Orang asli yang terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu Melayu-Proto, Negrito dan Senoi yang jumlahnya kurang daripada 170,000 orang merupakan satu daripada rumpun bangsa yang pelbagai di negara kita, orang asli yang ingin kita katakan ini adalah orang asli yang benar- benar masih mengamalkan sebahagian besar budaya dan cara hidup seharian, yang mungkin jika ditolak daripada 1/2 jumlah keseluruhan kita boleh andaikan masih terdapat 85,000 orang asli yang perlu disediakan tempat tinggal yang selesa itupun sekiranya JHEOA tidak dapat selesaikan dalam masa yang terdekat.
Orang asli golongan ini mendiami rumah yang tidak layak di panggil rumah tetapi lebih kepada pondok kecil seakan pondok tempat tuan kebun berehat dan tunggu durian sahaja malahan lebih daif daripada pondok- pondok tempat anak- anak bermain. Di pondok inilah mereka makan, tidur, melahir dan membesarkan anak mereka yang ramai. Jika seseorang yang melawat kehidupan mereka sudah tentulah bagi yang punya sifat kasihan belas mereka tidak akan teragak- agak untuk menghulur apa saja yang ada di tangan atau sekadar hati tersentuh pilu kalaupun tidak menitis air mata perihatin. Kenapa masih ada yang sanggup membiarkan kehidupan orang asli yang pemalu ini terus terusan menjadi bahan tarikan ke taman negara dan hutan simpan atau tidak cuba mengikut kebiasaan orang asli yang lebih suka tinggal dipinggir hutan kerana tidak mahu menyertai perkampungan tersusun yang dibina oleh kerajaan.
Orang asli sangat berkait rapat dengan kehidupan yang bergantung dengan hasil hutan dan pertanian, sebagai perbandingan keperihatinan yang tidak adil adalah langkah kerajaan negeri yang memberikan tanah sebanyak 3 ekar untuk setiap keluarga orang asli di Lojing, Gua Musang sedangkan pada masa yang sama masih memberikan 30- 60 ekar kepada orang luar hinggakan bangsa pendatang dari negeri lain pun boleh mendapat manfaat kemurahan hati seorang Menteri Besar. Bayangkan jumlah tiga ekar yang hendak dibahagikan kepada anak- anak keluarga orang asli apabila dewasa kelak kalau yang mempunyai anak 6-8 orang, berapalah luas yang mereka dapat, di mana hendak di jadikan rimba tempat mendapat hasil buruan dan ternakan, memunggut hasil ataupun bercucuk tanam. Tidak sekadar tertumpu di sesebuah negeri, orang asli masih lagi dapat dilihat mendiami tepi- tepi jalan dengan pondok robek dan menyakitkan mata memandang.
JHEOA tidak dinafikan terlalu banyak memberi kemudahan kepada orang asli tetapi satu sahaja harapan orang yang berpandangan seperti kita.. kita amat berhasrat ingin melihat pembelaan dan peluang memiliki rumah kepada orang asli yang layak hendaklah disegerakan dan digerakkan dengan menyeluruh sebagaimana kerajaan membina rumah PPRT kepada golongan yang layak di negara kita, anggaplah separuh daripada bilangan orang asli yang tiada rumah yang sempurna itu layak secara otomatik, sekirannya kerajaan benar- benar ingin membantu penduduk tercicir ini jumlah Rm1.7 Billion (mengikut jumlah 85 ribu, lebih rendah lagi jika dicongak mengikut bilangan keluarga) untuk membina rumah bernilai rm20 ribu seunit tidaklah besar kalau dibandingkan kos membina sebuah Istana Negara yang berjumlah RM1.1 Billion inilah masanya kerajaan membalas budi dan kepatuhan orang asli kepada pemimpin negara.
No comments:
Post a Comment