Berita kemasukan Tuanku Al- Sultan Kelantan ke HUSM memberi khabar duka kepada seluruh pacal rakyat. "Duli Yang Mulia Tuanku sedang gering..." itulah berita yang diterima dari kalangan Istana dan kaum kerabat yang akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata. Seluruh pemimpin tempatan dan nasional tanpa mengira fahaman politik berduyun- duyun mengunjungi HUSM dan PDRM juga mendirikan khemah di perkarangan hospital.(16.05.09) Dato' Seri Najib yang berbaju batik warna biru muda bersama isteri juga melawat baginda, YAB PM nampak amat muram dan begitu bersedih, beliau tahu di Kelantan tidak sedikit rangsangan pembangunan yang di mainkan oleh pihak Istana, DYM Tuanku Al- Sultan dilihat telah mengambil alih sebahagian tugas yang sepatutnya menjadi taggungjawab kerajaan negeri, pihak Istana dengan giatnya memajukan projek diraja dalam pelbagai bidang seperti pertanian, keusahawanan, pembinaan dan kesihatan begitu juga kesungguhan baginda memajukan sukan go-kart di peringkat antarabangsa khususnya SC-TMKC di Bachok. Kerap kali juga acara lumba kuda di kawasan Gunong menjadi perhatian di peringkat luar negara. Malahan boleh dikatakan di setiap jajahan dalam negeri Kelantan tetap mendapat manfaat daripada perhatian pihak Istana termasuklah dalam pembinaan masjid. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan PAS negeri Kelantan masih tidak dapat melakukan sebagaimana yang dirintis oleh DYM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, setakat hari ini 28.09.09 rakyat Kelantan dapat kembali tersenyum bila dapat melihat wajah Duli YM tuanku yang semakin berseri dan beansur pulih ditemani raja perempuan menerima tetamu istimewa hari raya aidil fitri untuk kesekian kalinya iaitu YAB Dato Sri Najib dan isteri di Hospital Mount Elizabeth Singapura..Kita berdoa Semoga langit mendung akan berlalu DAULAT TUANKU.
No comments:
Post a Comment