

Biasanya bila disebut royalti kita akan teringatkan artis dan penulis tetapi yang kita nak cuit sikit adalah pasal
royalti minyak। Kita akui bahawa jika laut terengganu ada minyak didasarnya maka berkemungkinan besar laut kelantan dengan sendirinya mengalir sumber minyak begitu juga berkemungkinan perairan Thailand dan juga Pahang terdapat minyak tafsiran ini kerana sifat cecair itu adalah merebak dan tidak berketul di sesuatu tempat. Kita tidaklah hairan jika Kelantan didakwa mengandungi minyak kerana beberapa tahun yang lalu semua rakyat Bachok sudah maklum bahawa minyak akan naik di Bachok tetapi usaha itu hanya berjaya membina stesyen pembekalan
gas di Pantai Senok, Tawang. kita pun tidak tahu sejauh mana peranan dan operasinya dilakukan. Kerugian yang dialami oleh rakyat Bachok dan Kelantan amnya tidak lain kerana politik tidak memihak kepada
BN iaitu pihak yang paling berupaya melabur dalam projek carigali dan memproses petroleum. Nak salahkan siapa ? Rakyat Kelantan dah difahamkan akan risiko ini dan dalam
pilihanraya 2004 mereka menolak pembangunan dan janji BN, sekaligus rakyat Kelantan tidak mahu produk petroleum..Kita tidak salahkan sesiapa kerana rakyat Kelantan lebih menyenangi hidup sederhana dan leka dengan pemimpin mereka yang berlagak sebagai alim dan percaya YB yang dipilih berupaya memberkati hidup mereka tanpa banyak berusaha dan bercita- cita untuk memajukan diri dan keluarga. Rakyat kelantan kabur lagi kerana sejak akhir- akhir ini wakil rakyat mereka sudah tak dapat hidup dengan selesa hanya bermodalkan
ceramah dan janji-janji syurga, mereka mengakui sumber
perhutanan dan hartanah boleh mengubah nasib mereka, mereka juga mampu menutup mulut pengundi
bukan Melayu dengan cara menyediakan prasarana dan peluang yang tidak mampu direbut oleh orang Melayu kelantan.Dengan menjanjikan
kepimpinan ulama rakyat Kelantan begitu terpesona dan dapat memaafkan segala kejadian penebangan hutan dan
penggondolan tanah tinggi di ulu Kelantan atas alasan membayar pentadbiran negeri. Kini kemewahan hasil perhutanan hampir tiada dan bersama kepimpinan ulama negeri mereka mendapat idea untuk merebut hasil laut pula..Petroleum, gegak gempita seluruh negeri mengatakan kerajaan persekutuan tidak adil dan memakan hasil negeri Kelantan secara haram. Lantanglah pemimpin negeri menekan
Petronas hingga berani memaksa syarikat negara itu melucutkan hak dan menawarkan kepada syarikat petroleum asing. Nampak sangat
Husam dan juak- juak tok guru rakus mencari kekayaan. Kita tidak terkilan jika benar petronas menyekat pembayaran kepada kerajaan negeri kerana kita tahu jika wang jatuh kepada kerajaan negeri ia tidaklah dapat dirasai oleh rakyat jauh sekali untuk
pembangunan Islam yang di canang, mungkin salah satu yang rela dilakukan oleh kepimpinan tok guru hanya menyiapkan markaz- markaz yang rata- rata tumbuh di serata negeri dan yang paling megah adalah pusat tarbiah dan
markaz PAS di Batu 19 Kg Badak Bachok. Kerajaan 1 Malaysia hanya menawarkan
wang ehsan untuk rakyat kelantan..ramai membantah termasuklah
Ahli Parlimen Rantau Panjang yang tidak mahu ia
disalurkan melalui JPP padahal ia adalah proses yang sama yang mana pengeluaran wang adalah jelas dan akan sampai untuk rakyat..YB tersebut bimbang tidak dapat memegang helaian wang sedangkan mereka juga boleh memohon peruntukan dengan JPP melalui proses yang ditetapkan. Husam awal- awal lagi
menolak wang ehsan dan mahu disebut royalti melalui
pembayaran terus kepada kerajaan negeri..mungkin senang untuk belanja apatah lagi beliau yang menjaga kewangan negeri. Layakkah royalti..Kelantan sesenpun tidak menyumbang kepada perolehan petroleum tersebut, kelantan tidak ada
tapak pendaratan minyak dan gas sebagaimana Kerteh di Terengganu.. Pertikaian mengenai
status perairan negeri pun boleh di persoalkan. Sepatutnya kita berterima kasih kepada PM kerana beliau te

tap memberi wang ehsan walaupun rakyat Kelantan majoritinya menolak pemberian wang dan harta dunia. Barangkali bekas Mufti Perlis dapat huraikan apa itu
"kemiskinan membawa kekufuran" kepada rakyat Kelantan..