Tuesday, March 27, 2018

Kenali diri..carilah Hj Mansa Musa



Masih ingat waktu sekolah rendah dulu, cikgu tanya murid dalam kelas tentang cita- cita bila besar nanti, kebanyakan kawan- kawan akan cakap nak jadi cikgu, doktor, polis, askar.. Tiba giliran saya bila ditanya saya jawab nak jadi Presiden. Saya tau mungkin kawan kawan yang lain pun tak faham apa maksudnya Presiden, begitu juga cikgu yang tanya saya.. cikgu tak pula bertanya selanjutnya, mungkin cikgu pun tak teruja dan tak anggap jawapan saya itu jawapan yang baik.. cikgu terus bertanya kepada murid lain. Saya masih ingat 'presiden' yang dimaksudkan bukanlah presiden syarikat atau presiden kelab tetapi apa yang saya gambarkan adalah Presiden sebuah negara seperti Presiden Amerika Syarikat, kerana pada waktu itu saya membaca buku tentang kegigihan seorang miskin yang zaman sekolahnya dia membaca buku hanya menumpang cahaya lampu jiran sebelah melalui lubang dinding, bila dewasa ia tewas beberapa kali dalam pilihanraya dan hanya kali ke enam barulah berjaya menjadi Presiden.  Presiden yang dimaksudkan lebih dekat dihati beberapa tahun kemudian setelah saya mengikuti drama televisyen "The Blue & The Grey", kisah perang saudara Amerika yang mana tentera utara berbaju biru dan tentera selatan berunifom kelabu, dalam rancangan Tv inilah saya terus meminati Abraham Lincoln dan berhasrat menjadi sepertinya tetapi waktu itu saya tidak tahu bahawa negara kita Malaysia tidak ada presiden, yang ada adalah Perdana Menteri.

Bila masuk ke sekolah menengah sekali lagi saya memperbaharui cita cita bila mana umur sebegini, saya sudah mula lihat kesukaran yang akan saya lalui sekiranya tidak ada matlamat yang betul dalam pelajaran dan sekolah. suatu hari arwah ayah saya bersunggut bahawa kebanyakan anak- anak Melayu tidak mahu bercita- cita untuk jadi jutawan, seketika itu saya mula terdetik untuk bercita- cita jadi jutawan, cita- cita inilah yang membuat saya barangkali melangkah jauh daripada kawan- kawan seusia. Saya sudah tak berminat menumpukan kepada pelajaran. Saya banyak mencari model model jutawan yang ada, saya terpengaruh dengan orang- orang berjaya yang tidak tahu membaca atau tidak menamatkan pengajian. Saya nampak kejayaan Boon Siew Honda, saya dengar cerita Lim Goh Thong dan beberapa tokoh dunia yang tidak membuang masa berada di pusat pengajian sebaliknya terus berlari mengejar kekayaan. saya juga terpengaruh dengan kekayaan orang yang terlibat dengan perfileman, mereka kaya raya jadi saya kira inilah jalan yang mudah dan boleh saya ikuti.. saya tidak meneruskan pelajaran.

Sebenarnya apa yang saya nak ceritakan adalah tentang seorang yang paling kaya dalam sejarah. Sebelum ini saya tidak pernah terdedah dan menyedari bahawa Bill Gates, Mukesh Ambani, Mark Zukerberg, Carlos Slim dan lain- lain individu yang disenarai oleh Forbes, juga penguasa- penguasa seperti Sultan Hassanal Bolkiah, Raja Bhumipol, Raja, Sultan dan Sheikh tanah Arab serta keluarga yang menguasai dunia dengan kekayaan yang tak bertepi seperti Rotchilds, Rockefellar dan Berniege. Nama nama itu hanyalah seperti hujung kuku atau masih jauh untuk menandingi kekayaan seorang yang terus menjadi bualan dan fakta yang tak boleh ditolak iaitu Hj Mansa Musa.


Untuk membaca kisah kehebatan Mansa Musa bolehlah klik disini Here’s what it was like to be Mansa Musa, thought to be the richest person in history  atau disini 5 Fakta Mencengangkan Haji Mansa Musa, Orang Terkaya di Muka Bumi juga mana mana tapak dengan kunci kata 'Mansa Musa'. Kehebatan Mansa Musa mula membuka mata dunia bila ia membuat perjalanan mengerjakan haji ke Mekah, yang mana perjalanan hajinya itu telah mempengaruhi ekonomi semua negara yang dilaluinya untuk masa yang lama, termasuk Sultan Al Nasir Muhammad dari kerajaan Mameluk di Kaherah yang turut menerima hadiah oleh Mansa Musa sebanyak 5000 dinar emas.

Semoga kita dapat membaca lebih banyak tentang Hj Mansa Musa dan juga bandar terhebat Timbuktu yang pada zaman itu menjadi tumpuan dan 5 kali lebih besar daripada bandar London. Kita juga jangan lupakan bahawa kekayaan itu milik Allah dan Mansa Musa menjadi pilihan Allah kerana ketinggian peribadi dan hubungannya dengan Allah menjadikan kemewahan dan kekayaan berada di tapak kaki.





No comments:

Post a Comment