alasan sekalipun Kementerian Pelajaran mestilah rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku, sekurang- kurangnya Kementerian berkenaan boleh memantau untuk mengelakkan pengajaran yang salah atau dijadikan tempat menyemai rasa benci kepada kerajaan.
Kerajaan mungkin merasa lega kerana kejadian ini diluar tanggujawab penuh pihaknya tetapi dari sudut lain akan dilihat kelemahan pemantauan pendidikan menyeluruh. Memang ada yang menyalahkan pembangkang atas kekejaman ini apalagi ia berlaku di dalam pentadbiran parti mereka tetapi seperti juga jenayah rogol, rompak dan rasuah ia bukan soal mana- mana parti politik ia tanggungjawab bersama.
No comments:
Post a Comment