Kebocoran reaktor nuklear di Three Mile Islands, Amerika Syarikat pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986), Tokai Mura, Jepun (1999), United Kingdom (2000) di Sweden (2007) dan terkini di Fukushima Jepun yang belum di ketahui kesudahannya. Dalam senarai kes kebocoran tersebut boleh dikatakan kebanyakan tragedi yang berlaku adalah disebabkan kecuaian dan kelemahan manusia sendiri.
Kebocoran di Chernobyl adalah yang paling trajik kerana melibatkan ratusan kematian dan kesan radiasi menyebabkan kanser kepada ribuan rakyatnya. Sebagai bekas sebuah persekutuan Rusia yang mempunyai kepakaran dan sejarah penyelidikan yang jauh ke hadapan, tetapi faktor penyelenggaraan yang tidak sempurna telah mengundang bencana begitu juga sekirannya ia dibangunkan di sebuah negara yang bergerak maju, ancaman alam sudah dijangka dan diambil kira ditambah pula dengan disiplin rakyat yang tinggi pun ia tetap tidak terlepas daripada kebocoran disebabkan kuasa alam.
Bukan menafikan keberkesanan dan manfaat yang besar dari sumber tenaga nuklear, tetapi sebagai manusia yang sememangnya mesti melakukan kesilapan tugas menjaga bahan yang sensitif dengan sempurna hampir mustahil dapat dikekalkan selama lamanya.. disebabkan itu manusia dan hidupan sekeliling akan hidup dalam ancaman dan ketakutan.
Sebagai seorang yang dangkal untuk membahas bahan yang saintifik ini, kita cukup kagum dan menyokong penggunakan nuklear dalam pembangunan pertanian dan kesihatan tetapi akan rasa gerun bila nuklear dihebohkan juga sebagai bahan tenaga baru, bersih dan paling cekap. Kita tidak mahu sumber tenaga ini akhirnya menjadi bahan untuk menamatkan kehidupan dan memendekkan jangka hayat bumi bersama seluruh hidupan, sebagai manusia yang sentiasa disogokkan dengan ketakutan radioaktif, radiasi, bahan kimia dan pelbagai sinaran hasil dari penemuan ahli sains, kita turut tidak mahu gen- gen dan keturunan kita menjadi cacat atau terlebih sempurna daripada fizikal kita hari ini.
Sekali lagi pandangan kita agar kerajaan manfaatkan dulu sumber percuma dan tiada risiko yang hingga kini tidak dimanfaatkan sepenuhnya di negara kita seperti, tenaga solar yang baik dan sentiasa menyilau, tenaga ombak yang disia-siakan ketika menghempas pantai, tenaga angin yang sentiasa bersedia menggerakkan generator dan boleh dibina di sepanjang pantai negara kita, untuk warga KL, mereka boleh menggerakkan turbin dengan menggunakan tayar kenderaan yang sentiasa bergerak di bandaraya siang dan malam dan kita percaya sampah sarap adalah bahan yang dipersetujui oleh seluruh Negara untuk dijadikan bahan asas menghasilkan tenaga elektrik.
No comments:
Post a Comment