Friday, March 23, 2018

1MDB.... cukuplahh.

1MDB.... sebenarnya isu berkenaan GLC ini sudah hampir saya hapus daripada fikiran,. sudah tidak perlu di percakapkan lagi, sekiranya tanggapan salah yang dicari maka buruklah yang ditemui dan kalaupun cuba dikatakan baik tidak semestinya ia diterima sebagai baik, ini kerana segala yang berkaitan dengan 1MDB bukanlah datang dari pemahaman kita sendiri tapi dari cerita- cerita yang disebarkan secara terancang.

Sudah 3 kali saya diberi penerangan tentang 1MDB oleh CEOnya sendiri dan pada kali ke 3 ini barulah kita rasa ia perlu dikongsi dan difahamkan kepada kalau boleh semua rakyat agar kita dikatakan masyarakat yang menyelidiki setiap berita yang diterima apalagi jika ianya melibatkan banyak pihak.

Walaupun dikatakan 1MDB begitu banyak perkaitan dengan penyelewengan juga skandal tetapi rumusansanya hanya beberapa benda sahaja yang menjadi kunci atau "key" kepada berjela- jela siasatan, laporan juga hujah- hujah yang akhirnya semakin bercelaru.

Bagi kita cukuplah hanya memahami 2 perkara ini yang boleh memberi jawapan sama ada hendak terus berpersepsi atau terima kebenaran..
1. Jho Lho
2. Duit 1MDB hilang

Menurut apa yang diterangkan oleh CEO Arul Kanda, 1MDB adalah berasal dari Syarikat milik 100% Kerajaan Terengganu yang ditubuh pada Febuari 2009 yang dikenali sebagai Terengganu Investment Autority (TIA) dan menjadi entiti pelaburan bagi negeri Terengganu dengan modal RM1 juta. Antara yang dilantik sebagai pegawai pelaburan adalah Law Taek Jho (Jho Low) dan Abdul Aziz Mohd Akhir. Mereka berkhidmat selama sebulan iaitu April hingga May 2009 iaitu sebelum TIA dibeli oleh Kerajaan Pusat.

Melihat potensi dan keupayaan TIA kerajaan berminat untuk mengambil alih dengan harapan halatuju TIA boleh dikongsi untuk manfaat seluruh persekutuan jadi TIA dibeli dan modal RM1 juta yang berada dalam syarikat tidak diusik tetapi Kerajaan Pusat membayar RM1 juta terus kepada kerajaan Terengganu dengan itu modal 1MDB sebenarnya berpunca daripada modal Kerajaan Terengganu dalam TIA.

selepas itu 1MDB memulakan perniagaan hartanah, tenaga dan lain lain pelaburan dengan bermodalkan wang pinjaman bank, tidak ada lagi suntikan modal yang dikatakan wang rakyat. Pinjaman bank digunakan untuk membeli harta kekal seperti Tun Razak Exchange (TRX) dan Janakuasa bebas (IPP). Pembelian ini pada mulanya memberi pulangan dan 1MDB dapat membayar hutangnya kepada bank dengan mendapat jumlah keuntungan yang juga tinggi, keuntungan ini dibelanjakan oleh 1MDB antaranya untuk bina klinik, sekolah, kebajikan juga prasarana rakyat.

Bermula masalah 1MDB adalah apabila tidak dapat lagi membayar hutang bank oleh kerana salah pengurusan sebagaimana di terangkan dengan mudah oleh Arul Kandar...
Seorang yang membuat pinjaman bank telah membeli beberapa buah rumah, rumah itu disewakan kepada beberapa orang penyewa, wang sewaan tersebut digunakan untuk membayar balik pinjaman bank, duit sewa yang berbaki diguna atau disimpan oleh tuan punya rumah sewa dan ia semakin banyak. Malangnya beberapa buah rumah sama ada penyewa lari, rosak kerana bencana alam dan sebagai yang menyebabkan sewa tidak dapat dituntut.. dengan itu hutang bank juga tidak dapat dijelaskan. Bila bank menghantar notis dan menuntut hutang untuk mengelakkan hutang bertambah melebihi nilai rumah sewa terpaksalah rumah itu dijual.. duit jualan dibayar kepada bank dan selebihnya menjadi milik penjual. 
Itulah yang berlaku kepada 1MDB yang terpaksa menjual Edra Energy.

Manakala skandal dan pelaburan yang dikatakan menyebabkan 1MDB dikecam lagi adalah pelaburan oleh 1MDB dalam Petroleum di UAE yang mana 1MDB membuat pelaburan di anak syarikat yang Syarikat induknya memberikan wang kepada Rizal Aziz, Jho Low dan pihak pihak lain untuk membeli kapal, lukisan, membuat filem juga apartment yang mana pelaburan itu tiada kaitan dengan 1MDB. Sekali lagi CEO Arul Kandar mengumpamakan Jika anda simpan duit ke dalam Bank adakah anda perlu persoal atau memberitahu pihak bank agar tidak memberi pinjaman kepada orang lain atau mengarahkan bank jangan buat pelaburan dimana kita tidak suka.



Selepas sesi penjelasan, CEO Arul Kandar meminta semua tanyakan soalan.. Setelah dijawab dan semua mendengar dengan puas hati akhirnya Arul Kandar diserbu seperti selebriti, ada yang minta bergambar, ramai mengucapkan tahniah dan memuji sambil mengakui kebenaran. 

Jadi senanglah kita berfikir kenapa watak Jho Low diketengahkan sedangkan Abdul Aziz Mohd Akhir juga sezaman di TIA, ini mungkin kerana dia adalah Melayu menyebabkan wataknya tidak sesuai dengan cerita moral yang hendak dibuat. Dan kerana 1MDB dilihat memberi kelebihan kepada kerajaan ia mesti diserang sebagaimana cubaan menyerang MARA, LTAT, Felda juga Tabung Haji ini semua GLC yang memberi kekuatan kepada orang Melayu Islam yang dinaungi UMNO khasnya.

No comments:

Post a Comment